Sedar tidak sedar sudah sebulan dia berada di University Of Melbourne selepas bercuti selama 3 bulan. Selama itu juga dia tidak berada di sisi Syed Ziyaad kerana ingin hidup seperti biasa di kolej kediaman kampus. Syed Ziyaad mahupun Serafina berfikir bahawa tidak ada orang mengetahui yang mereka telah berkahwin.
“Hi Sera”, sapa Alex.
“Hey Alex!”, balas Serafina.
“Long time no see”,
“Yeah… Where’s your friend Jade?”,
“He’s going to the library. By the way, I saw Hannah’s story on Instagram that you’re married. Is that true?”,
“Ermm”, Serafina mengangkat kedua belah keningnya tanda mengiyakan.
“Wow! So early… I thought you were with Jade. You seem to like Jade so much and I think Jade also like you”, kata Alex. Serafina hanya tersenyum hambar. Hatinya dipagut rasa kesal. Dia tidak tahu kenapa dia sanggup berkahwin dengan Syed Ziyaad yang angkuh itu. Sebabnya? Entahlah. Antara dia mementingkan pelajarannya atau dia hanya ingin mempertahankan kemewahan dunia yang sementara ini.
“Do Jade know about this?”, tanya Serafina. Dia ingin reaksi Jade setelah mengetahui bahawa dia telah berkahwin.
“I guess no. He doesn’t say anything about it”. Jawab Alex. Tiba-tiba telefon Serafina berdering. Tertera nama ‘Scumbag SZ’, yang menggantikan nama Syed Ziyaad.
“Apa?”, marah Serafina tanpa memberi salam mahupun sapaan. Sebal.
“Mommy dengan Daddy nak datang sini esok”, beritahu Syed Ziyaad.
“So?”, tanya Serafina. Suaranya diperlahankan apabila mendengar suara Jade yang datang untuk bercerita dengan Alex.
“You nak mommy and daddy tahu kita tak tinggal bersama?”, duga Syed Ziyaad.
“Ya tak ya juga. Send I location you”,
“I ambil you”,
“Tak payah. I pergi sendiri. I tak nak orang tanya yang you ni siapa”, kata Serafina. Syed Ziyaad memang tampan, mungkin sebab itu dia mempunyai 127k pengikut di Instagramnya. Jika ada wanita asing yang ternampak wajahnya pasti menjadi bahan bualan di fakulti itu.
“Ya? You angkut semua bagasi you naik teksi? Apa pula orang cakap nanti?”, untuk pertama kalinya seseorang menolak pelawaannya.
“Hmm”, Serafina mati kata.
“Call I kalau dan kemas nanti”, tiba-tiba sahaja suara Syed Ziyaad bertukar lembut. Serafina terkejut. Dia memandang Jade dan Alex yang tiba-tiba berhenti bercakap.
“Hah? Okay okay”, Serafina terus meletakkan telefon.
“Who’s that?”, tanya Jade.
“My friend from Malaysia”, jawab Serafina.
“Oh… I see”,
“Sera, Jade… We don’t have any class after this right?”, sampuk Alex. Dari tadi dai hanya memerhati Serafina yang kekok d hadapan Jade. Tidak seperti selalu.
“Yeah, what to do next?”, tanya Jade. Setelah sekian lama tidak meluangkan masa bersama wanita yang disayanginya.
“What about lunch together?”, saran Alex.
“I’ll past”, tolak Serafina.
“Again? Why?”, tanya Jade. Hampa.
“I need to go somewhere with my friend from Malaysia”, bohong Serafina.
“Its okay Sera. Yoi can go”, kata Alex. Faham dengan keadaan Serafina. Alex fikir Serafina ingin menjauh dari Jade perlahan-lahan.
“Thank you Alex. Sorry Jade”, ucap Serafina.
“I need to go now”, kata Serafina lagi. Dia terus berlalu meninggalkan Alex dan Jade. Mujur kampus dengan kolej kediaman tidak jauh. Tidak perlulah dai bersusah payah menaiki teksi untuk pulang. Usai mengemaskan barang-barangnya Serafina terus menghubungi Syed Ziyaad.
KONDOMINIUM yang disewa Syed Ziyaad memang sangat mewah. Serafina kagum dengan kekemasan dan hiasan minimalis kondominium lelaki itu.
“Kenapa tercegat kat situ?”, tanya Syed Ziyaad. Masih lembut seperti tadi.
“You ni okaykah?”, tanya Serafina. Dia menarik bagasinya ke bilik di mana Syed Ziyaad berada.
“Apa yang tak okay?”,
“Kenapa you tiba-tiba cakap lembut-lembut dengan I? Pelik”,
“Ini namanya latihan. Taklah kekok nanti depan mommy and daddy”, kata Syed Ziyaad sekadar alasan.
“Gitu erk?”, Serafina buat-buat bodoh. Dia mengeluarkan pakaiannya untuk disusun di dalam almari. Syed Ziyaad duduk di birai katil sambil memandang Serafina.
“Apa pandang-pandang?”, soalan yang sama dilontarkan oleh Serafina ketika malam pertama mereka.
“Suka hati I lah. Mata I”, jawab Syed Ziyaad. Serafina mencebik. Telefonnya berdering lagi menunjukkan ada panggilan video masuk. Syed Ziyaad cuba untuk melihat nama yang tertera namun Serafina lebih pantas menyambut panggilan.
“Weh, aku busy ni. Korang apahal?”, Serafina menjawab panggilan video berkumpulan itu. Tersembul muka Ivanna, Carlissa, Juanlita dan Lemuella.
“Rindu”, rengek Carlissa. Serafina melirik ke arah Syed Ziyaad yang mendengar perbualan mereka.
“Tak payah sibuklah nak dengar cerita kitorang”, marah Serafina lalu menjeling Syed Ziyaad.
“Apa? Bukan korang mengumpat I kan? Biarlah I dengar”, jawab Syed Ziyaad. Serafian memasukkan kainnya dengan cepat ke dalam almari dan keluar dari bilik tersebut menuju ke ruang tamu.
“Eii dia ni… Sorry guys, mamat ni sibuk ja nak dengar cerita kita”, rungut Serafina. Dia duduk di sofa.
“Takpelah. Weh, aku ada jumpa akaun Instagram laki kau… Insta famous doh… Untunglah kau Sya”, puji Ivanna.
“Tak ada yang untungnya”, nafi Serafina. Tiba-tiba Syed Ziyaad melabuhkan punggungnya di sebelah Serafina.
“Sya, tengok muka suami kau dari jarak dekat. Waktu kenduri tu tak nampak sangat sebab dia tak datang jumpa kitorang. Lagipun aku fokus kat kau ja sebab cantik sangat dan berseri-seri masa bersanding”, pinta Juanlita. Perangai mereka berempat masih sama, pantang nampak lelaki tampan mesti cair.
“Dia takde kat sini”, bohong Serafina. Sementara itu, Syed Ziyaad sengaja berdehem dengan kuat.
“Uwah… Dah pandai tipu dah sekarang ni. Takpe-takpe”, komen Lemuella. Serafina terus membisukan panggilan video tersebut dan menutup kamera.
“Janganlah you… Kita kan dah setuju tak nak ganggu live masing-masing”, tegur Serafina lalu kembali ke panggilan video tersebut dengan senyuman paksa.
“Hehehehe… Dia baru ja sampai tadi”, kata Serafina. Dia memerengkan telefonnya supaya wajah Syed Ziyaad kelihatan di skrin.
“Hai abang Syed”, sapa Carlissa lembut dan tesipu-sipu malu.
“Abang kepala otak hang. Ingat si Cina”, usik Serafina. Syed Ziyaad melambai tangannya sambil membuat muka macho. Serafina memandang Syed Ziyaad dengan muka menyampah.
“Handsome”, hanya itu yang mampu dikatakan oleh Ivanna. Juanlita tersengih lalu bertanya kepada Serafina.
“Boleh aku followkah IG abang Syed Sya?”, tanyanya sambil ketawa. Mahu juga dia diikuti oleh seseorang yang popular.
“Apasal tanya aku? Tanyalah dia”, balas Serafina. Dia sendiri pun tidak tahu apa nama akaun Syed Ziyaad.
“Dah followkah? Kalau dah follow saya boleh followback sekarang”, kata Syed Ziyaad. Apa lagi rakan-rakan Serafina itu bagaikan histeria kerana terlalu teruja. Masing-masing memberitahu username mereka agar diikuti kembali. Serafina hanya memandang Syed Ziyaad dengan muka malas.
“Fia, kau kat mana? Bising semacam ja”, tanya Juanlita setelah selesai sesi menambah pengikut di Instagram.
“Dating… dengan boyfriend terjun yang aku cerita hari tu”, kata Lemuella. Dia ketawa.
“Tengok”, pinta Serafina.
“Tak boleh. Dia serabai sekarang. Aku send gambar ja”, bohong Lemuella. Padahal dia berada di taman bersama Ilanit.
“Banyaklah kau punya kencing”, ujar Carlissa ala-ala gangster. Mereka semua ketawa.
“Weh, aku ada kelas lepas ni. Aku off dulu ya”, kata Ivanna setelah ketawanya redah.
“Haah, aku pun sama ada kelas”, kata Juanlita juga. Kemudia dia dan Ivanna serentak memutuskan panggilan video tersebut. Tinggallah mereka bertiga sahaja. Suasana hening.
“Malaikat lalu”, kata Lemuella memecahkan kesunyian.
“Hahahaha, korang kenapa ni? Tiber diam”, ujar Serafina. Dilihatnya muka Carlissa dengan Lemuella seperti kekok.
“Okay faham. Aku off dululah. Bye”, pamit Serafina. Sedikit kecewa. Panggilan video diputuskan.
“Habis dah?”, tanya Syed Ziyaad.
“Kalau you takde kat sini takkan habislah. Hish! Semak ja”, omel Serafina lalu berdiri menuju ke dapur. Syed Ziyaad hanya mencebik mendengar omelan Serafina.
“You!”, jerit Serafina dari dapur. Terkejut Syed Ziyaad dibuatnya sehingga telefonnya terpelanting ke bawah meja kopi di tengah-tengah ruang tamu itu. ‘Apa hal pula bini aku ni jerit-jerit’, rungut Syed Ziyaad dalam hati. Telefon yang terjatuh dibiarkan lalu bergegas ke dapur.
“Apa jerit-jerit?”,
“Mana ada I jerit. I panggillah”,
“Panggil tu tak payahlah jerit-jerit. Rumah ni taklah besar sangat”,
“What ever… You ni apasal semua benda takde dalam dapur ni?”, Serafina melihat keadaan dapur. Kosong. Yang ada Cuma perkakas dapur. Di dalam peti sejuk pula hanya terdapat air mineral sahaja.
“I mana pandai masak. Buat apa I beli”, kata Syed Ziyaad sambil memeluk tubuh di tepi pintu. Sengaja berbohong.
“You tak minumkah? Kopi? Jus?”,
“Minum air jelah”, selamba sahaja jawapan Syed Ziyaad. Serafina mengeluh. ‘Kenapalah aku dapat laki macam dia ni’, Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Teman I beli barang dapur”, pinta Serafina.
“Untuk?”,
“You nak mommy tahu yang kita tak tinggal bersama dan tak pernah masak?”, tanya Serafina. Dia meninggalkan Syed Ziyaad di dapur untuk mengambil topi kerana cuaa sangat panas d luar.
“Tak nak teman? I boleh naik teksi”, Serafina sengaja berkata demikian. Sebenarnya dia ingin menagih simpati kerana malas menaiki teksi.
“Kejaplah”, ujar Syed Ziyaad. Dia masuk ke bilik untuk mengambil dompet dan kunci kereta namun terlupa untuk mengambil telefonnya yang terjatuh di bawah meja kopi itu tadi.
SYED Ziyaad meneliti semua barang-barang yang ada dalam troli Serafina. Semuanya makanan segera seperti sardin, mi segera, ayam segera dan nugget.
“You tak pandai masak?”, tanya Syed Ziyaad. Mereka berbaris di kaunter untuk membayar barang-barang tersebut.
“No”, jawab Serafina. Ringkas. Syed Ziyaad mengerutkan dahinya.
“Credit card or cash?”, tanya juruwang tersebut apabila tiba giliran Serafina membayar.
“Credit card”, jawab Serafina dengan senyuman. Namun, pada masa yang sama Syed Ziyaad juga menjawab.
“Cash”, katanya. Juruwang itu buntu seketika. Pantas sahaja Syed Ziyaad mengeluarkan beberapa not Australia Dollar kepada juruwang tersebut. Serafina memasukkan kembali kad kreditnya yang dikeluarkan ke dalam dompet.
“Thank you, come again”, ucap juruwang itu. Serafina keluar dengan tangan kosong, membiarkan Syed Ziyaad yang mengangkat barang-barang yang dibelinya.
“You! Tolonglah I. Beratlah”, rayu Syed Ziyaad. Serafina menoleh ke belakang. Dilihat suaminya yang keberatan membawa barang-barang tadi. Dia tertawa kecil. Syed Ziyaad terpaku melihat senyuman Serafina. Sekali lagi detakan jantungnya tidak menentu. Rasanya ini kali pertama kali dai melihat Serafina tersenyum ikhlas di hadapannya. ‘Apa kena dengan aku ni?’, gumamnya.
“Nak ke tak nak I tolong ni?”, tanya Serafina. Tangan sudah dihulur. Syed Ziyaad tersedar dari khayalannya.
“Hah? Ambik ni”, balasnya gugup. Kemudian mereka beriringan menuju ke kereta. Selepas memasukkan barang-barang mereka tersebut mereka terus memboloskan diri ke dalam kereta. Suasana hening sepanjang perjalanan kerana Serafina sibuk bermain dengan telefonnya. Langsung tidak peduli dengan Syed Ziyaad yang berasa tidak selesa. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah mereka tiba di kondominium Syed Ziyaad.
“You betulkah tak pandai masak?”, tanya Syed Ziyaad sambil tangannya sibuk mengambil barang-barang yang berada di but kereta.
“Yalah… You ni kenapa? I mana ada masa nak belajar masak. For me, masak-masak ni benda senang nak belajar so nanti-nantilah I belajar”,
“So, mommy, daddy nak makan apa?”,
“Order jelah. Apa yang you gelabah sangat ni? Pandai-pandailah I explain nanti”, Serafina masuk ke dalam lif. Syed Ziyaad membuntuti langkah Serafina sehingga sampai di dalam ruang tamu kondominium Syed Ziyaad. Tiba-tiba telefon pintar Syed Ziyaad berdering. Tertera nama ‘Sayang’, di paparan telefon. Serafina yang ternampak nama tersebut berpura-pura tidak melihatnya. Entah mengapa hatinya sakit saat ini.
“Hello”, sapa Syed Ziyaad.
“Hello ja? Mana panggilan sayang you selama ni?”, tengkik wanita itu di corong telefon. Jeritan itu terlalu kuat sehingga Serafina dapat mendengarnya serba sedikit.
“Nanti I call you balik”, kata Syed Ziyaad dengan perlahan.
“Sayang?”, sindir Serafina. Syed Ziyaad terkesima. Serafin keluar dengan jelingan tajam yang mampu membunuh orang yang melihatnya. Serta-merta dia teringat satu peristiwa ketika dia masih d bangku sekolah.
LALUAN menuju dewan makan sangat sesak disebabkan sekumpulan lelaki yang sedang berasak-asak hendak masuk untuk melihat seorang puteri bidadari.
“Apahal ni?”, tanya Syed Ziyaad kepada 2 orang kawannya.
“Entahlah mereka kata ada biadadari dari SMK Cheras Awana”, jawab Khazin.
“Haah, aku ternampak tadi. Serious lawa doh. Memang layak digelar bidadari. Tapi itulah…”, kata-kata Nufail terhenti di situ.
“Kenapa?”, tanya Khazin.
“Sombong”, jawab Nufail. Tiba-tiba semua lelaki yang mengerumuni laluan dewan makan itu beralih ke tepi seperti sedang memberi laluan. Gadis yang dikatakan bidadari itu keluar dari dewan makan tersebut bersama seorang rakannya. Tudung jenis shawl berwarna merah jambu yang dipakainya menambahkan lagi keanggunannya. Shahera berdiri betul-betul tepat di hadapn Syed Ziyaad. Ya, nama bidadari itu ialah Shahera.
“Excuse me. Kitorang nak lalu”, ujak rakan Shahera. Syed Ziyaad dan rakan-rakannnya tersentak lalu kelam-kabut bergerak ke tepi. Shahera tidak berkata apa-apa sebaliknya dia tersenyum sinis sambil mendengus kasar dan menjeling Syed Ziyaad dengan jelingan tajam. Jelingan yang sama yang dilemparkan kepadanya hari ini. Walaupun jelingan itu hampir tidak kelihatan kerana terhadang dek bingkai kaca mata yang berwarna merah jambu. Sedondon dengan tudungnya. Siapa tahu jelingan itu membuat Sted Ziyaad jatuh cinta pandang pertama pada gadis yang bernama Shahera di hari terakhir kem motivasi mereka.
“Khaz, siapa nama budak tu?”, tanya Syed Ziyaad ingin tahu.
“Aku dengar-dengar Shahera namanya. Shahera Idrus ke kalau tak silap”, beritahu Khazin. Yakin tak yakin.
“Ah…”, Syed Ziyaad mengangguk-angguk.
“Aku dengar-dengar lagi dia terpilih kem motivasi ni sebab dia dapat 9A dalam PT3”, kata Khazin lagi.
“Kau ni betulkah kau dengar-dengar… Atau kau cari tahu?”, usik Nufail. Khazin tersengih.
“Aku tanya orang sebenarnya. Sebab cantik doh. Macam tak kena dengan umurnya 16 tahun”, puji Khazin.
“HEI!”, sergah Serafina. Dia melihat Syed Ziyaad yang masih tercegat di hadapan pintu masuk.
“Hah?”, terkejut Syed Ziyaad. Bayangan tentang jelingan maut Shahera juga terbang menghilang. Serafina mengerutkan dahinya lalu meninggalkan Syed Ziyaad yang baru ingin bergerak ke dapur. Tanpa menoleh ke belakang dia terus masuk ke dapur. ‘Aku dah kata aku tak nak kongsi suami. Biarlah tak dapat payung emas. Huh! Sayang konon. Lahanat’, maki Serafina perlahan. ‘Jap, apasal aku marah pula ni? Aku sakit hatikah? Cemburu? Oh, mustahil. Lelaki macam dia tu bukan taste aku. Hmm Serafina Syazani mohon sedar’, gumamnya lagi.
“Apa yang you membebel sorang-sorang ni?”, sergah Syed Ziyaad. Dia duduk mencangkung di hadapan peti sejuk sambil menyusun buah-buahan dan botol-botol jus ke dalam peti sejuk.
“Se… Sejak bila you ada kat situ?”, tanya Serafina. Gugup. Risau jika Syed Ziyaad terdengar omelannya tadi.
“Baru ja. Jangan risau, I tak dengar pun apa yang you umpat seorang diri”, jawab Syed Ziyaad dengan tenang. Serafina mendengus dengan mulutnya terbuka sedikit tanda tidak puas hati. Dia mengambil telefon pintarnya di atas meja makan kemudian keluar dari dapur. Entahlah, melihat muka Syed Ziyaad hanya membuatkan dia bengang. Serafina berjalan menuju ke bilik Syed Ziyaad. Dia membuat panggialn video dengan Alex untuk menenangkan hati.
“Hi Sera! Where are you?”, sapa Alex.
“Hi Alex! I’m at my friend’s house”, kata Serafina.
“Oh I see… Have you eaten yet?”, tanya Alex. Suasana di sana agak riuh.
“Not yet”, jawab Serafina.
“Why don’t you join us. We still at the café that we use to go together before”,
“It’s okay. I’m going to eat with my friend after this”,
“Are you sure? I’m with Jade and Hannah right now”,
“Yeah… I see you guys seem having a lot of fun so I’ll call you back later”,
“Okay, bye Sera. Take care”, ucap Alex. Panggilan dimatikan. Serafina memandang skrin telefon yang gelap. Betapa dia merindukan waktu-waktu ketika dia masih belum berkahwin.
“Elok sangatlah tu. Suami depan mata tapi video call dengan lelaki lain”, sindir Syed Ziyaad. Dia bersandar di tulang pintu sambil memeluk tubuh.
“Heh, hello… I tak berniat pun nak teruskan hubungan kita ni sampai bila-bila”, marah Serafina. Dia berdiri memandang Syed Ziyaad dengan tajam.
“But still… I’m your husband after all”, balas Syed Ziyaad.
“Remember? The first night after we get married? I clearly told you I don’t like sharing. If you want a new wife, please divorce me first. Is it clear?”, kata-kata Serafina bagaikan satu tembakan buat Syed Ziyaad. Selama 23 tahun dia hidup, inilah kali pertama dia ditolak. Ditolak oleh isterinya sendiri pula tu. Serafina mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi. Mungkin mandi boleh menghilangkan rasa bengangnya terhadap Syed Ziyaad. Setengahjam berlalu dan Serafina masih berada dalam bilik mandi. Hati Syed Ziyaad dipagut rasa risau. Selama tinggal bersama kakak dan adiknya belum pernah lagi mereka mandi lebih dari setengah jam. Syed Ziyaad mengetuk pintu bilik bertalu-talu namun tiada respon dari Serafina.
“You?”, panggil Syed Ziyaad. Masih taiada sahutan.
“Fina!”, panggilnya lagi. Suaranya dikuatka sedikit.
“Apa?”, sahut Serafina acuh tidak acuh.
“You tidurkah kat dalam tu? Apasal lambat sangat?”, tanya Syed Ziyaad. Pintu bilik mandi terbuka.
“I make up lah. Yang you gelabah ni kenapa?”,
“Buat apa make up malam-malam?”, tanya Syed Ziyaad. Dia melihat wajah Serafina yang bersolek tebal seperti biasa. Dilihat pula baju yang seakan-akan hendak pergi beraya.
“Kan mommy dan daddy dah nak sampai”, jawab Serafina.
“Flight masih delaylah. Mungkin esok baru diorang sampai”,
“Oh, takpelah. Malas nak tukar baju. Pakai macam ni jelah”,
“Tidur pun pakai macam tu?”,
“Tidur I tukarlah baju tidur. Huh”, Serafina berlalu menuju ke ruang tamu. Dia membuka komputer ribanya untuk mengulang kaji pelajarannya pagi tadi.
“You tak order makanankah?”, tanya Syed Ziyaad dari belakang. Dari tadi dia memerhati Serafina, namun wanita itu tetap khusyuk dengan komputernya dan buku-buku nota dan langsung tidak tahu yang Syed Ziyaad berada di belakangnya.
“Tak. You laparkah?”, tanya Serafina. Dia terus bangun untuk menjenguk nasi yang ditanak petang tadi.
“Hmm”, balas Syed Ziyaad lalu mengangguk. Serafina melihat wajah tampan Syed Ziyaad. ‘Aku dahla muda lagi, dah nak pikul tanggungjawab sebagai isteri. Makan minum sendiri pun susah nak jaga inikan pula makan minum suami’, fikirnya.
“You nak makan apa? I ingat tadi nak makan mi segera ja tadi sebab I ingatkan you makan kat luar”, terang Serafina. Jujur. Sejak menyambung pengajian di Australia ini, mi segera bagaikan makanan harian baginya. Masa rehat yang dia ada terhad dan tidak ada masa untuk makan di luar kerana masa rehatnya digunakan untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan.
“Ikut you jelah”,
“Ikut apa? Makan mi segera?”, tanya Serafina. Hairan.
“Yalah… You kan tak pandai masak. Kalau makan makanan lain pun sama juga makanan segera”, kata Syed Ziyaad. Sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan Serafina kerana dia tahu bidang kedoktoran memang sangat susah.
“Kalau macam tu senanglah kerja I. Bagus juga dapat suami macam you ni. Tak banyak songeh”, puji Serafina ikhlas. Dia melemparkan senyuman manis ke arah Syed Ziyaad. Sekali lagi Syed Ziyaad bagaikan dipanah panahan cinta. Senyuman yang sangat susah untuk dilihat kerana cebikan dan senyuman sinis bagaikan sebati di wajah Serafina setiap kali bersamanya. Syed Ziyaad hampir hanyut dalam angan-angan namun disedarkan dirinya dengan cepat. Dia duduk di kerusi dan menunggu Serafina siap memasak mi segera.
“WEH, kau pergo mana kelmarin? Kenapa tak join kitorang”, tanya Hannah. Mereka duduk di pondok ilmu berhadapan dengan perpustakaan.
“Aku balik rumah suami aku”, jawab Serafina. Dia menyisipkan straw di bibirnya dan meneguk air lemonnya dengan perlahan.
“Kau kata kawan… Kau tak bagi tahu Jade lagikah pasal kau dan Rayyan”, tanya Hannah. Hannah pernah berkawan rapat dengan Syed Ziyaad sebelum ini.
“Belum… Aku tak naklah dia rasa tak selesa nanti”,
“Laa… Kenapa tak bagitahu?”,
“Aku dah bagitahu Alex, nanti dia bagitahulah tu. Aku tak mampu cakap sendiri”,
“Kau memang. Dari dulu tak pernah berubah”, kata Hannah.
SERAFINA kod pada pintu kondominium Syed Ziyaad dengan malas. Seharian dia berada di kampus kerana mempunyai kuliah. Jam 4 petang dia telah selesai kuliah namun terpaksa menghadap kesesakkan lalu lintas membuatkan dia pulang agak lewat. Setelah pintu terbuka, Serafina masuk dengan langkah longlai membawa buku-buku dan beg galas yang berisi komputer riba. Fail-fail yang lain dikepitkan di bawah ketiak kerana buku yang dibawanya sangat banyak sehingga tidak menang tangan dia mengangkatnya. Apabila dia masuk ke rumah, terdengar bunyi bising di dapur dan bau masakan yang enak memenuhi segenap ruang tamu. ‘Laki aku masakkah? Sejak bila dia pandai masak?’, fikirnya. Serafina berjalan masuk ke bilik untuk meletakkan barang-barangnya terlebih dahulu barulah dia berjalan menuju ke dapur.
“Eh mommy, bila sampai?”, tanya Serafina apabila menjenguk ke dapur dan melihat Puan Sri Bevendra. Tangan wanita itu dicapai lalu dikucup. Serafina beralih pula ke hadapan Syed Ziyaad lalu menghulurkan tangan. Syed Ziyaad hairan. Serafina menghantar isyarat mata kepada suaminya untuk menyambut salamnya. Serafina mengucup tangan Syed Ziyaad dengan sopan. Syed Ziyaad tersenyum lalu menarik kepala isterinya lalu mencium dahi Serafina lembut untuk menambahkan keromantikan lakonan mereka.
“Tengah hari tadi”, jawab Puan Sri Bevendra. Dia bahagia melihat keadaan suami isteri itu.
“Sorrylah mommy, Fina ada kelas dari pagi. Tak dapat nak jemput kat airport. Daddy mana?”, tanya Serafina.
“Ada kat dalam bilik air tu. Nak melabur katanya”, jawab Puan Sri Bevendra lalu ketawa. Serafina juga turut ketawa.
“Hmm, kesian mommy kena masak sendiri lepas penat-penat datang dari jauh. Fina nak masak tapi Fina tak pandai masak”, kata Serafina jujur.
“Takpelah. Fina kan muda lagi. Masak tu senang ja nak belajar”, balas Puan Sri Bevendra.
“Mommy boleh ajarkan?”, ujar Serafina separuh membodek.
“Boleh sangat… Senang ja tu”,
“Ini yang Fina suka ni. Hehehehe… Ada yang nak dibantukah ni?”,
“Takde. Dah siap dah. Tapi kalau nak tolong juga, boleh tolong buat air?”,
“Boleh”, kata Serafina. Syed Ziyaad hanya memerhati mereka. Sedikit sebanyak dia bersyukur kerana Serafina pandai mengambil hati orang tuanya.
“You, biar I buat ni. You pergilah mandi dulu”, kata Syed Ziyaad lembut.
“Eh, takpelah. I boleh buat”, balas Serafina lembut.
“Sayang…”, panggil Syed Ziyaad tetapi mata menghantar isyarat supaya Serafina mematuhinya. Serafina pula mencebik mendengar panggilan itu.
“Yalah”, aku Serafina. Matanya yang bulat dibesarkan tanda tidak puas hati. Dia keluar dari dapur dan menuju ke bilik mereka untuk mandi.
Stay tuned for upcoming updates every Sunday 5pm
Share this novel