Chapter 35

Romance Series 5912

Lampu kelab malam berkelipan dan ditambah lagi dengan lagu-lagu yang memecahkan telinga membuatkan Ivanna semakin asyik dengan suasana hiburan malam minggu. Dia menari tanpa mempedulikan orang-orang di sekelilingnya. Tiba-tiba seorang lelaki mendekatinya dan merangkul pinggangnya dengan lembut. Ivanna terkeju dan serta-merta berhenti menari.
“Dizam?”, tanya Ivanna. Suaranya tenggelam dek bunyi musik yang terlalu kuat.
“Hai Dina. We met again”, sapa Dizam dengan suara yang nakal. Tangannya semakin giat bermain di pinggang Ivanna. Ivanna yang berasa tidak selesa dengan keadaan itu segera berundur dan menepis tangan cabul Dizam.
“Why are you here?”,
“I fikirkan you dah berubah jadi solehah”, ejek Dizam. Dia menarik Ivanna ke dalam dakapannnya dan mencium rambut Ivanna penuh nikmat. Ivanna terhidu bau arak pada baju Dizam. ‘Haih… Dah bodoh dah lelaki ni’, maki Ivanna. Dia menelefon pengawal peribadinya untuk datang. Tetapi bukan pengawal peribadinya yang datang malah Saiful pula yang datang membelasah Dizam.
“Don’t touch my girl!”, tengkik Saiful. Ivanna tergamam. Semua orang yang ada di situ memerhati mereka.
“Hey Saiful! What are you doing here?”, tanya Ivanna. Risau.
“I yang patut tanya you. You buat apa kat tempat macam ni?”, marah Saiful. Tidak lama kemudian, pengawal peribadi Ivanna yang sasa membawanya pergi tanpa sempat menjawab pertanyaan kekasihnya itu.

“APAHAL lambat sangat? Kalau korang tak lambat tadi perkara ni takkan jadi tahu tak? Sebab koranglah Saiful dah tahu saya masih lagi pergi kelab malam”, marah Ivanna kepada pengawal peribadinya.
“Maaf cik. Kami tak dibenarkan masuk pada mulanya”,
“Duit saya kan ada. Kenapa tak fikir guna otak hah?”, Ivanna menempiaskan kemarahannya pada pengawal peribadinya. Pengawal peribadinya hanya berdiam sahaja kerana takut dipecat.

IVANNA duduk di birai katil sambil mendail nombor telefon Saiful. Namun, semuanya hanya sia-sia. Saiful langsung tidak menjawab panggilannya. Semua panggilan Ivanna disambungkan ke peti simpanan suara. Ivanna mendengus. ‘Lecehlah’, bentaknya. Ivanna menghantar mesej kepada Saiful.

Sayang! You better pick up the phone – Ivanna
I’ll give you the last chance. Call me before 8 tomorrow or we’re over – Ivanna

Ivanna memandang mesej yang dihantarnya kepada Saiful melalui aplikasi whatsapp. Dua ti kelabu menunjukkan bahawa mesej tersebut telah sampai namun nelum dibaca oleh kekasihnya itu. Tanpa sedar, Ivanna terlelap dalam keadaan yang tidak bermaya. Tepat jam 8 pagi Ivanna terbangun dan terus melihat telefonnya. Dua tik biru yang menandakan mesejnya telah dibaca oleh Saiful namun tiada balasan darinya. Dia cuba untuk menghubungi Saiful beberapa kali namun tetap gagal. Ivanna bangun dari pembaringan dan bergegas untuk bersiap untuk ke kampus kampus kerana kelasnya bermula pada jam 11. Sebelum ke kampus Ivanna sempat singgah ke apartment Saiful yang berada tidak jauh kondominiumnya yang baru sahaja disewa bulan lepas.

You, turun jap… I ada kat bawah ni – Ivanna
I tahu you ada kat dalamlah – Ivanna

Ivanna masih tidak putus asa. Namun seperti tadi, mesejnya dibaca namun tidak dibalas. Dia menunggu di sana selama sejam sebelum bergerak ke kampus.

DEWAN kuliah agak renggang waktu ini kerana Ivanna sampai awal dari waktu kelas.
“Kamu okay gak?”, tanya Elfra.
“Okay ja. Kenapa?”, balas Ivanna.
“Loh kayak gak semangat gitu. Ada masalah?”, soal Elfra sedikit risau kerana jarang melihat wajah Ivanna yang muram dan tidak bermaya.
“Nolah… I’m just a little bit tired today”,
“Tipulah Dina. Kau ada masalah dengan Saifulkan?”, duga Tasya.
“I kenallah you. Kalau you penat you takkan macam ni”, katanya lagi. Ivanna hanya diam.
“Takdelah, mungkin kali ni I yang salah”, ujar Ivanna.
“Cuba cerita. Jangan pendam sorang-sorang”, kata Tasya.
“Tak… I stres lah kebelakangan ni sebab assignment yang berlambak. So, I pergilah club macam biasa. You tahukan perangai aku macam mana Tasha… Then, tiba-tiba dia muncul pula kat club yang I pergi and lepas tu dia marah I. Then call tak jawab. Mesej tak reply tapi dia baca chat I”,
“Hmm… Kenapa dia macam tu erk?”,
“I memanglah boleh tinggalkan cara hidup yang lama tapi perlahan-lahanlah. Tapi itu pun dia nak panas sampai macam tu sekali. Rasa macam dikongkong pun ada. Ini baru couple, entah kalau dah kahwin nanti. Tak dibenarkan keluar rumah mungkin”,
“You cubalah fikir-fikir dulu cara untuk jumpa dia or you fikir-fikirlah yang dia tu betul-betulkah lelaki yang kau cari-cari selama ni. I pun tak dapat nak bagi nasihat sebab aku pun takde pasangan lagi huhu”, ujar Tasya separuh bergurau.
“Benar. Ya udah… Loh tenang aja yan”, ucap Elfra.

DUA minggu berlalu namun masih belum ada khabar dari Saiful. Tiada setitis pun tanda-tanda Saiful ingin memperbaiki hubungan mereka. Ivanna putus harapan. Dia berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Tasya 2 minggu yang lepas. ‘Mungkin betul kitorang takde jodoh. Kalau difikirkan balik takdelah besar sangat salah aku pada dia’, omel Ivanna. Dia menghantar pesanan ringkas pada Saiful kerana jika dia buat panggilan pun tidak akan dijawab.

Fine! You win. Let’s break up. I dah fikir masak-masak. We don’t suit each other – Ivanna

Ivanna memandang skrin telefonnya yang telah gelap dan bernyala semula tanda ada pesanan ringkas yang masuk. Ivanna terkedu setelah membaca pesanan ringkas daripada Saiful.

Okay… Finally you say it. I’ve been waiting for that words because I don’t want to be a bad guy in this relationship who dumped you first – Saiful
Let’s meet up. I’ll say it in front of your face. I’ll say it right through your face so no regret left between us – Ivanna
No need. I’m afraid you only come to fix our relationship that already broken long time ago instead of breaking up with me – Saiful
So you tryna make me look bad here? – Ivanna
Fikirlah apa yang you nak fikir – Saiful

Ivanna terasa sangat sakit hati dengan kata-kata Saiful. Dalam banyak-banyak jawapan yang ditunggu, inilah yang paling tidak dijangkanya. Yang peliknya dia langsung tidak rasa ingin menagis ataupun sebak. ‘It’s okay Ivanna Irdina. You can do it. Focus kat pelajaran ja’, tuturnya dalam hati.

Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience