Chapter 6

Romance Series 5912

Dua hari yang lalu, Lemuella sudah sampai di Sarawak dan menyelesaikan pendaftarannya di Curtin University of Technology, Sarawak. Dia tidak berjaya diterima masuk ke UNIMAS tetapi diterima di Curtin University. Hari ini merupakan hari pertama bergelar pelajar di universiti ini. Terasa masih gementar kerana berada di tempat yang sangat asing baginya. Serasa sangat kerdil di depan orang-orang yang langsung tidak dikenalinya. Sedang sibuk dia memandang bangunan yang tersergam indah itu, tiba-tiba sebuah motorsikal berjenama Kawasaki membunyikan hon dan hampir melanggar Lemuella.
“Aarghhh”, bergema jeritan Lemuella. Dia menutup mata dan telinganya lalu terduduk di kawasan parkir tersebut.
“Heh! Apasal kau berdiri di tengah jalan hah?”, marah lelaki tersebut tanpa rasa bersalah. Lemuella bangun dan memandang lelaki tersebut dengan pandangan tajam.
“Kaulah apasal? Buta erk? Tak nampakkah orang kat tepi dah ni”, tempelak Lemuella. Dia menyapu baju kurungnya yang terkena dek kotoran yang terkena sewaktu terduduk tadi.
“Hekeleh… Marah kita pula. Dah nampak ini parkir kau kat tepi ke kat tengah ke sama ja namanya parkir. Parkir ni kosong doh, tentulah orang boleh park kat sini”, marah lelaki itu lagi.
“Dah tahu ini parkir dah kenapa bawa motor laju-laju? Lagipun banyak lagi kot parkir kosong yang lain yang takde orang berdiri”, balas Lemuella sedaya upaya untuk bertenang. Lelaki tersebut mati kata dan Lemuella terus meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga sendirian.

LEMUELLA berjalan dengan hati yang bengkak menuju ke dewan orientasi sambil tangan sibuk menekan mesej di aplikasi whatsapp untuk memberitahu cerita tadi di groupchat Gorgeous-gorgeous Girl. Tiba-tiba dia terlanggar seorang perempuan yang hampir sama tinggi dengannya.
“Eh sorry sorry… Saya inda sengaja”, gadis yang berbahasa dengan loghat Sabah itu meminta maaf.
“Takpe-takpe… I yang salah. Minta maaf ya”, ucap Lemuella. ‘Orang Sabah memang beginikah? Orang lain yang salah dia yang minta maaf’, bisik hati kecil Lemuella.
“Inda apa. Kamu student barukah di sini?”, tanya gadis tersebut.
“You tanya I ke?”, pertanyaan dibalas dengan soalan juga.
“Ya”,
“Oh… Ya. I student baru kat sini”,
“By the way, apa nama you? Nama I Lemuella Luthfia tapi boleh panggil Fia ja”, Lemuella memperkenalkan dirinya dengan mesra.
“Nama saya Ilanit Afra. Kamu ambil course apa?”,
“Architecture Engineering”, jawab Lemuella. Ilanit mengangguk. Mereka berjalan beriringan menuju je dewan orientasi.
“Lupa pula nak tanya. You ambil course apa?”, tanya Lemuella. Baru teringat tentang itu sejurus memecah kesunyian.
“Samalah macam kau”, jawabnya.
“Wow! Baguslah. We should be friend”, saran Lemuella tanpa berfikir panjang.
“Can bah”, Ilanit bersetuju. Bersyukur mendapat teman pada hari pertama bergelar pelajar.

Here's the extra chapter for you guys . Stay tune for the next update . Thank you for your support and thank you in advance for the donation . Hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience