Carlissa tiba di Singapore tepat jam 7 malam. Dia terus menghantar pesanan ringkas d grup whatsapps mereka.
Hola everybody! Carlissa is safely arrive at Singapore – Carlissa
Hola, good for you – Serafina
Okay guys, study well yeah. Sem 2 dah ni – Ivanna
Haah, especially yang ambil course susah tu – Lemuella
Thanks Fia. Have a safe flight tomorrow teman-teman – Juanlita
“Kamu tunggu apa lagi Riyah?”, tanya Puan Shafiqah yang sedari tadi menunggu Carlissa yang masih menekan-nekan telefonnya.
“Ah? Oh, kejap”, Carlissa baru tersedar yang dia masih berada di tengah-tengah kesesakan lapangan terbang.
“Haih, bertuah betul budak ni. Orang dari tadi tunggu dia, boleh pula dia syok dengan dunia dia”, bebel Puan Shafiqah. Carlissa membalas bebelan itu dengan sengihan sahaja.
“Umi, kawan Riyah ajak keluar. Dia ambil terus dari airport ni”, beritahu Carlissa.
“Malam-malam begini pun nak keluarkah?”, sampuk Encik Mazlan dari belakang.
“Haah. Bukan keluar kat tempat yang bukan-bukan pun”, jawab Carlissa.
“Memanglah tak, tapi kamu tu perempuan. Darah manis lagi, tak baik keluar malam-malam”, nasihat Encik Mazlan. Mereka kemudiannya masuk ke dalam kerata.
“Abah ni kenapa? Selalu kat KL okay ja”, rungut Carlissa. Muncung mulutnya lalu menghantar pesanan ringkas kepada Zhang Wei mengatakan bahawa dia tidak dapat keluar dan berjanji untuk keluar pada esok hari sahaja.
“Kamu tahu tak lelaki sekarang ni tak boleh percaya sangat. Kawan kamu yang anak Dato’ Darol tu, tiba-tiba ja kahwin. Ni mesti sebab dah berisilah ni”, marah Encik Mazlan tanpa menyelidik berita yang didengarinya.
“Abah!”, jerit Carlissa. Sakit hatinya apabila rakan baiknya diburuk-burukkan oleh abahnya sendiri padahal abahnya telah mengenali sikap Serafina.
“Kalau abah tak tahu apa-apa tentang kawan Riyah tak payahlah buat spekulasi yang tak sahih”, marah Carlissa. Suaranya sedikit kendur berbanding sebelumnya.
“Apa pula tak tahu?”,
“Sya tu kahwin sebab dijodohkan keluargalah. Setahu Riyahlah, Sya tu memang suka keluar malam tapi dia masih tahulah jaga maruah dia”,
“Hmm… Yalah tu dijodohkan”, kata Encik Mazlan. Sebenarnya dia berasa bersalah menuduh rakan anaknya secara melulu sedangkan sepanjang Serafina di sini memang gadis itu berakhlak baik. Tetapi, demi mempertahankan ego lelaki, hanya itu yang mampu dijawabnya. ]
“Huh, malaslah nak explain lebih… Kalau orang tu dah percaya satu pihak, nak cakap apa pun tak guna”, sindir Carlissa. Dia terus meniti anak tangga dengan pantas sebaik sahaja sampai di rumah.
AWAL pagi lagi Carlissa sudah bersiap untuk ke kampusnya. Tanpa bersarapan, Carlissa terus keluar dari rumah. Dia hanya memesan kepada pembantu rumah untuk memberitahu umi dan abahnya bahawa dia sudah bertolak ke kampus. Kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GTE berwarna merah berkilat yang dihadiahkan oleh abahnya itu dipandu dengan tenang. Kereta itu dihadiahkan kepadanya kerana dia telah mendapat 10A dalam SPMnya 2 tahun lalu. Untuk beberapa ketika telefonnya berdering. Mujur dia sudah memasang airpod pada telingannya sejak tadi. Tidaklah perlu dia berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan.
“Yes Zhang Wei? Ada apa?”, tanya Carlissa sebaik sahaja mendengar sapaan Zhang Wei dari corong telefon.
“Car, I need your help”, rayu Zhang Wei. Suaranya agak sedikit cemas.
“What is it?”,
“You boleh tolong ambil I ke?”,
“You kat mana?”,
“Dekat Kent Bridge”,
“Oh, dah nak dekat pun dengan kampus. Takpe-takpe nanti I singgah”,
“Thank you. Nanti I cerita. Bye”, balas Zhang Wei lalu memutuskan panggilan.
“SORRYLAH you. Menyusahkan you ja. Tiba-tiba ja kereta I rosak”, ucap Zhang Wei. Mereka dalam perjalanan ke kampus.
“Takpe, nasib I keluar awal sikit hari ni”, balas Carlissa. Matanya masih tetap memandang ke hadapan.
“Oh ya, kenapa you tiba-tiba cancel date kita?”,
“Date?”, Carlissa ketawa kecil. Sejak bila mereka rancang nak date bersama.
“No, I mean temujanji kita kelmarin”, Zhang Wei tersenyum malu.
“Hmm… Abah I tiba-tiba tak benarkan I keluar malam. Bimbang katanya”, jawab Carlissa sambil membelok ke kanan untuk memasuki perkarangan kampus.
“Oh… Patutlah”, kata Zhang Wei lalu membuka tali pinggang keledarnya. Begitu juga dengan Carlissa. Mereka keluar dari kereta dan berjalan beriringan.
“You pergilah kelas you”, kata Carlissa apabila mereka tiba blok fakulti kejuruteraan awam.
‘Okay. Lunch sama-sama ya nanti”, pesan Zhang Wei dan terus menuju ke blok fakulti pengurusan perniagaan. Carlissa hanya membalas pesanan Zhang Wei dengan senyum ringkas dan terus memasuki dewan kuliah.
Sorry for the late update . Don't forget to leave a comment
Share this novel