~ 3 ~
Hujung minggu sebegini, Juanlita menghabiskan masanya dengan berbaring di katil dan memetik gitar. Moodnnya hendak belajar seakan-akan mati walaupun dia tahu dua hari lagi ujian percubaan SPM akan bermula. Terasa bosan berbaring dia berdiri. Bosan berdiri sambil termenung di tingkap, dia duduk di meja belajar sambil memandang buku-buku rujukan yang menggunung namun dia lebih tertarik dengan komik manganya. Namun perutnya lapar tiba-tiba, dengan pantas dia mencapai telefonnya untuk memesan pizza tetapi dia mengubah niat dan terus bersiap untuk keluar. Sesudah dia menyiapkan diri, dia terus menelefon teksi untuk ke rumah Ivanna. Sesampai sahaja Juanlita di hadapan kondominium Ivanna dia terus menghubungi Ivanna untuk turun.
“Beb dah lamakah kau tunggu?”, tanya Ivanna sambil membetulkan baju kemeja yang dituckin sebelah sahaja. Sebelahnya dibiarkan berjuntai.
“Tak juga. Aku baru je sampai”, jawab Juanlita.
“So, kita nak makan kat mana?”,
“Mana-mana tempat yang dekatlah. Aku dah lapar sangat dah ni”,
“Oh okay jomlah. Aku tahu dah nak makan kat mana”, mereka terus menaiki grab ke restoran Yusoof dan Zakhir. Sesampai sahaja di tempat yang dituju, mereka terus memesan makanan.
“Takde ke tempat yang class sikit?”, tanya Juanlita. Maklumlah anak Dato’ mana suka tempat-tempat murah begini.
“Eh kata lapar. Makan jelah apa yang ada”, tegur Ivanna lembut. Sedang mereka makan ada seorang lelaki yang menegur Ivanna.
“Hi Ivanna. Ingat saya lagi tak?”, sapa pemuda itu.
“Maaf, awak ni siapa?”, tanya Ivanna. Langsung tidak mengingati wajah lelaki yang berada di hadapannya ketika ini.
“Sayalah… Saiful”, Saiful memperkenalkan diri berharap Ivanna mengingatinya selepas mendengar namanya.
“Hah? Saiful mana pula ni?”,
“Saiful Razif. Kita jumpa waktu kem motivasi 2 tahun lepas kat Shah Alam”,
“Oh… Saiful Razif. Oh… Dah ingat dah”, kata Ivanna walaupun ingatannya tentang lelaki itu masih samar-samar. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Saiful namun Saiful hanya memandang tangan Ivanna dengan senyuman.
“Maaf”, kata Saiful.
“Oh, takpe-takpe”, kata Ivanna lalu menarik tangannya semula. Menahan malu. Sudah terbiasa dengan pergaulan bebas sebab itu dia sering melupakan tentang muhrim dan mahram.
“You buat apa kat sini?”, tanya Ivanna sekadar berbasa basi.
“Nak makanlah takkan nak memancing kot”, jawab Saiful sambil tertawa kecil. Ivanna dan Juanlita juga turut tertawa.
“Boleh I duduk sekali?”, tanya Saiful.
“Boleh. Silalah”, Ivanna menjemput Saiful duduk bersama mereka.
“Terima kasih”, ucap Saiful seraya melemparnya senyuman ke arah Juanlita. Sebenarnya Juanlita tidak berasa selesa dengan lelaki yang baru dikenalinya ini, namun dibalas juga senyuman lelaki itu walaupun sedit janggal.
“Oh lupa pula… Kenalkan ini kawan I Juanlita. Hara, ini Saiful”,
“Hello, saya Juanlita. Juanliata Jawhara. Boleh panggil Hara”, Juanlita memperkenalkan diri.
“Hi, saya Saiful. Panggil je apa-apa yang ada dalam nama saya tapi ramai orang panggil saya Epul”, Saiful juga memperkenalkan diri. Setelah itu, mereka berborak sambil menjamu sajian di hadapan mereka itu. Juanlita lebih banyak berdiam diri. ‘Niat nak makan sama-sama ni ingatkan boleh gosip macam selalu… Ini tak’, bisik hati kecil Juanlita.
“Ermm… Sebenarnya saya ada urusan nak buat kat rumah. Saya minta diri dululah ya”, pamit Juanlita. Baharu sahaja dia mahu mengeluarkan wang di kaunter pembayaran, Saiful menahannya.
“Err… Hara”,
“Ya?”,
“Takpe. Saya dah bayar”,
“Laa ye ke? Terima kasih banyak-banyak”,
“Sama-sama”,
“Saya pergi dululah ya. Assalamualaikum”,
“Waalaikumusalam”, jawab Saiful dan Ivanna. Serentak. Kemudian Juanlita berlalu pergi dengan menaiki teksi. Akhirnya dia dapat melarikan diri dari ceramah-ceramah nasyid dari Saiful.
Sorry for the late update . I'll post 2 extra chapter to make up with you guys . please continue to support . hehe
Share this novel