Chapter 1

Romance Series 5912

Suasana di kelas tingkatan 5 Al-Hassan hingar-bingar dengan suara pelajar yang bercerita sesama sendiri. Ada daripada mereka sedang belajar dan ada juga daripadanya sedang bermain-main terutamanya pelajar lelaki. Walaupun umur mereka sudah mencecah 17 tahun namun mereka masih mempunyai fikiran yang belum matang. Di salah satu sudut yang berada di bahagian paling belakang kelihatan 5 orang pelajar yang sedang galak bergosip sambil ketawa terbahak-bahak. 5 orang remaja ini memang sangat dikenali kerana kenakalan mereka namun mereka tetap menjadi pelajar cemerlang setiap tahun. Salah satu daripada mereka bernama Carlissa Dariyah. Dia merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Ahli mereka yang kedua ialah Ivanna Irdina. Dia merupakan seorang yang sangat keras kepala dan merupakan anak ketiga daripada 5 adik beradik. Ahli mereka yang ketiga bernama Juanlita Jawhara. Dia sangat rendah jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain dan dia merupakan anak tunggal. Ahli mereka yang keempat ialah Lemuella Luthfia. Dia merupakan anak bongsu daripada 4 adik-beradiknya. Lemuella Luthfia sangat rapat dengan Serafina Syazani berbanding dengan ahli-ahli mereka yang lain. Serafina adalah orang yang paling sombong di dalam kumpulan itu kerana dia yang terpandai dalam tingkatan. Dia juga anak bongsu dari 3 orang adik-beradik.

KRINGGGGG… Bunyi loceng menunjukkan waktu persekolahan telah tamat. Ivanna Irdina jalan beriringan dengan kekasihnya yang baru. Ivanna memang seorang yang boleh dikatakan ‘playgirl’ di sekolah itu. Walaupun dia tidak mempunyai kekasih yang banyak dalam satu masa namun dia tidak pernah bercinta dengan seseorang lelaki lebih dari setahun. Paling lama pun hanya 2 bulan sahaja.
“You, lepas ni kita nak ke mana?”, tanya Ivanna.
“Dina ada nak pergi ke mana-manakah lepas ni?”, tanya Dizam.
“Yalah… I boringlah asyik terperuk jer kat rumah. Bukan ada apa yang nak buat”, rungut Ivanna dengan rengekkan manja.
“Ermm… Mak ayah Dina tak marahkah?”, tanya Dizam lagi. Bimbang jika ada apa-apa yang boleh membuatkan dia dipersalahkan.
“Takpe, mereka dah biasa dengan perangai I. Yang penting tak mengganggu pelajaran”,
“Baiklah. Apa kata kita pergi makan. I’ll treat you to a fancy restaurant in town”, ajak Dizam. Maklumlah orang berkemampuan.

Please continue to support and don't forget to leave your comment on how do think about this chapter. Thank you ^⁠_⁠^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience