Chapter 2

Romance Series 5912

Carlissa, Juanlita, Lemuella dan Serafina berjalan beriringan keluar dari pagar utama geduang ilmu tersebut.
“Weh, korang. Lepas habis SPM nanti korang nak sambung belajar kat mana?”, tanya Carlissa. Membuka cerita.
“Aku rasa aku nak sambung kat IPG Tengku Ampuan Afzanlah kat Pahang. Dekat sikit kalau nak balik raya”, jawab Juanlita. Dia sangat berminat untuk menjadi seorang guru muzik.
“Hmm aku pula nak sambung kat UNIMAS. Mana tahu dapat mamat hensem dari Sarawak”, kata Lemuella namun matanya tetap melekat pada telefon pintarnya.
“Okaylah tu. Tapi kau cubalah setia sikit. Janganlah jadi macam Ivanna tu, playgirl sangat”, nasihat Carlissa.
“Eh, setia apa ni. 24 jam aku layan dia. Kalau dia bawa break aku carilah yang baru”, balas Lemuella sambil tertawa kecil.
“Terpulanglah kau. Eh Sya, kau nak sambung kat mana?”, tanya Carlissa kepada Serafina yang sedari tadi berdiam diri.
“Asal kau tanya tetiber ni? Lama lagi kot nak habis SPM. Trial pun tak mula lagi”,Serafina mengembalikan pertanyaannya sambil membetulkan tudungnya. Sebenarnya mereka semua tidak suka memakai tudung namun peraturan sekolah mewajibkan pelajar muslim memakai tudung ke sekolah.
“Alah… Sajalah nak tanya”,
“Aku tak tahu lagi nak sambung kat mana… Yang penting kat luar negara. Kau tanya-tanya ni kau nak sambung kat mana?”,
“Umi aku suruh sambung kat Singapore. Senang sikit nak kirim duit sebab abah akukan ada syarikat kat sana”,
“Ya tak ya juga. Nanti kiotang lawat kau kat sana. Terus bolehlah kita pergi Universal Studio sama-sama”, sampuk Juanlita.

SESAMPAI sahaja Carlissa di rumah dia terus membersihkan diri dan makan. Sesudah itu dia terus belajar hingga malam. Bunyi ketukan pintu mengganggunya sedari tadi.
“Masuklah. Tak berkunci”, kata Carlissa. Ketika Puan Syafiqah melangkah masuk ke dalam biliknya, Carlissa masih berpura-pura menyibukkan diri dengan buku-buku yang bertimbun di meja belajarnya.
“Sibukkah?”, tanya Puan Syafiqah walaupun dia sudah tahu jawapan anaknya.
“Haah”, jawab Carlissa. Sepatah.
“Riyah dah fikir masak-masak pasal semalam?”,
“Dah”,
“So, apa keputusan Riyah? Nak umi tolong uruskan surat perpindahan sekolah tu?”,
“Umi, Riyah tak bercadang pun nak pindah. Riyah suka kat sini. Riyah ada kawan dan guru-guru yang baik”,
“Umi do this for your own good sayang. Sejak Riyah berkawan dengan kawan-kawan Riyah, balik-balik umi dengar Riyah ada kes disiplin”,
“Mana ada umi… Kawan-kawan Riyah tulah yang banyak bantu Riyah dalam pelajaran. Memanglah Riyah tak nafikan kadang-kadang ada juga buat silap tapi umi tak bolehlah nak salahkan mereka sebab Riyah yang buat keputusan nak ikut mereka atau tak”, Carlissa masih membela diri dan rakan-rakannya.
“Biasalah tu, remaja… Diorang tak nak lepaskan masa-masa berharga waktu remaja”, sampuk Encik Mazlan dari luar pintu yang terbuka luas. Menyokong anak perempuannya yang sulung.
“Hah tengok. Abah pun kata okay”, kata Carlissa. Gembira apabila disokong oleh abahnya. Puan Syafiqah hanya berdiam diri.
“Umi, Riyah okaylah tinggal seorang kat sini. Yang penting ada duit untuk makan cukuplah. Riyahkan dah besar”, kata Carlissa lagi. Cuba menenangkan hati uminya.
“Hmm… Terpulanglah. Yang penting pandai jaga diri. Jangan balik lewat malam sangat macam selalu bila umi tiada. Main-main juga, pelajaran jangan lupa. Ingat, KL ni besar… Macam-macam boleh berlaku”, nasihat Puan Syafiqah. Berat sungguh hendak meninggalkan anaknya ini berseorangan di ibu kota ini. Namun apakan daya, urusan kerja yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa bertolak ke Singapura pada minggu hadapan.
“Chilllah you, anak sulung you ni dah besar panjang dah. Dah boleh kahwin dah pun”, gurau Encik Mazlan sambil mengusap ubun-ubun anak sulungnya.
“Eh abah ni. Janganlah… I’m just a baby…”, marah Carlissa. Dia it menolak abahanya lembut. Tidak suka dengan gurauan abahnya. Calon pun belum ada.
“Abah gurau jelah. Tak payahlah marah-marah. Nanti cepat tua”, usik Encik Mazlan lalu mencuit pipi Carlissa. Encik Mazlan masih berjiwa muda walaupun umur sudah mencecah 45 tahun.
“Sakitlah abah. Ish… Tak sukalah”, adu Carlissa sambil menggosok pipinya.
“Eh dah dahlah tu. Kamu berdua ni asal jumpa memang nak main. Meh turun makan. Umi dah siapkan makanan kat bawah”, ajak Puan Syafiqah. Jika dibiarkan alamatnya sejuklah ayam masak merahnya itu. Dua anak-beranak itu hanya tersengih-sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Keadaan rumah agak sunyi kerana ketiadaan dua lagi adik perempuan Carlissa kerana masih lagi berada di asrama. Mereka telah bersetuju untuk pinda bersama uminya kerana tidak mahu berjauhan dengan umi. Maklumlah kedua-keduanya masih bersekolah rendah kerana mereka merupakan kembar tak seiras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience