“Tak lama kagi Sya nak kahwin, takkan Sya tak nak jumpa langsung dengan bakal suami Sya tu”, tanya Datin Jessie.
“Tak payah. Buat apa nak jumpa?”, Serafina mengembalikan soalan. Sejak dia dipinang hingga sekarang dia langsung tidak pernah melihat siapakah gerangan lelaki yang bakal dinikahinya itu malah semasa rombongan meminang dari pihak lelaki itu pun lelaki tersebut tidak datang menunjukkan wajah kerana pengantin lelaki tidak diwajibkan untuk datang.
“Yalah… Mungkin korang boleh berkenalan lebih awal”,
“No no no, mama nak Sya jumpa dia lepas tu Sya cancel wedding ni sebab Sya dah jumpa dia? Nak gitu?”,
“Tak nak. Hmm… Tak payahlah jumpa”,
“Good choice”, balas Serafina. Telefon berdering. ‘Small Hara’, baca Serafina dalam hati.
“Weh Hara”, sapa Serafina.
“Weh, kau boleh tolong aku tak?”, tanya Juanlita.
“Selagi mampu Insya-Allah… Tolong apa?”,
“Tolong ambil aku kat airport”,
“Laa… Boleh sangat. Bila?”,
“Esok. Aq call bila aku dah sampai erk. Thank you”,
“Hmm… Okay”, balas Serafina. Panggilan dimatikan. Seminggu lagi majlis akad nikahnya akan berlangsung dan sepanjang persiapan majlis perkahwinannya, Serafina langsung tidak menunjukkan minat. Dia menyerahkan semua persiapan di tangan mamanya. Apabila disuruh untuk pergi ke butik pengamtin bersama bakal suaminya pun dia tidak mahu pergi dengan alasan sibuk padahal dia pergi melepak di kelab malam bersama Lemuella dan beberapa rakan-rakan lelakinya. Terpaksalah Datin Jessie mengupah pekerja butik untuk datang ke rumah mereka untuk menyukat saiz badan Serafina.
“Ermm… Mama Sya nak naik dululah. Sya nak tidur jap”, beritahu Serafina.
“Bertuah betul kamu ni Sya. Bangun, makan, keluar, tidur. Itu jelah kerja kamu”, bebel Datin Jessie.
“I need my beauty rest and I need to make my holiday worth”, jawab Serafina lalu memanjat anak tangga menuju ke biliknya. Serafina termenung di pembaringannya. ‘Macam mana aku nak beritahu kawan-kawan aku yang aku akan kahwin. Patutkah aku tak payah bagitahu?’, pelbagai persoalan bermain di minda. Dia mencapai telefonnya dan menghantar pesanan ringkas di grup whatsapp.
Weh, korang! – Serafina
Aku free ja – Ivanna
Aku pun. Kenapa? Nak lepak? – Lemuella
Haah. Jom keluar – Serafina
Riyah, kau kat Malaysiakah? – Serafina
Haah. Abah aku urus syarikat kat Malaysia – Carlissa
Oh, bolehlah kita lepak ni. – Serafina
Jam berapa? – Ivanna
Malamlah. Sebab Hara baru balik dari Pahangkan. So, bagilah dia rehat dulu – Serafina
Wah! Sejak bila kau jadi caring ni Sya? Hahahaha – Juanlita
Sejak aku mencintaimu – Serafina
Eeww… Ya Allah, bantulah member aku ni ya Allah, biar dia kembali ke jalan yang benar. Amin – Juanlita
Hahahaha… Dahlah, merepek ja korang ni – Serafina
Dia tersengih-sengih membaca mesej ringkas daripada rakan-rakannya itu. Jam sudah menunjukkan jam 4 petang. Serafina menukar bajunya kepada jersi ketat dan seluar ketat yang menampakkan badannya yang lansing. Dia berjalan menuju ke bilik yang dikhaskan menjadi gym. Serafina bersenam sehingga jam 6 petang. Ketika dia membuat senaman squat, tiba-tiba Datin Jessie masuk.
“Hmm… Kat sini rupanya. Puas mama cari”, katanya.
“Ada apa mama?”, tanya Serafina. Masih meneruskan senaman squatnya.
“Kejap lagi papa nak balik. Katanya nak bawa tetamu”, beritahu Datin Jessie.
“Siapa tetamu itu?”, tanya Serafina lagi. Dia mencapai sapu tangan yang bergantung di sudut bilik gym itu lalu mengelap peluhnya.
“Tan Sri Rasyad dan isterinya. Mereka makan malam sekali dengan kita”,
“Oh… Anak dia datang sekalikah?”,
“Tak tahu pula. Papa kata mereka berdua. Tapi mama pun tak pasti, mungkin mereka saja tak bagitahu sebab kalau kamu tahu anak dia akan datang mesti kamu mengelak”,
“Mengelak? Mana ada. Sya memang ada hal pentinglah yang perlu dibuat. Lagipun kalau jumpa hari ni, hilanglah seri. Minggu depankan dah akad nikah”, nafi Serafina padahal memang dia mengelak.
“Hmm… Banyaklah alasan kamu. Dahlah, pergi mandi. Pakai baju elok sikit”, arah Datin Jessie. Serafina terus keluar dari bilik gymnya lalu berjalan kembali ke bilik tidurnya. Serafina duduk sebentar di biliknya sambil bermain telfon untuk menghilangkan peluh. Usai mandi, Serafina menyiapkan diri dan masuk semula ke bilik maindi untuk mengambil wuduk. Setelah itu, dia solat.
“Ya Allah ya Tuhanku, Engkau bukakanlah jalan buat hambaMu. HambaMu ini sangat membutuhkan pertolongan… Ya Allah, jika dialah jodohku aku mohon agar lelaki ini boleh menjadi ketua keluargaku dunia akhirat. Amin ya Rabhi al-Amin”, doa Serafina. Dia menanggalkang telekungnya dan turun ke tingkat bawah. Kebetulan loceng pintu rumahnya berbunyi. Cepat-cepat Serafina menuruni tangga untuk membuka pintu.
“Waalaikumusalam”, jawab Serafina apabile mendengar suara meberi salam dari luar pintu.
“Eh, uncle, aunty… Jemputlah masuk”, jemput Serafina.
“Apa pula panggil aunty, panggil ja mommy. Kan minggu depan dah jadi menantu dah”, kata Puan Sri Bevendra lalu memasuki kediaman Serafina.
“Hahahaha… Baiklah aunty. Err… Mommy”, jawab Serafina. Kekok. Mereka kemudiannya duduk di ruang tamu. Dato’ Darol meminta diri untuk ke bilik sebentar untuk mandi. Datin Jessie keluar dari dapur dan bertegur sapa dengan mereka.
“Sedapnya bau dari dapur, apa kau masak ni Jess?”, tanya Puan Sri Bevendra. Puan Sri Bevendra dan Datin Jessie telah berkawan baik sejak di bangku sekolah. Siapa sangka isteri kepada Tan Sri Rasyad yang merupakan rakan baik suaminya ketika belajar di London merupakan Puan Sri Bevendra.
“Masak biasa-biasa ja”, jawab Datin Jessie.
“Rindu gila aku nak makan masakan kau. Dah lama sangat kita tak jumpa. Jumpa waktu meminang pun tak banyak masa nak bercerita”,
“Haah, takpe lepas ni dah boleh kerap jumpa. Anak kau mana? Tak ikut sekali?”,
“Katanya tadi tengoklah macam mana tapi kau tahulah anak aku tu, asyik nak mengelak ja kalau kata ada pertemuan seperti ini”,
“Hmm… Samalah dengan anak aku tu. Banyak je alasannya kalau nak jumpa bakal suami”, kata Datin Jessie. Untuk sekian kalinya, dia meninjau ke dapur untuk melihat apa yang dilakukan oleh Serafina. Dilihatnya Serafina sedang menyenduk ayam masak kurma ke dalam mangkuk kaca.
“Sya, kalau dah siap nanti suruh Andini je hantar kat meja makan. Nanti kamu penat kalau buat kerja sorang-sorang”, arah Datin Jessie.
“Ya”, balas Serafina sepatah. Dia tidak berapa gemar jika ada tetamu yang datang bertandang dan biasanya dia akan terperuk di bilik atau menyibukkan diri di dapur. Selesai sahaja dia menyenduk semua makanan ke dalam mangkuk, dia terus memanggil keluarga dan tetamunya makan. Di meja makan, Serafina lebih banyak berdiam diri. Dia hanya bercakap apabila ada pertanyaan yang perlu dijawab sahaja. Sebelum pulang, Puan Sri Bevendra memesan sesuatu kepada Serafina.
“Fina, mommy nak minta sikit ni. Kalau dah kahwin dengan Ziyaad nanti mommy mintalah Fina bertahan dengan sikap Ziyaad. Ziyaad tu memang anak yang baik tapi entahlah mana tahukan dia buat sesuatu yang tak baik pada kamu. Tapi kalau dia berkasar dnegan kamu, bagitahu ja mommy. Biar mommy yang ajar dia. Okay?”, pesan Puan Sri Bevendra.
“Okay mommy… Ermm… Mommy, boleh Fina tahu siapa nama penuh Ziyaad?”, tanya Serafina. Kata ganti nama Sya terpaksa ditukar menjadi Fina kerana Puan Sri Bevendra lebih suka menggelarnya Fina.
“Nama penuh? Nama penuhnya Syed Ziyaad Syed Rayyan Bin Syed Rasyad”,
“Oh… Panjangnya”,
“Biasalah tu kalau masing-masing nak beri nama”, balas Puan Sri Bevendra. Serafina hanya tertawa kecil.
“Kalau macam tu mommy balik dululah ya”, pamitnya lagi.
“Okay. Assalamualaikum mommy”,
SERAFINA pulang dari KLIA dan waktu itu dia ternampak kereta Dato’ Darol di parkir. ‘Awalnya papa balik’, fikir Serafina.
“Arghhh… Along! Angah!”, jerit Serafina dengan gembira. Dia terus berlari dan memeluk abangnya Shamsul dan Shahrol.
“Haih, kamu ni Sya, dah besar panjang pun masih nak manja-manja dengan abang kamu”, tegur Dato’ Darol.
“Eh, biarlah… Bukan abang orang lain. Abang Sya juga”, balas Serafina. Shamsul hanya ketawa dan mengusap lembut ubun-ubun Serafina, begitu juga dengan Shahrol yang sedari tadi merangkul bahu adik kesayangannya itu.
“Takpelah papa, Along pun rindu juga dengan adek ni. Kalau dia dah kahwin tak bolehlah dia manja-manja selalu macam ni. Manja-manja dengan suami ja”, bela Shamsul.
“Haah pa”, sokong Shahrol pula.
“Tapi tak sangkakan adek kahwin dulu”, ujarnya lagi.
“Itulah… Niat Sya nak tunggu Along ja kahwin dulu lepas tu tunggu Angah lagi lepas tu baru Sya yang terakhir kahwin tapi hmm…”, kata Serafina sedikit hampa.
“Takpelah. Benda elok haruslah dipercepatkan”, nasihat Datin Jessie yang baru keluar dari dapur. Dia sedang membawa dulang yang berisi kuih penjaram dan teh bunga ke meja kopi di tengah-tengah ruang tamu. Datin Jessie dan Dato’ Darol pulang awal hari ini kerana kedua anak lelakinya baru balik dari Ireland. Shamsul berada di tahun akhir pengajiannya dalam bidang pengurusan perniagaan manakala Shahrol masih mempunyai baki 2 tahun untuk menjadi seorang juruterbang. Mereka sekeluarga bersembang sehingga tidak sedar hari sudah petang.
“Sya naik dululah. Nak exercise sikit”, kata Serafina. Dia naik ke biliknya dan beberapa minit kemudian kedua abangnya menyusul ke bilik masing-masing. Usai menukar baju, Serafina meneruskan rutinnya seperti biasa bezanya Shamsul dan Shahrol ada bersamanya.
“Adek, handsome tak future husband adek tu?”, tanya Shamsul dengan nafas tercungap-cungap.
“Manalah Sya tahu… Sya tak jumpa lagi”, jawab Serafina.
“Biar betul adek? Adek tak takutkah gigi bakal suami adek rongak lepas tu muka menggerutu dan banyak jerawat? Adek tak kisah?”, gurau Shahrol. Setahu dia, Serafina memang tidak suka orang yang tidak menjaga muka dan gigi.
“Peduli apa dia. Sya ni bakal-bakal doktor, Sya bukan ada banyak masa kat rumah. Tak perlu menghadap dia sepanjang masa”, jawab Serafina. Selamba. Padahal dia berasa sedikit takut apabila Shahrol berkata sedemikian. Masa dia akan kahwin dengan lelaki yang langsung tidak menjaga penampilan diri.
“Adek yakin? Along boleh bayangkan malam pertama adek dengan Syed Ziyaad tu. Dengan gigi takde, muka tak handsome. Hahahaha”, duga Shamsul pula. Sebenarnya mereka sudah kenal dengan Syed Ziyaad sejak 3 tahun lalu kerana mereka terjumpa ketika perkhemahan remaja di Petaling Jaya dan kebetulan dia terkena satu khemah dengan Shamsul dan Shahrol.
“Haahlah long, Angah pun dapat bayangkan. Hahahaha. Lawaklah Angah rasa”, sokong Shahrol lalu memberikan high five antara satu sama lain sambil ketawa terbahak-bahak. Seronok mengusik adik bongsu mereka.
“Eee… Ni yang Sya tak suka kalau bercerita dengan korang berdua ni. Suka menyakat”, rungut Serafina.
“By the way, macam mana Along tahu nama bakal suami Sya? Setahu Sya, takde pun mama beritahu Along”, tanyanya.
“Hah? Ada… Adalah mama bagitahu kitorang. Adekkan jalan pagi tadi”, bohong Shamsul. Gugup.
“Ermm… Baiklah. Sya nak keluar. Nak hantar kad jemputan kat kawan-kawan Sya”, kata Serafina sambil mengelap peluhnya.
“Ish adek ni, kitorang balik adek jalan pula. Angah masih rindu lagi dengan adek”, rungut Shahrol. Kalau ikutkan hati memang banyak lagi yang ingin diceritakan dengan adiknya itu.
“Malam nantilah kita cerita lagi. Esok pun boleh sambung”, Serafina menyeloroh. Dia kemudiannya keluar dari bilik gym meninggalkan kedua-dua abangnya. Dia mempersiapkan diri dan terus memandu ke tempat yang dijanjikan. Sesampai sahaja Serafina di Italian Restaurant, dia terus memasuki restoran itu dan ternampak Lemuella mengangkat tangan.
“Sorry lambat. Dah lamakah korang tunggu?”, tanya Serafina sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Carlissa.
“Bolehlah”, jawab Ivanna kerana dia orang terawal yang sampai.
“Apa yang kau nak bagitahu kitorang ni Sya? Penting sangatkah?”, tanya Juanlita lalu menghirup jus orennya.
“Lek Hara, bagilah aku pesan dulu. Korang dah pesan kan?”, jawab Serafina. Dia membelek-belek menu yang ada dihadapannya. Seorang pelayan lelaki sabar menunggu Serafina di tepi meja.
“Apple juice and beef steak”, pesan Serafina. Pelayan itu pun berlalu meninggalkan mereka.
“Hah, dahkan? Cepatlah bagitahu Sya. Dari hari tu aku tertunggu-tunggu”, desak Lemuella.
“Sabarlah. Aku tengah keluarkan ni”, balas Serafina. Dia mengeluarkan 4 sampul berwarna merah jambu.
“Ermm… Apa ni? Kau belanja kitorang tiket teater musicalkah?”, tanya Carlissa dengan gembira sebaik sahaja sampul itu bertukar tangan kerana Serafina sering mengajak mereka ke teater musical ketika masih sekolah menengah dahulu.
“Bukalah. Hei dia ni”, arah Serafina. Mereka semua membuka sampul yang berisi kad jemputan perkahwinannya. Seperti biasa Ivanna yang terkejut beruk.
“Sya! Kau nak kahwin?”, jeritnya. Beberapa orang pelanggan yang ada di situ menoleh ke arah mereka.
“Ish, kau ni Dina. Janganlah jerit-jerit”, bisik Serafina. Dia memberi ruang kepada pelayan menghantar makanan mereka.
“Sorry, but seriouslah Sya? Kau dah fikir masak-masak?”,
“Haah betullah tu”,
“Awal gila kau kahwin Sya. Belajar pun tak habis lagi”, kata Juanlita pula.
“Bukan aku yang nak. Parents aku yang suruh”, balas Serafina.
“So, kau terima macam tu ja? Kalau akulah, aku akan memberontak habis-habisan”, komen Lemuella. Dia menyuapkan pasta carbonaranya ke dalam mulut sementara menunggu jawapan Serafina.
“Kalau boleh. Tapi aku takde pilihan. Aku tak naklah derhaka. Lagipun aku ada baut perjanjian dengan parents aku hari tu”, jawab Serafina.
“Perjanjian apa?”, tanya Ivanna. Spagetti bolognesenya hanya dikuis-kuis sahaja.
“Hari tu masa kat Singapore tu kan aku ada pinjam duit Riyah untuk bayar barang-barang aku, sebenarnya waktu tu family kami ada masalah ekonomi. So, kiranya aku tak dapat nak join korang pergi Singapore hari tu. Tapi aku buat perjanjian dengan parents aku, kalau diorang nak aku kahwin dengan calon pilihan diorang, aku nak diorang tanggung perbelanjaan pergi ke Singapore. Then yeah… Begitulah ceritanya. Pendek cerita, kalau aku tak kahwin dengan lelaki tu, kebarangkalian besar family kitorang akan bankrupt”, terang Serafina.
“Pity fo you… So, kau redho jelah ni”,
“What can I do? Kalau dah jodoh aku dengan dia, aku redha”, kata Serafina. Hanya itu yang dia boleh lakukan. Juanlita hanya berdiam diri dan menghiris lamb chopnya perlahan-lahan. Dia pun tidak tahu mahu berasa gembira atau sedih. Serasanya dia telah kehilang seorang rakannya. Yalah, jika sudah berumah tangga takkan dia hendak menghabiskan masa bersama kawan-kawan seperti selalu. Mestilah dia perlu melayan suaminya.
“Oii Hara, kau asyik pandang ja makanan kau tu kau rasa makanan tu akan masuk sendirikah dalam mulut?”, sindir Lemuella.
“Aku sengaja tunggu kau suapka untuk aku”, gurau Juanlita lalu menyumbat adging itu ke mulutnya. Lemuella mencebik.
Don't forget to leave a comment . Thank you
Share this novel