Chapter 41

Romance Series 5912

‘Pasangan influencer Syed Ziyaad dan Serafina Syazani yang dikenali sebagai a.finaawhooo sah bercerai selepas 5 tahun pernikahan’. Carlissa tergamam melihat artikel di laman Instagramnya. Dengan pantas dia mencapai kunci keretanya lalu memandu ke rumah Serafina. Mujur hari ini merupakan hari cutinya. Kereta Carlissa masuk ke dalam perkarangan rumah Serafina. Carlissa tersenyum melihat terdapat 3 lagi kereta yang berparkir di sebelah kereta Serafina. Cepat-cepat dia turun dari keretanya dan masuk ke ruang tamu Serafina seolah-olah berada di rumah sendiri. Carlissa terus menerpa Serafina dan memeluknya erat.
“Janganlah weh, aku dah nangis 3 kali tahu tak?”, kata Serafina dengan air mata yang bergenang.
“Takpe joh. Hari ni aku benarkan kau nangis. Esok-esok kalau kau nangis lagi aku bawa sparing. Takde ampun dah. So, kalau nak nangis, nangis sekarang”, gertak Carlissa.
“Riyah…”, kata Serafina lalu menangis lagi untuk ketiga kali. Ivanna, Juanlita dan Lemuella juga sebak melihat temannya itu lalu memeluk Carlissa dan Serafina yang berpelukkan. Mereka berada dalam keadaan itu untuk masa yang agak lama sehinggalah tangisan Serafina redah.
“Korang nie asal tiba-tiba ada kat KL?”, tanya Serafina yang masih berusaha menenangkan diri.
“Kitorang memang dah ada kat KL sejak minggu lalulah kecuali Riyah”, jawab Ivanna sambil mengusap-usap belakang Serafina.
“Haahlah, Riyah LI kat Malaysia pula. Lupa dah”, ujar Serafina yang kian tenang.
“Kau ni pun Sya, kalau kau ada masalah kau calllah kitorang. Kitorang ada ja kat belakang kau ni hah. Kau je tak sedar”, marah Juanlita. Tangannya menggenggam jari-jemari Serafina erat.
“Betul. Perlukan kami tahu yang kau ada depression daripada orang lain? Mean doh kau”, tambah Lemuella menyokong kata-kata Juanlita. Tangannya juga menggenggam sebelah lagi jari-jemari Serafina.
“Eh, dari mana korang tahu? Aku bukannya tak nak bagitahu tapi aku fikir benda ni taklah teruk mana”, jelas Serafina.
“Yakah? Jangan-jangan kau memang dah tak nak kawan dengan kitorang. Kau cancel kitorangkah Sya?”, gurau Carlissa pura-pura meraung. Kedua tangannya menggoncang lutut Serafina.
“Takdelah. Bodohlah kau ni. HAHAHAHA”, Serafina ketawa kuat.
“Sebenarnya aku betul-betul fikir yang aku akan sembuh dalam masa yang cepat. I think it’s unnecessary to tell you guys. Aku tak naklah buat korang risau dengan masalah kecil”,
“Sya, a small problem sometime can be a big problem. You are alone in that big country, that why Allah hantar kami sebagai kawan-kawan kau supaya kau tak keseorangan. Forget about your ex husband. If he can’t heal you, we will. We’ll try our best to get yourself. You can call us Sya. You will never be our burden. I really mean it”, tutur Ivanna.
“Sokong. Tapi aku puji kau Sya sebab kau pilih untuk balik ke pangkuan family instead of doing something stupid. Kalau kau buat perkara bodoh memang aku bangunkan kau bawa sparing juga macam Riyah”, tingkah Juanlita lalu ketawa.
“Ermm… Guys, I know this is not the right time but aku takde pilihan. Aku nak korang bersedia sebab kalau aku tak bagitahu hari ni aku dah takde masa nak bagitahu face to face”, tiba-tiba raut wajah Carlissa berubah menjadi serius. Dia mengeluarkan kad jemputan perkahwinannya bersama Zhang Wei lalu menyerahkannya kepada mereka berempat.
“Weh…”, kata mereka semua. Terkejut.
“Congrats doh. Masjid aku runtuh, masjid kau pula berdiri”, gurau Serafina.
“Dark joke bodoh”, kata Ivanna, Juanlita dan Lemmuella lalu ketawa terbahak-bahak.

CARLISSA mencuba semua baju pengantin yang dipilihnya bersama Zhang Wei. Lebih 2 tahun waktu yang diambil untuk diterima baik oleh keluarga Zhang Wei. Berkat kesabaran dan doa Carlissa selama ini akhirnya dia menjadi menantu yang paling disayangi dalam keluarga Zhang Wei.
“Damn, you look stunning babe”, puji Zhang Wei. Carlissa tersipu malu.
“Awww. How sweet”, balasnya. Mereka berdua berdiri di hadapan cermin sambil memandang refleksi mereka pada cermin.
“So are you going to choose this one?”, tanya Zhang Wei lalu memaut bahu bakal isterinya.
“Yupp”, jawab Carlissa dengan gembira. Sebulan lagi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di hotel One&Only Desaru Coast Johor. Ianya untuk memudahkan saudara-mara dari kedua-kedua belah pihak.

MAJLIS perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu tetap meriah dengan suara gelak-tawa saudara-mara dari kedua-dua pihak. Seperti yang dijanjikan, Ivanna, Juanlita, Lemuella dan Serafina menjadi ‘bridesmaid’ Carlissa untuk malam resepsi. Keempat-empat mereka sangat sibuk ke sana ke sini untuk memastikan majlis permaisuri sehari itu berjalan dengan lancar tanpa cacat cela. Tibalah waktu untuk bergambar bersama, Carlissa membuat permintaan istimewa kepada jurugambar mereka untuk mengambil gambar mereka berlima tanpa Zhang Wei.
“Let me be single for one last time ya hubby”, tutur Carlissa separuh meminta kebenaran. Zhang Wei yang sudah sedia maklum dengan keakraban mereka berlima itu hanya mengiyakan sahaja permintaan isterinya.
“Guys, jom”, ajak Carlissa. Bermacam-macam gaya yang dilakukan mereka tanpa menghiraukan orang lain yang memerhati gelagat mereka. Lantaklah mereka hendak cakap apa. Orang akan selalu cakap kita walaupun benda yang kita buat baik atau buruk. Jadi ‘Let’s live our life to the fullest’.
“Thank you tau sebab sudi jadi bridemaids aku despite busy dengan intership masing-masing”, ucap Calissa.
“No worries, kitorang memang nak cari reason untuk pakai annual leave so no hard feeling okay?”, balas Ivanna.
“Betul tu. Congrats tau. Aku doakan kau bahagia sampai jannah dan jadi isteri yang solehah”, ucap Juanlita.
“Riyah, aku doakan kau cepat-cepat dapat zuriat supaya kitorang boleh jadi makcik. Tak sabar pula aku nak jadi rich aunty yang spoiledkan anak kau”, gurau Lemuella lalu ketawa.
“Haahlah. Insya-Allah nanti Fia menyusul eh Riyah. Tak gitu Fia?”, duga Serafina tersenyum penuh makna. Lemuella meletakkan jari telunjuknya ke bibir tanda senyap kemudian mempamerkan ‘jawline’nya yang tajam kepada mereka semua. Lalu mereka semua ketawa.

Sorry for not updating for a while . I've busy with my coursework . Thank you for keeping on waiting . Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience