Chapter 16

Romance Series 5912

Bunyi kompang dipalu memeriahkan lagi suasana di banglo keluarga Serafina. Kelihatan kanak-kanak berlarian dan berkejaran di bawah khemah dengan riang. Di atas pelamin kelihatan seorang permaisuri sehari sedang tersenyum manis dengan diperhatikan orang ramai, tetapi tiada siapa yang tahu bagaimana perasaan Serafina saat ini. Sedih, takut, kesal bergabung menjadi satu perasaan yang aneh. Tidak berapa lama kemudian, pengantin lelaki masuk dan naik ke tempat duduk di hadapan tok kadi. Untuk beberapa ketika, Serafina terpegun memandang ketampanan pemuda yang bakal menjadi suaminya dalam beberapa minit sahaja lagi. Syed Ziyaad menoleh ke arah Serafina, dia tidak menafikan bahawa Serafina memang cantik dengan muka kacukan Eropah dan rambut hitam kekuningan paras bahu. Hatinya berdebar namun dia hanya menjeling sahaja Serafina dengan jelingan maut. ‘Wah! Kurang ajar erk mamat ni. Boleh-boleh dia jeling aku’, gumam Serafina dalam hati. Tidak semena-mena peristiwa di lapangan terbang Changi, Singapore menerpa di ingatannya. ‘Hmm, rupanya dia. Baiklah… Kau tunggu aku pecahkan spec mata kau pula’, gumamnya lagi. Serafina mengutuk lelaki itu dengan matanya.
“Semua dah sedia?”, tanya tok kadi. Semua orang yang ada di situ hanya mengangguk-angguk kecuali Syed Ziyaad. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembusnya perlahan. Kemudian dia mengangguk terpaksa. Sama seperti Serafina, dia juga belum bersedia untuk menempuh alam perkahwinan lebih-lebih lagi bersama gadis yang langsung tidak dikenalinya.
“Syed Ziyaad Syed Rayyan Bin Tan Sri Syed Rasyad?”, tanya tok kadi.
“Ya saya”, jawab Syed Ziyaad.
“Aku nikahkan engkau dengan Serafina Syazani Binti Dato’ Darol dengan mas kahwin 25 ribu ringgit dan seperangkap alat solat dibayar dengan tunai”, ucap tok kadi.
“Saya Syed Ziyaad Syed Rayyan Bin Syed Rasyad terima nikahnya dengan mas kahwin RM25000 dan seperangkap alat solat dibayar dengan tunai”, lafaz nikah itu disambut dengan perkataan sah daripada saksi. Syed Ziyaad beralih pula ke pelamin di mana Serafina berada. Dia duduk menghadap Serafina dan mereka saling bertukar cincin. Serafina kemudiannya mencium tangan Syed Ziyaad. Syed Ziyaad berura-ura ingin mencium dahi Serafina tetapi Serafina mengundurkan kepalanya.
“Heh, janganlah ketara sangat kalau tak suka sekalipun”, bisik Syed Ziyaad lalu menarik kepala Serafina lalu mengucup ubun-ubun Serafina lembut. Kemudian, Serafina menolak dada bidang Syed Ziyaad perlahan.
“Tak payahlah lama-lama”, marah Serafina separuh berbisik. Dia melemparkan senyuman terpaksa ke arah Datin Jessie dan seterusnya ke arah tetamu. Majlis akad nikah itu diteruskan lagi dengan sesi bergambar. Rata-rata gambar tersebut semuanya senyuman paksa. Dan ya, senyuman Serafina amat ketara. Selepas itu, majlis pun diteruskan dengan majlis persandingan.

PUAN Sri Bevendra beria-ria memujuk Serafina untuk ikut mereka pulang. Untuk tidak menghampakan permintaan Puan Sri Bevendra, Serafina terpaksa pulang ke rumah keluarga Tan Sri Syed Rasyad.
“Fina, kamu nak minum apa-apa? Makankah? Mommy boleh minta Kak Seri buatkan”, tanya Puan Sri Bevendra.
“Takdelah mommy. Fina dah kenyang makan kat rumah tadi”, tolak Serafina.
“You ni, Fina tu penatlah. Bagilah dia rehat dulu. Macamlah I tak tahu you bawa minum-minum tu supaya you ada teman nak bercerita”, tegur Tan Sri Rasyad.
“Ish abang ni”, rajuk Puan Sri Bevendra.
“Daddy ni, mommy tu nak rapat-rapat dengan menantu baru. Biasalah tu”, usik Nur Zahirah. Nur Zahirah merupakan kakak sulung Syed Ziyaad. Nur Zahirah telah berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.
“Haah daddy. Macamlah daddy tak biasa”, sokong Nur Zaharah. Nur Zaharah merupakan adik bongsu Syed Ziyaad. Nur Zaharah berumur 16 tahun.
“Kalau ya pun bagilah Kak Fina ni rehat dulu. Esok kan masih ada”, kata Tan Sri Rasyad. Kasihan melihat Serafina yang masih dengan baju persandingannya. Serafina hanya senyum terpaksa. Seperti biasa. Sejak-sejak berkahwin dengan Syed Ziyaad ini, semuanya terpaksa baginya.
“Yan, bawalah isteri kamu tu naik. Dia mana tahu bilik kamu”, kata Tan Sri Rasyad lagi.
“Bilik Yan?”, tanya Syed Ziyaad dengan wajah berkerut.
“Yalah. Takkan bilik Asyraff pula”,
“Oh, hahahaha… Yan lupa”, Syed Ziyaad ketawa kuat. Kali ini bukan dibuat-buat. Boleh-boleh dia lupa yang dia telah sah menjadi suami kepada Serafina. Serafina mencebik bibir apabila Syed Ziyaad memandangnya.
“Marilah, tunggu apa lagi?”, ajak Syed Ziyaad. Dia mengambil bagasi Serafina dan membawanya bersama. Sebelum itu, Asyraff sempat mengusik Syed Ziyaad dalam nada berbisik.
“Syed, aku nak nasihat sikit ni. Malam pertama jangan buat kuat sangat. Patah katil kang susah nak explain mat”, bisiknya lalu ketawa.
“Ke situ pula kau ni”, marah Syed Ziyaad.
“Hmm”, Asyraff tersenyum mengejek. Syed Ziyaad meninggalkan keluarganya di ruang tamu dan naik ke tingkat atas bersama Serafina. Serafina berasa sangat kekok berdua-duaan bersama Syed Ziyaad dalam sebuah bilik yang asing baginya.
“I ke you yang mandi dulu ni?”, tanya Syed Ziyaad.
“I. I nak tidur awal”, balas Serafina lalu mengambil tualanya dan masuk ke bilik mandi. ‘Apa pula masalah zip ni? Ish’, rungut Serafina. Tiba-tiba sahaja zip baju ini sukar untuk dibuka. ‘Err… Macam mana ni? Apa nak buat ni? Nak minta tolong ke tak ya?’, gumam Serafina dalam hati.
“You?”, panggil Serafina. Dia membuka pintu bilik mandi.
“Apa? Asal tak mandi lagi?”, tanya Syed Ziyaad. Dia juga masih dengan baju melayunya, duduk di katil dan bermain dengan telefonnya.
“Boleh tolong I buka zip ni tak? I tak dapat buka”, pinta Serafina. Fuh, panas seluruh mukanya kerana malu.
“I? I yang buka untuk you?”, terkejut Syed Ziyaad apabila Serafina meminta pertolongan daripadanya. ‘Beginikah cara dia nak pikat aku?’, fikirnya.
“Yalah. You ja yang ada kat dalam bilik ni”, jawab Serafina lalu berdiri membelakangi Syed Ziyaad. Dup dap dup dap… Laju sahaja degupan jantung Syed Ziyaad. ‘Apasal dengan aku ni? Bukan nak buat apa-apa pun’, dia memarahi dirinya sendiri. Dia membuka zip baju pengantin Serafina hingga menampakkan belakang Serafina yang putih. Selepas itu, Serafina terus berlari masuk ke bilik mandi semula apabila terasa zipnya sudah terbuka. Syed Ziyaad terpinga-pinga di hadapan pintu bilik mandi yang sudah tertutup rapat.
“Fuh, hot”, kata Syed Ziyaad sendirian sambil tersenyum tetapi dai mengusir bayangan tersebut apabila teringat kekasihnya di Australia. Tidak berapa lama kemudian, Serafina keluar dan duduk di sofa.
“Apa pandang-pandang? Tak pernah nampak orangkah?”, sergah Serafina apabila menyedari Syed Ziyaad asyik memandangnya.
“Eleh, perasan”, balas Syed Ziyaad. Dia juga mengambil tualanya dan masuk ke bilik mandi.
“Perasan konon. Padahal terang-terang matanya asyik melirik ke arah kita”, cemuh Serafina. Bunyi lagu ‘What Am I’ dari kumpulan Why Don’t We bergema menandakan ada panggilan video masuk. Serafina melihat nama si pemanggil. Tertera nama Jade di skrin telefon. ‘Oh my God! My crush’, alangkah bahagianya Serafina apabila lelaki idamannya menghubunginya. Dia menjawab panggilan tersebut.
“Hi Sera!”, ucap Jade separuh menjerit.
“Hello”, jawab Serafina dalam nada biasa. Dia tahu dan sedar bahawa dia tidak lagi boleh seperti dahulu yang boleh rapat dengan mana-mana lelaki. Ya, dia perlu perlahan-lahan menjauhi Jade.
“How are you there?”,
“Good. How about you?”,
“Pretty good. We’re having fun Alex at Gold Coast”,
“Hmm… I’m a little bit jealous”,
“Its okay Sera. There is always next time”,
“I don’t think so. Hahahaha”, Serafina ketawa hambar dan pada masa yang sama Syed Ziyaad keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala.
“Why? We still have 3 years and more”, tanya Jade.
“Siapa tu? Baju you ni tak nak susun dalam almarikah?”, tanya Syed Ziyaad. Suaranya sengaja dikuatkan supaya si pemanggil mendengarnya. ‘Aku tak nak kongsi isteri. Kalau kongsi suami tak apa sikit sebab agama memang membenarkan lelaki kahwin 4 selagi mampu’, fikirnya.
“Who’s that guy?”, tanya Jade lagi. Berubah nada cerianya.
“Just a random person”, jawab Serafina.
“Random person? In your room?”,
“Hahahaha… Ermm… Jade, I’ll talk to you later. Please send my regards to Alex”, tanpa menunggu jawapan daripada Jade, Serafina terus menekan butang merah.
“Siapa tu? Boyfriendkah?”, tanya Syed Ziyaad sekali lagi.
“Ish, sibuklah dia ni. Itu kawan jelah”, jawab Serafina sambil tangannya melipat kain untuk dimasukkan ke dalam almari. Seperti biasa, Syed Ziyaad masih bermain dengan telefonnya.
“Hey, I tidur kat mana?”, tanya Serafina setelah selesai mengemas barang.
“Tidur di sebelah I lah. Tanya lagi”, balas Syed Ziyaad.
“Sebelah you? No no no”,
“You fikir I ingin? Kalau tak sebab I ni anak yang taat tak mungkin I kahwin dengan you. Kalau you nak tahu I ni dah ada kekasih kat Australia”,
“You fikir I nak sangat kahwin dengan you? And I tak kisah pun you ada girlfriendkah boyfriendkah apa ke? I tak kisah. But I want you to know that I don’t like sharing. So, kalau you nak kahwin lagi, make sure ceraikan I talak 3. I don’t care about the payung emas or terpaksa jadi janda pada usia muda yang penting I tak nak bermadu”,
“Apa kena dengan you ni? Kalau tak tidur sebelah I pun tidurlah kat sofa tu”,
“I yang tidur kat sofa? Youlah tidur kat sofa. I tak biasalah”,
“Biasa tak biasa tak kisah. Ini bilik I so I tidur atas katil”, putus Syed Ziyaad. Serafina mengecilkan mata dan mengetap bibir tanda geram. ‘Ada juga lelaki yang tak gentle macam ni’, gumam Serafina dalam hati. Dia mengambil bantal dari katil Syed Ziyaad dengan kasar. ‘Kalau diikutkan hati nak ja aku hempuk dia dengan bantal ni. Nasib syurga kat tapak kaki dia’, fikir Serafina lagi. Dia berbaring di sofa dan tidak sampai 5 minit dia terus terlelap dek kerana terlalu penat. Syed Ziyaad memerhati wajah Serafina waktu tidur. Orang kata kalau nak tahu seseorang itu cantik atau tidak kena lihat waktu dia tidur. ‘Ternyata kau hodoh waktu tidur’, bisik hati kecil Syed Ziyaad. Dia mengangkat Serafina tidur di atas katil di sebelahnya. ‘Mak aih, ringannya. Tak makankah budak ni?’, katanya. Kasihan melihat gadis yang tidak pernah hidup susah ini terpaksa tidur di sofa.

Don't forget to leave a comment . Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience