Chapter 19

Romance Series 5912

Puas Saiful memohon maaf kepada Ivanna namun ego wanita yang dicintainya itu masih belum dapat dipecahkan.
“Sayang, please don’t be like this”, pujuk Saiful. Namun Ivanna masih bisu.
“I rindu you sayang. 3 bulan you pergi tanpa hubungi I. Kenapa you buat I macam ni?”, pujuknya lagi.
“Ask yourself”, ya, hanya itu jawapan yang mampu Ivanna beri. Dia bukan marah kerana sifat Saiful yang terlalu berjimat-cermat itu, dia cuma kesal. Sepanjang tempoh 3 bulan cuti itu, Saiful langsug tidak berusaha untuk mencarinya. Malah lelaki itu langsung tidak balik Malaysia. Entah apa yang dilakukannya di Indonesia.
“Sayang, kalau I ada buat salah, I minta maaf. Jangan buat I rasa bersalah macam ni”,
“Saiful, just stop it. Let’s break up”, ucap Ivanna. Untuk pertama kalinya dia merasa sakit di hati mengatakan perkataan itu.
“What?”, tergamam Saiful mendengar permintaan itu.
“Wait, no Ivanna. This is not the option”,
“I can’t hold it anymore, Saiful. You know? 3 bulan I tunggu you datang Malaysia untuk cari I. But what have you done? You just sit here, do nothing. It hurt. I rindu you tapi I tak dapat buat apa-apa sebab phone I hilang waktu kat airport. I try contacting you via Instagram but I get zero response as if you already blocked me. You tahu apa yang lebih sakit? I don’t see any effort from you to keep this relationship. So, dalam masa 3 bulan ni I rasa dah tawar hati. Perasaan I pada you seakan-akan dah mati. Saiful, you don’t deserve me”, air mata mengalir laju di pipi Ivanna. Untuk kali pertama juga dia menangis kerana lelaki. Saiful mengesat titisan jernih di pipi Ivanna dengan tangannya. Ini juga kali pertama Saiful menyentuh seorang wanita yang bukan muhrim.
“I’m sorry… But I think this not exactly what you want. If you really want to break up, you won’t cry this much”, kata Saiful dengan sayu. Dia mencapat jari-jemari Ivanna lalu digenggam erat. Ivanna masih tetap begitu. Menangis tanpa henti.
“Sayang, maafkan I ya. Something comes up when you’re not here. I masuk hospital sebab radang tulang. Kereta kawan I hilang kawalan dan terlanggar kami I yang guna motor dalam perjalanan balik ke kampus and I kena tahan kat hospital hampir 1 bulan and tulang I yang patah ni ambil masa 2 bulan untuk sembuh sepenuhnya. I tak bermaksud pun buat you tertunggu-tunggu. I pun rindu you juga. I pelik kenapa you tak call I. I ada call you banyak kali tapi you tak jawab and I forgot my Instagram password. I’m sorry okay? Janganlah merajuk”, pujuk Saiful dengan senyuman lalu mencuit dagu Ivanna. Ivanna tersenyum dengan air matanya.
“You ni jahatlah. You tahu tak youlah lelaki pertama yang berani buat I nangis. Tengok, habis rosak makeup I”, tutur Ivanna dengan angkuh. Dia mengelap wajahnya dengan tisu.
“Okay okay, sorry my bad”, gurau Saiful sambil mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah. Ivanna ketawa lalu memukul dada Saiful perlahan.
“I’m sorry”, ucapnya.

Siapa dia? Yang berani buat member aku nangis! – Juanlita
Haah! Mari aku ajar dia cukup-cukup. Hahahaha – Lemuella
Hahahaha… Unbelievable betullah ada orang boleh buat Ivanna Irdina nangis – Serafina
Itulah… Bak sini number lelaki tu. Aku tak juga tanya apa tips yang dia guna – Carlissa
Weh janganlah. Malu aku – Ivanna

Ivanna menaip di telefonya sambil tersenyum. Memang dia sudah agak yang dia akan dijadikan bahan setelah menceritakan kisah di taman petang tadi.
“Apa sih yang lucu? Kok kamu dari tadi senyum-senyum doang”, tegur Elfra.
“Takdelah, kawan-kawan saya ni buat lawak”, jawab Ivanna lalu menutup telefonnya.
“Bagus banget sih lo. Lo punya teman yang sayang sama lo. Gue tu gak pernah dapat teman yang beneran jujur mau berteman sama gue. Semua yang datang cuman ingin mempergunakan gue doang”,
“Laa… Saya kan ada”, sampuk Tasha yang dari tadi fokus dengan bukunya.
“Haah… Saya pun. Saya ikhlas berkawan dengan awak. Malah saya bersyukur dapat roommate yang baik macam awak”, sokong Ivanna.
“Elfra, awak janganlah risau. Semua orang berhak dapat kawan yang baik-baik dan awak tak terkecuali”, kata Tasha sambil memaut bahu Elfra dan menepuk-nepuknya perlahan.
“Eh, saya laparlah, Jom masak Maggie”, ajak Ivanna.
“Maggie?”, tanya Elfra.
“Mi instan. Indomie”, jawab Tasha kemudian mereka ketawa dan keluar dari bilik mereka. University of Indonesia menyediakan apartment untuk mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai rumah yang jauh dari kampus dan pelajar dari luar negara. Apartment itu mempunyai 2 bilik yang boleh memuatkan 3 orang pelajar, sebuah bilik yang boleh memuatkan 2 orang pelajar, sebuah bilik mandi, tandas, ruang tamu yang juga ruang belajar, dapur dan 2 balkoni tempat menjemur pakaian. Memang agak besar kerana keseluruhan pelajar bagi sebuah apartment ialah 8 orang.

Thank you for keep reading . Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience