Juanlita kembali ke Pahang setelah 3 minggu bercuti. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan mempunya 2 cuti dalam 1 semester iaitu cuti jangka pendek dan cuti jangka panjang. Sepanjang cuti jangka pendek itu, Juanlita perlu menyiapkan tugasan untuk semester 1. Tetapi disebabkan kesibukkan melancong ke Singapore, dia mengambil masa hanya 1 minggu untuk menyiapkan tugasannya.
“Ini sahaja hasil kerja you sepanjang 3 minggu tempoh yang saya berikan? This is such a disappointment. If you don’t know how to do it well, ask! Do you know what is this Jawhara?”, tanya Prof. Vyle dengan nada menahan marah. Juanlita tidak menjawab sebaliknya hanya memandang Prof Vyle dengan perasaan bercampur-baur.
“This is rubbish. Sampah you tahu tak? Sampah!”, jerit Prof. Vyle. Dia mengeronyokkan kertas tugasan Juanlita dan membuangnya di tong sampah. Hancur berkecai hati Juanlita. Air matanya hampir gugur namun ditahan sedaya-upaya.
“I don’t care you anak Dato’ ke, anak Tan Sri ke atau anak raja sekalipun, if you don’t do your assignment right, you will never get in your way. Do you get it? Redo. I’ll give you 3 more week. You better do it right or you will be failed in this course and automatically you’ll be barred from entering the exam hall”, putus Prof. Vyle.
“I’m sorry Prof… I’ll do better”, ucap Juanlita.
“You should. I expect more from you Jawhara… You should get yourself together before you start”, kata Prof. Vyle. Juanlita keluar dan serta-merta titisan jernih menitis ke pipi.
“Kenapa ni?”, tanya Fazley, kekasih Juanlita sejak mereka masih tingkatan 3.
“Nothing, just a little bit sad by all that scolding things”, jawab Juanlita. Hati bagai ingin berputus asa namun demi masa depannya, dikuatkan juga hatinya.
“Its okay. Biasalah tu. Tak semua kerja kita diterima walau banyak mana pun effort yang kita dah berikan. Takpe, you buat ja semula, I bantu. Okay?”, pujuk Fazley. Dia mengelap air mata Juanlita.
“Thank you for always there to comfort me”, ucap Juanlita. Dia memeluk Fazley sekejap. Dia memandang wajah Fazley. Ramai yang mempertikaikan mengapa gadis secantik dan sekaya Juanlita sanggup menerima Fazley yang tidak seberapa tampan ini. Tetapi bagi Juanlita, dia menerima Fazley bukan kerana paras muka sebaliknya cara Fazley berusaha mendapatkannya membuatkan dia tertarik dengan keunikan jejaka ini. Walaupun ketika itu sekadar cinta monyet sahaja, namun apabila meningkat dewasa, hubungan mereka masih bertahan. Masing-masing mempunyai rasa yang sama seperti dahulu sehingga hari ini. Malah, mereka berdua telah berjanji akan mendirikan rumah tangga selepas tamat pengajian. Tambahan pula, hubungan mereka telah direstui oleh kedua-dua belah keluarga.
“Eeee, kenapa you tengok I macam tu? Takkan terharu kot?”, tanya Fazley. Hairan dengan pandangan Juanlita.
“Ish… Perasanlah dia ni”, tokok Juanlita. Walaupun mereka sepasang kekasih, namun mereka melayan pasangan masing-masing seperti sahabat sahaja. Mereka tidak seperti Ivanna dan kekasihnya yang manis sahaja dalam perbicaraan.
TUGASAN yang dihantar telahpun diterima oleh Prof. Vyle.
“Well done Jawhara, well done”, puji Prof. Vyle sambil menepuk tangan.
“You did a great job. I know I can trust you. I hope you’ll do better than this next semester Jawhara. All you need is time management”, sambungnya lagi.
“Baik Prof. Thank you for giving me another chance”, ucap Juanlita.
“No problem. Happy holiday. You can go now”, arah Prof. Vyle. Deringan telefon Juanlita mengejutkannya dari khayalan. Tertera nama ‘Sya Gorgeous’ di skrin.
“Weh joh, kenapa? Apasal tiba-tiba call ni?”, tanya Juanlita.
“Takde. Saja call tanya khabar”, jawab Serafina.
“Mustahil takde apa-apa. Aku baik-baik ja ni”,
“Betul… Takde apa-apa. November ni kau ada cuti tak?”,
“Aku cuti start next week sampailah bulan Januari. Asal?”,
“Takde… Nanti kalau kau dah sampai KL aku bagitahu”,
“Kau ni, dahlah aku ni curious. Kau pula suka buat orang tertunggu-tunggu”,
“Eh biarlah… Dahlah, aku sibuk ni. Bye”,
“Laa… Dia yang call orang dia pula sibuk. Okaylah bye”, balas Juanlita. Panggilan diputuskan.
Sorry inconsistent on updating. please leave a comment so I know you guys is supporting me. thank you
Share this novel