Hari ini tiba-tiba sahaja penerbangan mereka ke Malaysia ditunda. Ini menyebabkan emosi Juanlita barai dan hangin satu badan.
“Kau ni kenapa Hara?”. Tanya Lemuella dengan baik.
“Eh kau boleh tak jangan banyak bunyi?”, balas Juanlita dengan kasar.
“Yang kau tiba-tiba nak marah aku pula ni kenapa?”, berang Lemuella.
“Yang kau nak sibuk pasal aku kenapa?”, tempelak Juanlita.
“Aku cuma risau pasal kau… Heh, bodohlah perangai orang yang macam ni. Sentap tak pasal-pasal”,
“Kau apa hal? Kau fikir kau pandai sangatkah nak kata orang bodoh!”,
“Hey! Korang boleh tak jangan ruin the mood. Fia, diam-diam je tak payah layan orang yang memang dah hangin. Hara, semua orang pun stress juga tapi tak tunjuk sangat macam yang kau buat sekarang. Jangan sebab kau sorang orang lain pun ikut hangin tak tentu pasal. Kalau korang nak gaduh sekalipun tunggulah sampai Malaysia dulu. Jangan buat semak kat sini. Ini tempat orang. Mind your image”, marah Serafina.
“Haah, buat malu ja orang tengok. Nah minum air ni dulu bagi sejuk hati tu”, sokong Carlissa lalu membukakan Juanlita dan Lemuella air mineral sejuk. Sanggup Carlissa membatalkan temu janjinya dengan Zhang Wei semata-mata ingin menghantar mereka ke lapangan terbang untuk balik ke Kuala Lumpur. Tetapi apabila ditanya oleh rakan-rakannya apa hubungannya dengan Zhang Wei dia hanya menjawab mereka sekadar tema biasa. Dia tidak ingin memeritahu bahawa dia sebenarnya meminati jejaka itu.
“Korang, janganlah macam ni. Tak baik tau gaduh-gaduh. Kita datng kat sini nak berseronok. Takkan sebab hal kecil pun korang nak gaduh. Bawa-bawalah turunkan ego tu”, nasihat Ivanna.
“Sorrylah… Aku terbawa-bawa emosi tadi. Aku nak balik cepat”, ucap Juanlita.
“Kalau ya pun tak payahlah sampai tempiaskan kat orang lain”, sindir Lemuella.
“Aku minta maaf okay”, ucap Juanlita lalu memeluk Lemuella sambil membuat muka comel.
“Eeww, nak muntah doh tengok muka kau”, kutuk Serafina lalu ketawa.
“Eleh… Kalau jealous cakaplah. Tak payah dalih”, balas Juanlita sambil mencebik.
MALANG sungguh nasib mereka berempat. Tempat duduk mereka berpisah-pisah mengikut tiket. Lagi malang nasib Serafina kerana dia duduk bersebelahan dengan orang yang telah memecahkan kaca mata hitamnya hari itu. ‘What the hell… This beruk again’, bentak Serafina dalam hati. Dia cuba menghantar isyarat kepada Ivanna untuk bertukar tempat dengannya tetapi dia mematikan niat apabila teringat kata-kata Ivanna ketika masuk tadi bahawa lelaki gemuk yang duduk di sebelahnya itu berbau peluh. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat duduk Juanlita tetapi Juanlita telahpun terlelap. Dia menghantar isyarat pula kepada Lemuella dan Lemuella menggeleng tanda tidak mahu. ‘Terpaksalah aku begini sampai Malaysia’, keluh Serafina dalam hati. Tiba-tiba ada seorang pramugari menghidangkan minuman untuk mereka. Serafina mendapat satu akal untuk membalas dendam kepada lelaki itu. Dia sengaja menumpahkan air tersebut di baju lelaki itu.
“Oppss”, Serafina berpura-pura terkejut.
“Hey! Please be careful. Look what you have done my shirt”, marah lelaki itu sambil mengelap bajunya yang basah menggunakan tisu. Serafina hanya memandang sahaja lelaki itu dengan muka tidak rasa bersalah dan langsung tidak meminta maaf. ‘Padan muka kau. Rasakan’, puas hati Serafina.
“So what do you feel when someone don’t say sorry for their mistake”, kata Serafina dengan dana yang sangat perlahan.
“Hah?”, Serafina yakin bahawa lelaki itu mendengar apa yang dikatakannya. Serafina terus memakai airpodnya lalu melelapkan mata.
Sorry inconsistent on updating. please leave a comment so I know you guys is supporting me. thank you
Share this novel