Chapter 21

Romance Series 5912

The Zenith Hotel Kuantan memang sangat selesa. Jam 5.30 pagi terasa sangat segar udaranya. Juanlita mematikan suis penghawa dingin dan keluar ke balkoni untuk menghirup udara segar. Selepas solat tadi dia langsung tidak mengantuk. Padahal selalunya selepas solat dia mesti tertidur kembali. Angin subuh di Pahang memang sangat sejuk. Juanlita mengigil kesejukkan. Dia masuk semula ke dalam biliknya dan duduk di katil. Telefon dicapai lalu masuk ke aplikasi whatsapp. Terdapat 100 lebih pesanan masuk dari grup ‘Gorgeous-gorgeous Girl’. Juanlita membaca satu-persatu mesej mereka hingga jam menunjukkan jam 6 pagi. Tanpa membuang masa dia mengambil tuala yang disediakan oleh pihak hotel dan mandi. Usai mandi, dia mengenakan gaun ungu beropol off-shoulder paras lutut dan mengenakan solekan versi Barat yang sedondon dengan bajunya. Seperti biasa, rambutnya yang panjang dan nipis diikalkan. Dia berjalan ke ke tempat bagasinya dan mengambil kasut tumit tinggi yang berwarna Lilac lalu memakainya. Ketinggian bertambah 9 cm dari biasa. Kemudian dia duduk di birai katil kembali. Jam sudah menunjukkan jam 1 pagi. Juanlita mendail nombor telefon Fazley.
“Hello”, kedengaran salam dari corong telefon. Serak.
“Hei! You kat mana? Takkan baru bangun?”, sergah Juanlita.
“Mana ada baru bangun. Baru nak siap ni”, bohong Fazley.
“Cepat sikit. I dah nak turun ni. I tunggu kat lobi. Cepat sikit tau”,
“Ya”, panggilan dimatikan. Kelam-kabut Fazley masuk ke bilik mandi dan mempersiapkan diri.

JUANLITA melirik jam Rolex di pergelangan tangan. Jam sudah menunjukkan jam 7.15 pagi. Hati mulai terbakar. Dia memandang ke belakang. Kelihatan susuk tubuh kekasihnya baru keluar dari lif.
“Sorry Hara, sebenarnya I tipi you tadi. I baru bangun waktu you call tu”, ucap Fazley. Sepuluh jari disusun untuk memohon ampun. Melihat wajah masam Juanlita itu membuatnya gerun.
“Kunci kereta”, kata Juanlita dengan garang. Tangan dihulur dengan gaya mengada.
“Hah? You nak buat apa dengan kunci kereta?”, tanya Fazley. Gugup. Takut-takut dai menyerahkan kunci keretanya.
“Hari ni I yang pandu”, jawab Juanlita.
“You pandu?”, tanya Fazley lagi. Tidak percaya. Benda yang paling ditakutinya jika Juanlita marah.
“Hmm”, hanya itu balasannya terhadap soalan Fazley. Fazley tiada pilihan lain selain menyerahkan kunci tersebut kepada Juanlita. Juanlita merampas kunci tersebut dari tangan Fazley. Dia melangkah dengan cepat ke pintu utama hotel. Fazley hanya memerhati lenggangan Juanlita. ‘Nak ikut ke tak?’, fikirnya.
“Az! Nak ikut ke tak? Tak nak ikut, tinggal”, seloroh Juanlita separuh menjerit.
“Hah? Ikut”, jawab Fazley. Redho. Langkahnya dipercepatkan dan membuntuti langkah Juanlita. Juanlita menekan butang start untuk menghidupkan enjin kereta. Sementara menunggu enjin panas dia menghantar gambar swafotonya di story Instagram dengan caption ‘Road To Cameron Highland’. Selepas itu dia terus memecutkan kereta milik Fazley menuju lebuh raya ke Cameron Highland.
“Hara, perlahanlah sikit. Laju sangat ni”, rayu Fazley.
“Laju apa? Okaylah ni. I dah kurangkan pergi 120 km/j” jawab Juanlita.
“Hara, lepas ni I pandu erk? Biar I je drive. You duduk ja main fon. Okay?”,
“No need!”, jawab Juanlita. Matanya yang menyala membunuh Fazley.
“Okay okay. You drive. I tak kacau”, Fazley akur. Tidak sampai 3 jam mereka tela sampai di Cameton Highland. Mereka bersiar-siar di sekitar taman strawberi dan membeli buah tangan untuk dibawa ke Kuala Lipis.

Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience