Chapter 46

Romance Series 5925

Hari ini Carlissa cuti manakala suaminya pula terpaksa bekerja di hujung minggu kerana syarikat mereka mengalami masalah. Carlissa hari ini telah berjanji dengan ibu mertuanya untuk pergi membeli-belah bersama-sama. Setelah beberapa tahun, barulah Carlissa diterima baik dalam keluarga ini. Terima kasih kepada umi dan abahnya yang telah mendidiknya menjadi wanita yang baik secara dalaman dan sentiasa sabar menghadapi dugaan. Walaupun dilayan secara endah tidak endah selama beberapa tahun sewaktu dia dan Zhang Wei bertunang namun dia tetap sabar dan melayan mereka dengan baik tanpa menyimpan dendam. Semakin lama, keluarga Zhang Wei juga semakin jatuh sayang kepada menantu mereka itu. Carlissa tidak tinggal bersama ibu mertuanya jadi dia memandu keretanya ke rumah ibu mertuanya untuk menjemutnya.
“How are you today Car?”, tanya ibu mertua Carlissa sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta milik Carlissa.
“As always”, jawab Carlissa. Singkat. Stering kereta diputarkan ke kiri untuk keluar dari taman perumahan mertuanya itu.
“Ma, should we go to eat first or go shopping first then eat?”, tanyanya lagi.
“We need energy to shopping mah so eat first lah”, jawab ibu mertuanya. Carlissa mengangguk dan kembali fokus memandu. Keretanya dipandu ke Downtown Core dan terus ke restoran Dim Sum Place. Sejak berkahwin dengan Zhang Wei selera makanannya pun berubah menjadi selera makanan Cina namun sangat susah untuk mencari restoran makanan Cina yang halal. Malah Zhang Wei pula yang lebih suka dengan hidangan Melayu. Setiap kali makan malam di rumah keluarga Carlissa dia akan meminta Puan Syafiqah memasakkannya sambal petai kegemarannya.
“Car, I really like it when you always choose Chinese food everytime we’re going to eat out but you know what? Sometime its okay to choose Malay food. I like Malay food too”, kata ibu mertuanya apabila kereta diparkirkan di hadapan restoran makanan Cina itu.
“It’s okay ma, I like Chinese food too”, balas Carlissa lalu ketawa kecil. Dia memusingkan badannya dan mencapai beg tangan Diornya yang berada di tempat duduk belakang lalu keluar dari kereta. Begitu juga ibu mertuanya. Mereka berdua beiringan masuk ke dalam restoran tersebut dan terus memesan makanan.
“Order ma”, pinta Carlissa sopan. Pelayan restoran telah menunggu mereka di tepi meja. Ibu mertua Carlissa memesan pau char siew ayam dan air mineral dalam bahasa mandarin. Setelah itu, Carlissa pula memesan cola dan dumpling ayam bersama udang. Dia juga memesan tart telur sebagai pencuci mulut. Kedua-kedua mereka tidak memesan nasi kerana selalunya selepas membeli belah mereka akan makan sekali lagi sebelum pulang ke rumah. Sementara menunggu pesanan mereka sampai, Carlissa dan ibu mertuanya tidak putus-putus bercerita.
“Ma, I’m thinking to learn Mandarin so I can communicate better with you”, kata Carlissa. Ibu mertua Carlissa dikenali sebagai Madam Liu Si Yen.
“Wah, that good!”, komen Madam Si Yen. Kadang-kadang sukar untuk Carlissa untuk berkomunikasi dengan keluarga Zhang Wei kerana jika seluruh keluarganya berkumpul mereka lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa mereka sendiri dan membuatkan Carlissa rasa terpinggir kerana tidak memahaminya. Walaupun ada Zhang Wei yang menterjemahkan kepadanya namun ada masanya Zhang Wei tidak memberitahunya kerana ianya tidak penting katanya. Jadi dia membuat keputusan untuk belajar bahasa Mandarin untuk memudahkannya memahami mereka. Setelah beberapa minit, makanan mereka pun sampai dan mereka terus makan dengan cepat. Usai mengisi perut, mereka berdua meneruskan tujuan mereka ke Marina Square untuk membeli belah di sana. Sedang Carlissa dan Madam Si Yen sibuk berjalan-jalan di butik Hermes, Carlissa mendapat panggilan telefon dari Zhang Wei.
“Hello assalamualaikum”, sapa Carlissa.
“Waalaikumusalam. Baby, where you guys shopping?”, tanya Zhang Wei setelah menjawab salam.
“Here at Marina Square. Finish work already?”, soal Carlissa pula. Semakin lama tinggal di Singapore bahasa Inggerisnya menjadi sama dengan intonasi mereka di sini. Mereka menggelarnya sebagai ‘Singlish’ yang bermaksud Singaporean English.
“Ya. I naik teksi go there ah because my car suddenly broke down. Cannot start”,
“Laa… Okayy. Hati-hati hubby”, Carlissa mematikan panggilan. Madam Si Yen memandang ke arah Carlissa dan Carlissa mendekatinya.
“Why?”, tanya Madam Si Yen.
“Zhang Wei’s car broke down. He said he wanna come”,
“Oh my God”,

30 minit berlalu, Zhang Wei akhirnya tiba di hadapan mereka. Carlissa dan ibu mertunya masih lagi berada di butik yang sama. Masih sibuk mencari produk yang ingin mereka beli. Zhang Wei datang mendekati isterinya dan merangkul pinggangnya lalu menkucup pipi gebu Carlissa. Begitulah rutin mereka setiap kali pulang dari kerja. Carlissa yang tidak menyedari kedatangan Zhang Wei terkejut namun setelah melihat wajah suaminya dia kembali tenang. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada suaminya yang tampak agak penat.
“Ma”, Zhang Wei memanggil mamanya tanda menyapa. Madam Si Yen hanya mengangguk. Tangannya kembali membelek-belek beg tangan berwarna coklat yang menarik pandangannya. Pada masa itu juga, Carlissa juga telah menjumpai beg tangan yang menarik minatnya.
“Haven’t you guys finish yet? I’m hungry already” soal Zhang Wei yang seperti tidak diendahkan di sana. Dia memandang kedua-dua wanita yang disayanginya itu. Dia mengeluh. ‘Girls’ omelnya dalam hati.
“Baby, your husband is here”, rengek Zhang Wei. Dagunya ditongkatkan pada kepala Carlissa dan merangkul Carlissa dari belakang. Pekerja di situ hanya berbuat tidak nampak sahaja. Carlissa berpaling menghadap Zhang Wei dan mendongak memandangnya.
“Wait ya hubby, you go sit there first. Baby nak bayar dah ni”, arah Carlissa dengan lembut sambil tangannya mengusap-usap bahu Zhang Wei. Sejak berkahwin, Zhang Wei menjadi lebih manja dengannya. Zhang Wei memuncungnya mulutnya namun dituruti sahaja arahan isterinya.
“Ma, kuai dian”, Zhang Wei merengek pada mamanya pula. ‘Kuai dian’ bermaksud cepat dalam bahasa mandarin.
“Deng yixia lah”, balas Madam Si Yen. ‘Deng yixia’ pula bermaksud sebentar. Kemudian, Madam Si Yen dan Carlissa bergandingan menuju ke kaunter untuk membayar barangan mereka. Madam Si Yen mengeluarkan kad kreditnya dan dihulurkan kepada pekerja kaunter namun Carlissa menghalang tangan ibu mertuanya dari membayar barangan tersebut.
“Its okay ma, let me”, kata Carlissa. Dia mengeluarkan kadnya. Belum sempat dia menyerahkan kad kreditnya di kaunter, kad hitam Zhang Wei telahpun dihulurkannya kepada pekerja tersebut. Carlissa dan ibu mertuanya saling berpandangan lalu mereka tersenyum penuh makna. Zhang Wei yang melihat keadaan itu hanya menggelengkan kepala. Sudah biasa dengan perangai mereka.

There will be no update for the time being as I'm busy doing preparation for my upcoming examination week. Please stay tuned and thank you for keep supporting me. Love, Leiya Lee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience