4 bulan kemudian…
Majlis anugerah kecemerlangan pelajar tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Awana telah melahirkan pelajar cemerlang tertinggi di Malaysia iaitu seramai 23 orang pelajar berjaya memperoleh 11A. Di dalam dewan terdapat ramai wartawan dan dari sidang akhbar yang berbeza datang menghadiri majlis tersebut. Serafina menjadi salah satu penyumbang kepada 23 pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan keputusan SPMnya 11A manakala Lemuella dan Carlissa mendapat keputusan yang sama iaitu 10A dan 1B. Juanlita mendapat 9A 3B dan Ivanna juga mendapat 9A 2B 1C. Bezanya dengan Juanlita ialah matapelajaran sains kerana dia sangat lemah dalam matapelajaran tersebut. Syukur masih mampu mendapat lulus penuh. Dek kerana terlalu bahagia, mereka semua pun tidak kisah menjadi ‘bawang’ kepada sesetengah pelajar yang iri hati dengan mereka.
“Ish diorang tu, muka ja cantik tapi baju entah apa-apa dah”, kata seorang pelajar yang memang sedari dulu tidak menyukai mereka.
“Haah… Rosaklah baju kebangsaan”, sokong salah seorang daripada mereka lagi. Mereka melihat baju yang dipakai oleh mereka berlima. Carlissa, Ivanna dan Juanlita memakai baju kurung Kedah yang telah ditempah khas untuk majlis graduasi ini. Lemuella memakai kebaya moden yang dibelinya bersama Serafina dua hari yang lalu di Klang. Pada waktu itu juga Serafina membeli blouse lengan panjang berwarna biru langit dan skirt labuh berwarna biru tua yang dipakai pada majlis tersebut. Selepas tamat sahaja majlis graduasi tersebut, mereka mengambil gambar bersama-sama dan bersembang seperti selalu. “Weh, korang dengar ke apa si Aina tu kata dengan kawan-kawan dia?”, tanya Carlissa sambil memandang Aina dari jauh.
“Dengar… Aku abaikan ja. Semaklah dia tu”, marah Ivanna. Dia menjeling Aina yang memandang ke arahnya.
“Biasalah tu. Jealous sangat sampaikan baju yang okay pun dikata tak okay. Penat”, kata Juanlita pula. Menyokong pernyataan Ivanna .
“Tak payah kisah sangatlah dengan dia tu. Dia pun dapat 1A je pun. Kalau nak dibandingkan dengan kita ni takde maknalah dia tu”, kata Lemuella dengan nada angkuh. Serafina hanya tersengih sambil menepuk-nepuk belakang Lemuella untuk menyabarkannya. Tiba-tiba Aina dan dua lagi rakannya datang dengan muka bengis.
“Hey! Korang ni kenapa tengok-tengok macam nak cari gaduh?”, katanya dalam nada marah.
“Kenapa? Kau panaslah?”, kata Carlissa memancing kemarahan Aina. Mereka bergaduh di sana kerana dewan tersebut telah kosong, yang tinggal hanya mereka berlapan sahaja. Serafina hanya duduk sahaja memerhati pergaduhan mereka malas hendak masuk campur. Tiba-tiba Juanlita terjatuh akibat ditolak oleh Aina. Sejurus itu Serafina berdiri dengan mata merah menyala.
“Ini dah lebih ni. Kau apasal hah Aina?”, marah Serafina lalu menolak bahu Aina dengan kasar sehingga dia terdorong jauh ke belakang. Serafina maju lagi mendekati Aina dan menolak dahi Aina dengan jari telunjuknya. Dua orang rakan Aina menahan Serafina daripada mendekati Aina.
“Heh, korang berdua jangan berani nak sentuh aku dengan tangan kotor korang. Tepi, jangan nak masuk campur kalau tak nak ada masalah nanti. Ingat aku tak tahu yang korang berdua ni menumpang kesenangan Aina ja?”, marah Serafina lagi. Aina berasa sangat sakit hati lalu cuba untuk menampar Serafina namun Serafina sempat menahan.
“Kau? Ada hati nak tampar aku? Dah berapa lama kau berada dalam kelas Al-Hassan? Takkan kau tak kenal siapa bapak orang yang kau tolak tadi? Dato’ Jamadil Bin Haji Khadir pemilik J&S Persada Properties. Tempat kerja bapak kau. Dengan ekonomi keluarga kau yang tak stabil ni kau ada hati nak cari gaduh dengan anak dia? Nak sangatkah tinggal merempat tepi jalan? Cubalah cari pasal lagi. Aku boleh ja beritahu papa aku beritahu bapak dia suruh pecat bapak kau. Bukan itu sahaja, aku akan pastikan bapak kau jadi senarai hitam di syarikat lain dan mana-mana bank. Don’t understimate my ability babygirl. I nasihatkan youlah ya, kalau nak cari lawan biar kena dengan kedudukan barulah berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Faham?”, panjang lebar dia mencuci telinga Aina berbaur ugutan yang tidak dimaksudkannya. Dia menyapu baju Aina ditempat yang ditolaknya tadi.
“Sorrylah… Terkasar sikit”, katanya sambil tersenyum sinis tanda kemenangan. Aina hanya menahan amarahnya dalam hati.
SEBAIK sahaja mereka keluar dari dewan tersebut, mereka terus ketawa terbahak-bahak.
“Cayalah Sya. Aku memang salutelah dengan kau ni. Bila kau masuk memang semua sentap”, puji Juanlita sambil merangkul bahu Serafina.
“Aku memang dah agak dah si Sya ni memang tunggu masa yang sesuai untuk tembak dia tadi”, kata Carlissa.
“Taklah, aku memang dah lama perhatikan dia tu. Semua masalah disiplin kita dialah yang lapor kat cikgu. Sebab tulah aku suruh PA papa aku tolong cari maklumat latar belakang dia. Kena-kena pula dia tu pekerja ayah kau. Weh, mudah kerja aku kalau macam ni”, beritahu Serafina.
“Terbaiklah”, komen Ivanna sambil mengangguk tanda faham.
“Oh ya… korang dah isi borang permohonan IPTkah?”, tanya Ivanna lagi.
“Dah… Dah pergi interview dah pun”, kata Lemuella.
“Samalah”, kata Juanlita dan Carlissa. Serentak. Kemudian mereka berpandangan.
“Aku baru nak apply universiti kat Australia. Malaslah asyik kat Malaysia ja. Kau nak sambung kat mana Dina?”, tanya Serafina.
“Tak tahu lagi… Tapi aku dapat tawaran kat Indonesia”, beritahu Ivanna.
“Wah… Eloklah tu”,
“Hmm jauhnya korang sambung belajar. Aku ni kat Tanah Melayu jelah”, kata Juanlita.
“Takpelah… Aku pun sama. Dekat ja Sarawak tu”, sokong Lemuella.
“Haah. Apa-apa pun keep in touch ya. Jangan lupa kawan terutamanya yang jauh-jauh tu”, pesan Carlissa.
“Tak akan. Kita tetap Best Friend Forever walaupun jauh”, kata Ivanna dengan yakin.
“Awww… So sweet. Group hug”, kata Juanlita sambil mendepa tangan. Kemudian mereka semua berpelukan.
“Eh dahlah. Nanti emosi pula aku kat sini”, tegur Serafina.
“Haahlah”, Lemuella mengiyakan.
“Okaylah… Aku nak balik dah ni. Bye korang”, ucap Carlissa.
“Bye”, jawab mereka semua yang berada di situ.
Here's the extra chapter for you guys . Stay tune for the next update . Thank you for your support and thank you in advance for the donation . Hihi
Share this novel