Chapter 34

Romance Series 5912

Hari yang ditunggu -tunggu telah tiba. Para mahasiswa dan mahasiswi Univesity of Melbourne sedang berperang di antara satu sama lain. Dengan alat tulis sebagai senjata, mereka semua memerah otak di dalam dewan peperiksaan. Rata-rata semua kepala mereka tunduk menghadap kertas soalan masing-masing. Tidak terkecuali Serafina sendiri. Bidang kedoktoran bukanlah bidang yang mudah dan boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan nyawa seseorang. Walaupun dalam peperangan minda, Serafina masih tidak lupa untuk meminta pertolongan dari Allah agar diberi ketenangan dan hikmat kebijaksanaan ketika menjawab peperiksaan. 3 jam masa yang diberikan digunakan Serafina dengan sebaiknya. ‘Hardwork paid off’, Serafina menyiapkan ujiannya pada minit terakhir. Semua soalan terasa senang hasil daripada belajar tanpa henti. Dia hanya tidur 4 jam setiap hari pada 2 minggu terakhir sebelum peperiksaan bermula. Sebaik sahaja tamat masa yang diberi, dia terus bergegas keluar dari dewan peperiksaan dan menuju ke kafe kampus mereka. Kelihatan Hannah, Alex dan Jade duduk di meja yang sama bersama beberapa pelajar yang tidak dikenali. Serafina membeli makanan dan kemudiannya berjalan mendekati rakan-rakannya.
“Hey, Sera!”, sapa Alex yang telah siap 30 minit lebih awal berbanding Serafina.
“Hey!”, balas Serafina. Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Hannah.
“How’s your exam?”, tanya Jade. Masih kekok dengan peristiwa sebelum ini.
“So far… All good”, jawab Serafina. Dia menyuapkan sosej ayam ke dalam mulutnya.
“Kau tak tidurkah? Hitam doh mata kau”, tegur Hannah tanpa mempedulikan dua orang jejakan yang tidak memahami kata-kata mereka.
“Seriouslah? Aku rasa dah cukup tebal concealer dan foundation aku pakai pagi tadi”,
“Haah… Ketara sangat”,
“Oh my God. Aku balik awallah lepas ni. Nak rehat”, kata Serafina lalu meneguk airnya.
“Hello guys… We’re still here. No malay please. We can’t understand you”, ujar Alex yang berusaha untuk memahami cerita Hannah dan Serafina. Manakala, mereka berdua hanya ketawa.
“I’m sorry, I forgot about you guys”, tingkah Hannah.
“So, guys… I’m finish. See you guys next semester. I’m going first”, pamit Serafina. Tanpa menunggu jawapan mereka dia terus membawa diri. Berapa hari yang lepas, Syed Ziyaad membelikan Serafina sebuah kereta Mercedez-AMG GT Coupe berwarna kelabu agar dia senang untuk bergerak ke mana-mana sahaja.

SYED Ziyaad menghabiskan masanya seharian di gym bersama kekasihnya, Oliey.
“It’s been a while right, honey?”, ujar Oliey. Dia berjalan dengan lenggangnya mendekati Syed Ziyaad. Tanpa rasa malu, dia duduk di ribaan Syed Ziyaad yang sedang bersenam.
“Oliey! What are you doing?”, tempelak Syed Ziyaad dan menolak kekasihnya hingga terjatuh.
“Ah… You ni kenapa hah?”, marah Oliey dengan wajah bengis. Malu diperlakukan sedemikian di hadapan orang ramai.
“Sorry sorry… Kenapa you buat macam tu?”,
“Macam you tak biasa”,
“Memanglah. Tapi itu semua dah berlalu. Waktu tu I belum kahwin. Sekarang I ada hati yang perlu dijaga”,
“Habis I ni macam mana? You memang berancang nak teruskan hubungan dengan diakah? Sampai hati you tinggalkan I sebab perempuan tu kan?”,
“I minta maaf sayang. Tapi you bertahanlah 2 tahun lagi”
“Lepas 2 tahun you nak I buat apa? Undur diri macam orang bodoh? Hei Syed Ziyaad Syed Rayyan, I’m not that stupidlah baby”, tempelak Oliey. Syed Ziyaad mati kata. Dia mencintai isterinya namun pada masa yang sama dia masih menyayangi kekasihnya. Dasar lelaki tak guna betul.
“Kenapa diam? Tak ada jawapan? Takut nak lepaskan isteri yang you dah mula nak sayang?”, duga Oliey.
“Hmm… Memang betullah lelaki semua sama. Tak cukup satu”, sindirnya lagi.
“Let’s talk about this later”, kata Syed Ziyaad. Dia mengelap peluh yang merenek di leher. Oliey mendengus.
“Lusa majlis graduasi you kan?”, tanya Oliey dengan suara yang manja.
“Haah”, Syed Ziyaad menjawab ringkas.

‘FINALLY I can relax’, Serafina duduk bersandar di katil sambil menonton Netflix di televisyen. Dia memakai mask muka untuk mengekalkan kelembapan wajah. Terlalu fokus menonton drama korea bertajuk Queen Of Tears lakonan Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun, sehingga tidak sedar kepulangan suaminya.
“Astaghfirullah!”, terkejut Syed Ziyaad melihat wajah isterinya. Serafina mengabaikan sahaja suaminya seperti tidak wujud di hadapannya. Syed Ziyaad duduk di birai katil lalu membuka butang bajunya satu-persatu.
“Apa yang you buat tu?”, tanya Serafina apabila melihat suaminya seperti ingin membuka baju.
“Buka bajulah. Kenapa?”,
“Bukalah kat bilik mandi. Kenapa buka kat sini?”,
“Merepeklah you ni. I memang biasa buka baju kat sini”,
“Tak nampakkah I ada kat sini ni?”,
“Apa salahnya? Bukan siapa-siapa pun. Mustahil you tak pernah nampak abang you tak pakai baju kat rumah?”, ujar Syed Ziyaad. Dia membuka baju t-shirtnya di hadapan Serafina tanpa rasa bersalah. Tiba-tiba Serafina berasa malu melihat belakang Syed Ziyaad yang tegap itu. ‘Apahal pula dengan aku ni?’,
“Diorang tu abang. Memanglah lain”, balas Serafina. Dia memfokuskan pandangan ke televisyen. Syed Ziyaad berdiri dan berjalan mendekati Serafina.
“Yakah? Ke… You tergugat?”, kini wajah Syed Ziyaad benar-benar hampir dengan wajahnya. Dengan pamtas Serafina menolak muka Syed Ziyaad dengan telapak tangannya hingga Syed Ziyaad terdorong ke belakang. Syed Ziyaad ketawa mengejek lalu masuk ke bilik mandi dengan membawa tuala. Serafina mencebik. Apabila pintu bilik mandi tertutup, Serafina memandang tangannya ynag bergetar.
“Hmmm… Lawak”, dia bermonolog sendirian. Tidak lama kemudian, Syed Ziyaad keluar dengan bertuala separuh badan. Serafina yang tidak selesa dengan keadaan itu berpura-pura ke meja belajar dan meneguk air mineral yang memang berada di sana. Tanpa dia sedari, Syed Ziyaad sudah berada di sampingnya.
“What are afraid of Mrs. Syed?”, bisik Syed Ziyaad ke telinga isterinya. Serafina tergamam. Bibir Syed Ziyaad semakin mendekat ke pipinya. Entah kenapa Serafina langsung tidak menjauhkan wajahnya dari Syed Ziyaad. Syed Ziyaad pula semakin lama semakin hampir dengan isterinya. Melihat respon Serafina yang tidak menolaknya kali ini membuatkan dia berasa seperti mempunyai peluang. Kalau bukan kerana mask muka yang dipakai Serafina itu, sudah lama dia mengucup pipi isterinya itu. Tapi apakan daya, dia hanya tersenyum dan berpaling menuju ke bilik pakaian. Jantung Serafina bagaikan ingin meletup pada masa itu juga.
“You!”, panggil Syed Ziyaad dari bilik pakaian. Serafina yang tercengang sedari tadi tersentak. Dia bergegas ke bilik wardrobe dengan wajah berkerut.
“You tahukah lusa hari apa?”, tanya Syed Ziyaad.
“Rabu?”, jawab Serafina tanpa berfikir. Syed Ziyaad menggeleng-geleng kepalanya.
“I dah agak dah. Tolong seterika baju kemaja I yang warna putih tu”,
“Kenapa pula? Buatlah sendiri. Selalu elok ja buat semua sendiri”,
“Orang minta tolongkan?”, ujar Syed Ziyaad. Serafina berpaling tanpa berkata apa-apa dan berura-ura ingin pergi.
“Sayang…”, panggil Syed Ziyaad lagi sambil tersengih-sengih bagai kerang busuk. Serafina menoleh memandang suaminya. Satu matanya dikecilkan secara terpaksa tanda menyampah dengan panggilan itu.
“Lapar”, rengek suaminya. Serafian mencebik.
“You belum makankah? I ingat balik lewat dah makan dengan girlfriend. Kesian girlfriend awak lapar. Kalau I lama dah tinggalkan”, sindir Serafina. Dia tahu lelaki itu masih berhubung dengan kekasihnya itu. Namun dia biarkan sahaja walaupun dalam hati sedang panas.
“Tak. Girlfriend tak cantik. Isteri kat rumah cantik so nak makan kat rumah”,
“Masalah betullah dia ni”, tingkah Serafina. ‘Entah apa angin tiba-tiba nak menyakat malam-malam. Pelik betul mamat ni’, dia terus ke bilik air untuk mencuci muka dan terus menuju ke dapur untuk memanaskan lauk. Tidak lama kemudian, Syed Ziyaad datang dengan berpakaian seperti biasa. Baju t-shirt putih dan tracksuit. Serafina memandang suaminya yang tinggi lampai itu. ‘Macam tak ada baju lain’, omelnya dalam hati.
“Apa you masak?”, tanya Syed Ziyaad.
“I panaskan ja lauk yang I makan tadi”, jawab Serafina. Dia menyenduk sup ayam berempah dari periuk ke mangkuk dan menghidangkannya di atas meja. Kemudian mengeluarkan sayur brocoli tumis yang dipanaskan menggunakan microwave itu. Nasi yang memang sentiasa panas disenduk secukupnya. Syed Ziyaad hanya memerhati isterinya membuat kerja. ‘Kalau aku kenal dia lebih awalkan bagus. Tak adalah sampai dilema macam sekarang ni’, fikir Syed Ziyaad.
“You nak minum minuman panaskah sejuk?”, tanya Serafina. Tidak perasan yang suaminya memerhatikannya sedari tadi.
“Air sejuk jelah. Thank you”, ucap Syed Ziyaad lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Serafina hanya menurut sahaja permintaan Syed Ziyaad. Dia sendiri tidak menyangka yang dia sedang menguruskan makan pakai orang lain selain dirinya. Setelah meletakkan air sejuk di meja makan, kebetulan telefonnya berdering.
“Assalamualaikum kak long… Ada apa telefon malam-malam ni?”, sapa Serafina.
“Waalaikumusalam… Fina, akak kat bawah ni hah. Boleh tolong angkat barang-barang akak sikit? Akak call Rayyan tapi tak angkat”, ujar Nur Zahirah.
“Eh ya Allah… Kenapa tak bagi tahu nak datang? Syed ni pun tak bagi tahu awal-awal”,
“Haah… Maaflah last minute book ticket. Rayyan mana?”,
“Oh… Kejap Fina turun. Syed tengah makan ni”, kata Serafina lalu mematikan panggilan.
“Siapa?”, tanya Syed Ziyaad.
“Kak long”, jawab Serafina. Sebelum keluar, dia menanggalkan kaca matanya.

NUR Zahirah mengeluarkan bagasinya dari boot kereta sewanya.
“Hi kak long. Mana abang Asyraff?”, tanya Serafina sebaik sahaja ternampak kelibat Nur Zahirah.
“Dia ke rumah kawannya kejap. Katanya kawannya baru berpindah ke Australia bersama keluarga”, jawab Nur Zahirah.
“Yan mana?”, tanyanya lagi.
“Kat atas tu”, Serafina membantu Nur Zahirah mengangkat menurit Syed Ziyaad, Nur Zahirah sedang mengandung 2 bulan.
“Kenapa kak long datang tak bagi tahu? Fina belum kemaskan lagi bilik. Terpaksalah kak long tunggu sekejap nanti”, soal Serafina.
“Laa… Ingatkan Yan dah bagitahu. Lusa kan majlis graduasi dia”,
“Oh yakah? Dia tak bagitahu pula pasal tu. Mungkin sebab Fina terlalu busy dengan exam so dia tak nak ganggu”, Serafina menekan kod pintu dan membukanya seluas yang mungkin.
“Oii! Beraninya kau tak tolong along. Boleh-boleh pula kau seronok makan kat sini”, tingkah Nur Zahirah yang baru masuk ke dapur. Syed Ziyaad tersengih.
“Hehehe… Yan baru baliklah, malas nak turun”, jawabnya. Nur Zahirah mencebik.
“Asyraff mana Asyraff?”, Syed Ziyaad memandang ke ruang tamu mencari kelibat suami kakaknya itu.
“Jalanlah”, kata Nur Zahirah. Dia membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk lalu meneguknya. Serafina meninggalkan dua beradik itu dan mengemaskan bilik yang selalu digunakan untuk bersenam. Memandangkan bilik wardrobe terlalu semak dengan kain-kain yang bertimbun, Serafina terpaksa memindahkan tilam mudah lipat yang bersaiz queen yang selalu digunakan tetamu itu ke dalam bilik bersenamnya. Jam sudah menunjukkan jam 8.32 malam. Kedengaran bunyi loceng bergema di segenap pelusuk rumah.
“Baby! Tolong bukakan pintu. Kak long kat dalam tandas”, laung Syed Ziyaad yang masih makan. ‘Baby?Huh agak tiberr’,
“Eh bertuah… Pergilah buka. Orang tengah sibuk ni kat hujung”, Syed Ziyaad terpaksa berdiri dan membuka pintu. Seperti yang telah dijangkakan memang Asyraff.
“Weh Ash”, sapa Syed Ziyaad. Kerana faktor umur yang tidak jauh beza, dia lebih selesa memanggil abang iparnya dengan nama sahaja.
“Kau baru makankah Syed?”, tanya Asyraff setelah memasuki kondo Syed Ziyaad.
“Lama dah cuma tak boleh berhenti. Bini masak sedap”,
“Hmm”,

KENAPA you tak bagitahu majlis konvokesyen you lusa?”, tanya Serafina sedikit berjauh hati.
“I ingatkan you nampak. I dan bulatkan kot kat kalender meja you”, jawab suaminya sambil menarik selimut untuk idur di sebelah Serafina. Serafina hanya diam dan terus membaca novel Inggeris bertajuk Feed Them Silence karya Lee Mandelo tanpa menghiraukan Syed Ziyaad.
“You pergikah?”,
“Tengoklah. I perlu hantar tesis sebelum cuti semester”,
“Datanglah. Nanti I send location”,
“I’ll think about it”, kata Serafina tanpa perasaan.

Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience