Sewaktu berjalan-jalan bersama Tasha dan Elfra di Margocity Shopping Mall, Ivanna terlihat seseorang yang seperti yang pernah dilihat.
“Lo ngapain lihat orang kayak gitu?”, tutur Elfra sambil menepuk bahu Ivanna perlahan.
“Mana ada saya tengok”, dalih Ivanna. Tasha juga melihat lelaki tersebut lalu tesengih ke arah Ivanna.
“You kenalkah orang tu?”, tanya Tasha apabila Elfra masuk ke kedai barang kemas.
“Maybe… I macam pernah nampak dia tapi tak ingat kat mana”,
“Hmm”, Tasha mengangguk-angguk. Dia sengaja tidak mahu memberitahu siapa gerangan orang tersebut. Kemudian mereka juga masuk ke tempat yang dimasuki Elfra.
“Ke mana aja kalian? Lama banget gue nunggu”, omel Elfra.
“Sorrylah, tak ke mana-mana pun. Kat luar ja”, pujuk Ivanna.
“Haah. Awak buat apa masuk kedai barang kemas?”, tanya Tasha. Setahunya, Elfra bukan orang senang yang mampu membeli barang kemas yang mahal seperti ini. Mereka berdua senasib.
“Gue tu mau lihat doang”,
“Elfra, kalau ada yang awak berminat ambil ja. I bayar”, ujar Ivanna. Mata wang Indonesia lebih kecil berbanding Malaysia jadi tidaklah terlalu mahal baginya. Lagipun, ibu bapanya sering memberikan wang saku lebih dari cukup.
“Eh, gak apa-apa kok Dina. Gue gak mau susahin lo”,
“Takpe. Its not a big deal. You pun pilihlah Tasha”, pelawa Ivanna. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi tidak salah jika ingin memberi kepada orang tidak berkemampuan.
“Biar betul you ni Dina? Kalau I nak 2 boleh?”, gurau Tasha.
“10 pun boleh. Sementara I masih baik ni bagus korang ambil kesempatan cepat”, kata Ivanna lalu ketawa berdekah-dekah. Begitu juga dengan Elfra dan Tasha. Sedang mereka sibuk memilih gelang tangan Cartier yang dipamerkan tiba-tiba seseorang menepuk bahu Ivanna dari belakang. Bahu Ivanna terhenjut sedikit dek terkejut dengan tepukan tersebut. Dia menoleh ke belakang dengan perlahan.
“Ivanna Irdina?”, tanya pemuda itu.
“Yeah… Do I know you?”, tanya Ivanna dengan dahi yang berkerut seribu.
“Oh my God! It’s really you”, katanya lalu tangannya didepankan seluas yang mungkin seperti ingin memeluk Ivanna. Mujur sahaja Ivanna sempat menolak dan berundur sedikit.
“Not a muhrim”, tutur Ivanna dengan tegas.
“Oh sorry. Seriouslah you tak ingat I Dina?”, tanya lelaki itu.
“No?”,
“I lah, Dizam”, balas Dizam sedikit hampa. ‘Dizam?’, bertambah kerutan di dahi Ivanna. ‘Dizam mana pula dah’, fikirnya.
“Dizam Bin Qutzam”, kata Dizam lagi apabila tiada tanda-tanda Ivanna kenal dengannya.
“Oh… Dizam”, Ivanna pura-pura mengenalinya. Padahal dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut. Bagaimana hendak kenal jika semua lelaki hanya berteman dengannya selama tidak lebih dari 2 bulan.
“Hai”, tegur Tasha dari belakang.
“Eh Tasha pun ada… Hai”, tegur Dizam.
“Korang ceritalah dulu, I nak ke tempat Elfra jap”, Ivanna melarikan diri. Dizam tida mahu melepaskan Ivanna pergi. Namun dia tetap berdiri untuk menjaga hati kawan lamanya Tasya.
“Kenapa Ivanna betul-betul macam tak kenal I erk?”, tanya Dizam kepada Tasya. Tasya menjawab lambat-lambat.
“Well you know her right? She never remember her own ex”, katanya.
“I rasa I dengan dia dah dekat 2 bulan dah”,
“You’re not the only one Dizam. You better move on sebab I rasa dia dah jumpa calon yang terbaik untuk dia yang boleh mengubah dia menjadi seorang wanita yang solehah”, nasihat Tasha. Mereka bercerita serba sedikit sebelum Dizam pergi meninggalkan tempat tersebut. Kemudian, Tasha menyertai Ivanna dan Elfra yang kusyuk memilih barang kemas.
“Itu Dizam yang mana satu? Banyak doh Dizam yang aku kenal dulu”, tokok Ivanna.
“Dizamlah… Yang satu kelas dengan aku tu. Kau couple dengan dia sebelum trial SPM. Tu lah kau, ex terlalu banyak sampai tak ingat mana satu”,
“Janganlah. I dah serik okay. Biasalah masih dalam proses mendewasa… Semua pun nak try”, jawab Ivanna lalu ketawa. Elfra hanya tersenyum mendengar cerita mereka.
Please leave a comment ?
Share this novel