Chapter 29

Romance Series 5912

Perpustakaan IPG Tengku Ampuan Afzan tidak sesunyi perpustakaan negeri Pahang. Walaupun terdapat banyak poster yang menunjukkan larangan membuat bising namun masih ada juga suara-suara yang perlahan yang sedang bercerita antara satu sama lain. Pengawas yang bertugas juga bercerita dengan teman sebelahnya.
“Minggu depan I balik KL. Praktikal dah start”, beritahu Juanlita secara separuh berbisik.
“Awalnya… Pratikal I mula bulan depan. 2 minggu lepas you bertolak”, tutur Fazley.
“Mungkin sebab kita dari sekolah yang sama kot. Sebab tu lah diorang tak hantar sekali”,
“Kenapa Universiti Pengajian Sultan Idris hantar sekali ja semua student praktikal?”,
“Itu UPSI… Mereka lebih kepada sekolah menengah. Mungkin sebab tu lah”,
“Mungkinlah”, kata Fazley. Akur dengan pernyataan teman wanitanya.
“Tapi apa yang pasti, I’m gonna miss you so much”, rengek Fazley. Juanlita hanya memandang Fazley dengan senyuman.
“Hampir sebulan tak dapat jumpa you”, rungutnya lagi.
“Mengadalah you ni”, tingkah Juanlita lalu mencapai jari-jemari Fazley dan digenggam erat.
“Sabar okay? Sabarkan separuh daripada iman”, katanya. Fazley tersenyum lebar.
“This is why I love you”, tuturnya perlahan.
“Ish dia ni”, Juanlita tersipu malu pada masa yang sama dia melihat sekeliling, bimbang orang lain terdengar perbualan mereka.

HARI ini merupakan hari pertama Juanlita menjadi guru praktikal di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Entah kenapa dia kurang bersemangat.
“Assalamualaikum”, sapa seseorang dari belakang. Juanlita berpaling ke arah suara tersebut.
“Eh cikgu… Waalaikumusalam”, Juanlita membalas salam.
“Tak sangka ya dah nak jadi cikgu dah kamu”, ujar Encik Raziman yang merupakan salah seorang guru kelas Juanlita ketika berada di sekolah rendah.
“Haah… Tak sangka yang dulunya anak murid sekarang dah jadi rakan sekerja. Hahahaha”, gurau Juanlita.
“Betullah tu. Hahahaha… Padahal dulu saya masih ingat lagi muka-muka kamu selalu masuk bilik disiplin. Antara murid paling nakal kat sekolah ni. Kamu dengan 4 orang lagi kawan kamu tu. Entahlah saya pun dah lupa dah nama diorang. Seorang ja saya betul-betul ingat”,
“Siapa cikgu?”,
“Ivanna Irdina Binti Dato’ Haji Mustaqim… Sebab dalam banyak-banyak kes yang kamu buat, kes dialah yang paling lawak. Kecik-kecik lagi dah pandai nak bercintan-cintun”, tingkah Encik Raziman. Juanlita hanya ketawa bila mengimbas kenangan itu. ‘Sorrylah Dina… Kalau bab itu aku tak dapat cover kau’, kata Juanlita dalam hati seolah-olah Ivanna mendengarinya.
“Entahlah dia tu cikgu”,
“Apa khabar kawan kamu tu?”, tanya Encik Raziman lagi. Perlahan-lahan kaki mereka bergerak menuju ke bilik guru.
“Kawan saya yang mana satu cikgu? Kawan saya ada banyak”, tingkah Juanlita separuh bergurau.
“Semualah. Setahu saya kamu berkawan dengan 4 orang ja. Tak pernah nampak pula kamu bergaul dengan orang selain mereka”, kata Encik Raziman. Juanlita tersenyum nipis. Ya, memang benar.
“Dariyah tu saya lupa dia ambil course apa sebab dia jarang ceritakan kami tentang uni life dia. Favorite student cikgu, Irdina tu ambil business administration katanya. Luthfia pula nak jadi arkitek dan sedang belajar kat Sarawak. Syazani dah masuk tahun ketiga belajar medic kat Aussie. Katanya insya-Allah kurang lebih 2 tahun dia akan masuk ke fasa neurosurgery residency”, terang Juanlita. Bangga dengan rakan-rakannya.
“Syukur alhamdulilah. Penat lelah kami sebagai guru terbalas, akhirnya kamu berjaya masuk ke universiti. Cikgu sangat bangga dengan kamu semua”, ucap Encik Raziman.
“Haah. Saya pun nak ucap terima kasih pada cikgu sebab ajar saya subjek yang saya lemah. Saya juga nak minta maaf sebab saya tak dapat capai target yang cikgu bagi”,
“Takpelah… Kamu dah buat yang terbaik. Cikgu masuk dulu ya”, kata Encik Raziman lagi lalu masuk ke bilik disiplin.
“Baiklah cikgu”, jawab Juanlita. Dia juga terus ke tempat duduknya dan menunggu waktu kelas.

HARI pertama praktikal sangat memenatkan. Dia perlu menyiapkan 3 laporan pengajaran dan membuat salinan untuk dijadikan bukti tugasan assignmentnya yang perlu dihantar 2 minggu akan datang. Juanlita duduk mengeluh di bilik guru yang kosong. Yang tinggal hanya beberapa orang guru baru yang tidak dikenalinya. Telefon bimbitnya berdering. Dia menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum”, sapa Juanlita.
“Waalaikumusalam… Hara kat mana?”, tanya si pemanggil.
“Kat sekolahlah. Kenapa?”, tanya Juanlita sambil mengerutkan dahinya.
“Jam sebegini pun masih kat sekolah? Risau mak tau?”, rungut Datin Suhayla. Tambah berkerut dahi Juanlita. Jam di tangan dilirik. ‘Baru jam 3’,
“Mak ni kenapa? Macam tak biasa Hara balik lambat”,
“Balik cepat. Tolong mak dan Mak Winah masak”,
“Kenapa? Ada tetamu nak datangkah?”, tanya Juanlita hairan kerana emaknya hanya akan meminta pertolongannya di dapur jika ada tetamu yang ingin bertandang sahaja. Telefon dikepitkan diantara telingan dan bahu. Tangannya pula pantas mengemaskan barang-barangnya untuk dibawa pulang.
“Ermm… Balik cepat”, ujar emaknya.
“Hah, yalah”, Juanlita mematikan panggilan. Dia mencapai buku laporan dan beg tangannya lalu turun ke tingkat bawah dengan cepat. Kunci kereta ditekan untuk membuka kunci. Dalam banyak-banyak kereta milik ayahnya, hanya ini kereta yang dia suka gunakan ketika berada di Kuala Lumpur kerana Honda Civic Type R ini merupakan kereta idamannya. Kini, kereta ini telah diberikan kepadanya. Pernah juga dia dikatakan riak dan suka menunjuk-nunjuk kekayaan oleh pengikutnya di Instagram namun dia tidak kisah kerana dia sendiri sedar bahawa kekayaan adalah pinjaman dari Allah dan dia tidak pernah pun terfikir untuk mengongsikan gambar-gambar di media sosial untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Kereta dipandu keluar dari perkarangan sekolah dan beberapa minit sahaja dia telahpun tiba di perkarangan rumah banglo keluarganya. Nasib sahaja tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Juanlita keluar dari kereta dan ternampak sebuah lagi kereta yang amat dikenalinya berparkir di sebelah kereta emaknya. Juanlita bergegas masuk ke dalam rumah. Benarlah sangkaannya.
“Assalamualaikum, bila sampai makcik?”, tanya Juanlita penuh tertip dan membongkokkan badan untuk menyalami Puan Farhana.
“Baru ja. Kamu baru balik dari sekolahkah ni?”, tanya Puan Farhana pula.
“Haah makcik. Saya nak mandi jap. Makcik dan pakcik minumlah dulu”, kata Juanlita lalu naik ke tingkat atas meninggalkan tetamu yang sudah berkali-kali bertandang ke sini. Selepas mandi dan bersiap dia kemudiannya turun ke bawah kembali dan terus ke dapur tanpa menjenguk ke ruang tamu.
“Mak, mak pergilah temankan makcik Farhana tu… Kenapa biarkan diorang duduk-duduk macam tu?”, ujar Juanlita lalu membantu Mak Winah memotong kentang.
“Bapa kamu mana? Bukan dia ada kat situkah?”, tanya Datin Suhayla sambil mengelap tangannya yang basah bekas mencuci kuali di apron.
“Mana ada bapa kat sana. Makcik Farhana dan pakcik Ilham ja ada kat luar”,
“Ish bertuah betul bapa kamu ni… Adakah patut ditinggalkan tetamu macam tu”, omel Datin Suhayla. Emaknya melangkah pantas ke ruang tamu.
“Maaflah Far, I ingatkan abang Jamadil ada kat sini… Rupanya menghilang pula”,
“Takpelah Datin… I nak bantu tadi you tak bagi”, kata Puan Farhana.
“Eh, tak bolehlah macam tu. Lagipun dah ada si Hara tu kat dapur”, kata emaknya lagi. Juanlita hanya mencuri-curi dengar perbualan mereka. Tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil.
“Apa dia?”, sahut Juanlita. Dia meminta Mak Winah meneruskan kerjanya dan pergi ke tempat emaknya.
“Pergi buka pagar tu. Remote pagar tu rosak. Bapa terlupa nak suruh orang perbaiki”, arah Datin Suhayla. Dengan malas Juanlita keluar untuk membuka pagar. Ada kereta Toyota Vios berwarna hitam berkilat memasuki perkarangan rumahnya. Tanpa menunggu lebih lama, Juanlita terus masuk ke dalam rumah kembali. Namun, belum sempat dia melangkah, kereta tersebut membunyikan hon. Juanlita terkejut.
“Eh, bodohlah”, maki Juanlita. Dia memandang ke belakang. Seseorang keluar dari kereta tersebut.
“Amboi… Sombongnya adek manis”, kata lelaki itu. Juanlita hampir melonjak kegembiraan. Dia menerpa Fazley lalu memeluknya erat melepaskan rindu. Fazley tersenyum bahagia dan membalas pelukan.
“You kata you start practical 2 minggu lagi. Apasal tiba-tiba sesat kat sini seminggu awal?”. Tanya Juanlita setelah pelukan dileraikan.
“Saja ja tipu you. Hehehehe…”, usik Fazley. Juanlita hanya mencebik.
“Assalamualaikum pakcik”, Fazley memberi salam dari tempat dia berdiri.
“Waalaikumusalam… Hah, Fazley apa kamu buat tercegat kat situ? Masuklah. Hara, bawa Fazley tu masuk”, kata Dato’ Jamadil yang sedang merokok di sudut taman mini yang berada di ruang legar kediaman mereka.
“Jomlah masuk”, ajak Juanlita.
“Bapa! Marilah masuk sekali. Dah nak makan malam ni”, panggil Juanlita.
“Hmm yalah”, sambut Dato’ Jamadil. Juanlita kemudiannya masuk kembali ke dapur untuk membantu Mak Winah menghidangkan makanan. Mujur hari ini mereka hanya makan Oden sahaja. Makanan Jepun kegemaran mereka sekeluarga. Tidak banyak yang perlu dilakukan. Hanya masak sup dan gorengkan kentang sahaja sebagai hidang tambahan.
“Mak Winah! Marilah makan sekali. Banyak ni”, Datin Suhayla mempelawa pembantunya makan bersama seperti biasa.
“Takpelah Datin. Saya dah tinggalkan untuk saya”, tolak Mak Winah.
“Eh, marilah. Yang dah tinggalkan tu biarkan ja untuk kamu makan nanti kalau lapar tengah malam. Sekarang ni makan ja yang kat sini ni dengan kami. Jangan malu-malu. Lagi ramai lagi meriah”, kata Dato’ Jamadil. Walaupun mempunyai gelaran dan pangkat, mereka sekeluarga tidak pernah meninggi diri. Untung Mak Winah dapat majikan yang berpekerti mulia.

Sorry for the late update . I'm unable to write due to personal reason . Stay tuned!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience