Juanlita kembali ke Pahang bersama-sama Fazley kali ini. Mereka selalunya balik berasingan namun disebabkan Juanlita ingin pulang ke Pahang bersama maka Fazley menempah tiket pada tarikh yang sama dengan jadual keberangkatan Juanlita.
“Seriouslah si Syazani tu dah kahwin”, tanya Fazley kurang percaya. Dia memang telah mendapat kad jemputan daripada Serafina, namun kerana kesibukkan di Johor dia tidak dapat menghadiri majjlis kebahagiaan temannya itu.
“Betullah. Bukan you ada dapat kad jemputankah? Sya kata dia dah bagi”, jawab Juanlita. Dia menyorong beg bagasinya dengan tenang sambil memaut lengan Fazley.
“Ada… Cuma itulah, I masih rasa pelik. Sombong gila kot dia tu. Macam mana dia boleh kahwin dulu sebelum kita. Hahahaha”, gurau Fazley. Dibiarkan tangannya dalam poket untuk memudahkan Juanlita memaut lengannya.
“Biasalah tu… Dah sampai jodoh. You tu jangan nak berangan nak kahwin awal ya. Belajar pun tak habis lagi. Eeww”,
“Eeww konon. Padahal nak”,
“Yii… Mulalah tu. Perasan”, kata Juanlita lalu ketawa. Mereka masuk ke dalam teksi dan menuju ke Kuala Lipis. Tidak berapa lama kemudian, mereka pun tiba di Kuala Lipis. Juanlita menyewa bilik berukuran sederhana sepanjang tempoh pengajiannya kerana dia tidak suka berkongsi bilik dengan orang yang baru dikenalinya. Manakala, Fazley pula terus ke hostel. Sebetulnya, Juanlita berasa tidak selesa dengan keadaan tempat tidurnya ini namun setelah setahun dia tinggal di sini dia mulai membiasakan diri. Tambahan pula bilik sewa ini berdekatan dengan TF Value Mart. Maka senanglah dia turun membeli makanan. Sewaktu baru keluar dari tandas telefon pintar Juanlita menjerit. Juanlita mencapai telefonnya dan melihat nama si pemanggil. ‘King Noob’, nama yang diletakkan untuk Fazley.
“Apa you nak?”, sapa Juanlita.
“Amboi! Garangnya. Dah kuat dahkah sekarang?”, tanya Fazley separuh bergurau.
“Kuatlah. Hahahaha… Kenapa you call?”,
“Esok kita keluar jam berapa?”,
“I ikut you ja. Tapi awal sikitlah sebab perjalanan jauhkan”,
“Jam 8.30 okaykah? Kalau terlalu awal takut tak sempat breakfast. Hehe”,
“Ada-ada jelah you ni. Bolehlah tu, sampai sana mungkin jam 11.30 lebih. You rehatlah nanti mengantuk pula tengah jalan, terus susahkan passenger princess ni lagi nak drive”, Juanlita ketawa.
“Ewahh, bos erk dia”, Fazley juga ketawa.
“Goodnight you. I love you”, ucapnya lagi.
“Goodnight. Love you more. Take care ya”, pesan Juanlita lalu mematikan panggilan. Dia mengemaskan bilik sebelum tidur.
BUNYI hon kereta mengganggu Juanlita memasang anting-antingnya. Dia memandang ke luar tingkap. Kelihatan kereta Honda HR-V berwarna putih berparkir di hadapan pagar. Juanlita segera menelefon Fazley.
“You bagi I 5 minit lagi okay? I tak siap lagi”, kata Juanlita dalam keadaan kelam-kabut.
“I dah agak dah. Okay. Cepat sikit”, jawab Fazley. Panggilan dimatikan. Juanlita mengambil telefon dan pengecasnya lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Bagasinya ditolak laju menuju ke pintu dan membawanya ke kereta. Fazley mengambil beg tersebut lalu memasukkannya ke dalam but kereta. Juanlita kemudiannya kembali ke pintu rumah untuk menguncinya dan kemudian memboloskan diri ke dalam kereta milik Fazley. Kereta ini memang sengaja dibeli untuk memudahkan Fazley berjalan-jalan di Pahang ini. Setelah habis pengajiannya selama 5 tahun ini, dia berancang ingin menjual kembali kereta ini kerana ia merupakan kereta terpakai.
“Lambat bangunkah boy?”, tanya Fazley. Sengaja ingin mengusik kekasihnya itu.
“Eh, takde erk girl”, Juanlita membalas usikan itu sambil memakai tali pinggang keledar.
“Habis tu kenapa lambat?”,
“Biasalah… Nak mandi, nak cuci rambut, nak cari baju, nak makeup lagi. Semua tak boleh tinggal”,
“Wow! Patutlah rambut dah macam mi dah. Curl curl bagai”,
“Heh, biarlah. Cantik apa? Beralun”,
“Oh… Beralun erk?”,
“Ermm”, Juanlita memegang rambutnya. Fazley menoleh ke arahnya sekilas.
“Haah, cantiklah you. Untung siapa dapat you kan?”, katanya.
“Memang pun”, katanya dengan bangga. Dia menggenggam jari-jemari Fazley sambil tersenyum senang. Hari ini mereka ke Kuantan untuk berlatih pingpong sejurus makan angin di sana. Mereka sengaja balik seminggu lebih awal supaya boleh bersiar-siar tanpa halangan. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai ke Kuantan. Sebelum meneruskan perjalanan mereka ke gym, mereka singgah makan tengah hari di Lombong Food Court. Sewaktu turun dari kereta, Fazley memerhati sahaja langkah Juanlita. Entah kenapa dia merasa Juanlita kelihatan lebih pendek dari biasa lalu dia tersenyum sendiri. Sebenarnya Juanlita tidaklah sependek mana pun. Tingginya ialah 160 cm tetapi disebabkan rakan-rakannya yang tingginya 170 cm ke atas membuatkannya kelihatan kecil. Malahan kekasihnya ini juga tinggi lampai dengan ketinggian 178 cm. Bayangkan perbezaan ketinggian mereka.
“You”, panggil Fazley lalu merangkul bahu Juanlita.
“Hmm?”, Juanlita mendongak memandang Fazley.
“Kenapa you tak pakai jeans? Semalam kan kita dah janji nak sedondon”,
“Sedondonlah ni. T-shirt putih, jumpsuit denim, kasut putih”,
“Tak, I bukan apa… Kalau you pakai jumpsuit ni you nampak lagi pendek dari biasa”, ejek Fazley. Dia ketawa kecil.
“Hei! Biadaplah dia ni”, marah Juanlita lalu mencubit perut Fazley.
“Ah”, Fazley mengerang kesakitan. Tapi dia masih lagi mentertawakan Juanlita.
“Baru tahu. Nak lagi?”,
“Tak nak. Ampun bos”, kata Fazley. Dia mengusap perutnya dan melemparkan senyuman kepada Juanlita. Mereka duduk makan di sana sambil berbual-bual. Usai makan, mereka meneruskan perjalanan ke Isa Table Tennis Training Centre.
SESAMPAI sahaja mereka di Isa Table Tennis Training Centre, Juanlita terus masuk ke bilik persalinan wanita untuk menukar baju manakala Fazley mengurus pembayaran masuk dan jurulatih. Juanlita keluar dengan pakaian sukan yang lengkap.
“You pergilah tukar baju”, kata Juanlita.
“Ermm”, jawab Fazley. Pendek. Dia menyerahkan dompet dan telefonnya untuk memegangnya dan berlalu menuju ke bilik persalinan lelaki. Juanlita kemudiannya pergi ke lokar untuk menyimpan barang-barang berharga kemudian berdiri di tempat dia menunggu Fazley tadi.
“Ini Juanlita Jawharakah?”, tanya seorang pemuda sasa kepada Juanlita.
“Ya saya”, jawab Juanlita dengan sopan.
“Oh, Assalamualaikum. Saya Khairul, jurulatih awak untuk hari ini”, kata pemuda itu, memperkenalkan dirinya.
“Oh…”, jawab Juanlita. Tidak selesa dipandang sedari tadi. ‘Ish, mana pula si Noob ni pergi? Lama nak mampus’, desis Juanlita.
“Ermm, maafkan saya?”, tutur Juanlita.
“Ya?”,
“Mana Cik Sara ya? Sebab selalunya saya train dengan dia”,
“Cik Sara cuti buat masa ni. Kenapa? Awak tak selesa nak berlatih dengan saya?”, duga Khairul.
“Eh taklah. Saya dan teman lelaki saya memang selalu berlatih kat sini tapi kami selalu berlatih dengan Cik Sara. Awak mesti barukan kat sini?”, nafi Juanlita. Dia sengaja bertanya supaya tidak perlu berjurulatihkan lelaki itu. Belum sempat Khairul menjawab, Fazley telah pun sampai.
“Hei you, sorry lambat sikit. I pergi beli air tadi”, terang Fazley lalu mencuit dagu Juanlita. Langsung dia tidak menyedari kelibat Khairul yang berdiri di sebelah Juanlita. Dia tahu yang Juanlita bukan jenis yang ingin berkawan dengan lelaki.
“Mana jurulatihnya?”, tanya Fazley lagi.
“Ni”, tunjuk Juanlita dengan sopan denga kedua-dua tangannya.
“Eh, sorry bro. Tak perasan, Tadi I minta jurulatih macam biasa”,
“Takpe bro, Cik Sara sedang bercuti. Jurulatih perempuan semuanya sibuk. Yang tinggal lelaki ja. Korang okay?”, tanya Khairul. Hampa. Dia begitu berminat untuk mengenali Juanlita pada mulanya. ‘Sayang, muka cantik dapat boyfriend muka tak siap’, fikirnya.
“You okay?”, tanya Fazley. Risau dengan Juanlita. Setahunya sepanjang perkenalannya dengan Juanlita, dia paling tidak gemar bergaul dengan lelaki yang baru pertama kali dijumpainya kerana peristiwa hitam zaman kanak-kanaknya. Sewaktu kecil, Juanlita pernah diculik oleh seorang lelaki ynag usianya dalam 30-an. Dia dipaksa untuk melihat video yang mempunyai unsur-unsur lucah. Hingga sekarang dia masih tidak tahu apa motif lelaki misteri itu melakukan perkara tersebut kepadanya. Ibu bapanya tidak memberitahu kerana waktu itu dia masih kecil dan tidak akan memahaminya. Apabila telah dewasa, dia tidak berani untuk bertanya kerana peristiwa itu sangat mengerikan baginya.
“Hara?”, panggil Fazley. Dia menggenggam jari-jemari Juanlita erat apanila melihat wajah Juanlita kian pucat.
“Hah? Okay… I okay ja kalau you ada”, Juanlita tersentak dari ingatannya.
“Betul ni?”,
“Ya. No worries”, mereka kemudiannya berlatih bermain pingpong. Jam sudah menunjukkan jam 4.30 petang.
“Okay, latihan hari ni tamat”, kata Khairul. Peluh masing-masing merenek tanpa henti. Juanlita tercungap-cungap kepenatan. Dua sapu tangan yang diletakkan di atas beg dicapai lalu diberikan satu kepada Fazley untuk mengelap peluh.
“Az, I pergi toilet jap”, katanya lalu meneguk air mineral yang dibeli Fazley tadi.
“Jangan lama sangat. Kita dah nak balik ni”, pesan Fazley. Dia menghantar Juanlita dengan pandangan.
“Tak balik lagi?”, tanya Khairul yang baru datang entah dari mana.
“Belum. Tunggu awek I, pergi tandas katanya”, jawab Fazley.
“Oh… You dengan dia tu dah berapa lama?”,
“Maaflah kalu menyibuk”, kata Khairul lagi.
“Its okay. I dengan dia tu nak dekat 5 tahun dah”, jawab Fazley. Jika difikir kembali memang banyak yang telah mereka lalui bersama.
“Wow! Boleh tahan lama tu. Orang sekarang ni, sebulan pun susah nak bertahan. Apalagi pada usia muda macam korang ni”,
“Haah. Itulah”,
“Kenapa tak kahwin lagi?”, tanya Khairul lagi. Cuba untuk bercerita.
“Eh awal lagi. Dua-dua pun masih belajar”, jawab Fazley lalu ketawa.
“Oh, masih belajarkah? Ingatkan dah kerja. Berapa umur you sebenarnya?”,
“Baru 20 tahun. Kenapa? Nampak tuakah?”,
“Takdelah. Nampak berkarisma ja sebab you tinggi. Serious”,
“Hahahaha. Terima kasih jelah”, ucap Fazley.
“Mana pula si Hara ni tak sampai-sampai”, rungut Fazley.
“Biasalah perempuan”, komen Khairul.
“Bro, you ni orang mana? Loghat you tak macam orang Pahang”, tanya Khairul lagi. Memecahkan keheningan.
“I orang Selangor”,
“Oh, patutlah”, Khairul terangguk-angguk. Tidak lama kemudian baru muncul kelibat Juanlita yang memakai pakaiannya pagi tadi.
“Oii, kenapa lambat?”, tanya Fazley lalu menyekeh telinga Juanlita.
“I tukar baju terus. Panas”, jawab Juanlita sambil menolak tangan Fazley.
“Hmm patut… Okaylah bro, kitorang gerak dulu”, pamit Fazley lalu bersalaman dengan Khairul.
“Okay. Hati-hati”, ucap Khairul. Dia berlalu ke bilik rehat pekerja.
“You tunggu kat kereta ya. I tukar baju jap”, kata Fazley.
Thank you for keep reading . Don't forget to leave a comment
Share this novel