SEMINGGU KEMUDIAN...
PRANG!!
Terhinggut bahu Lily bila pinggan yang berisi makanan dilemparkan oleh Nicholas ke atas lantai.
"Kau ni reti masak ke tak hah, Lily..." Jerkah Nicholas dengan mata membuntang ke arah Lily yang menikus di hadapan nya.
"Kau tau tak... Makanan yang kau masak ni... Langsung takde rasa... Tawar, tak sedap!" Cemuh Nicholas lagi.
Lily hanya menikus bila suara petir Nicholas mula bergema!
Hati Nicholas semakin mendidih bila melihat kebisuan Lily ini.
Pantas tali pinggang yang melilit di pinggang di buka.
Lily yang melihat tingkah Nicholas sudah tidak keruan!
Kakinya sudah mula mengundur ke belakang.
Belum sempat dia mahu melarikan diri dari situ, tangan kekar Nicholas berjaya menyauk rambut nya dan terus tubuh kecil gadis itu di hempas ke atas lantai!
Tanpa tertangguh, tubuh si gadis di libas dengan tali pinggang.
"Arghhh!!! Ampun kan saya, Encik! Ampunkan saya!" Jerit Lily bila libasan demi libasan tali pinggang milik Nicholas mengenai tubuh kurusnya.
Nicholas tidak menghiraukan.
Dia terus membahan batang tubuh Lily dengan lebih ghairah lagi walaupun jerit pekik kesakitan gadis itu bergema serata vila ini!
Itu tidak seberapa jika di bandingkan dengan perbuatan gadis itu pada Lyla lima tahun lepas!
Jerit pekik Lily sudah mulai kendur dan hanya tangisan sahaja yang kedengaran saat ini!
Ya Tuhan! Tolonglah! Tolonglah selamatkan nyawa gadis ini dari sikap kejam dan rakus lelaki bernama Nicholas ini!
Nicholas menghentikan libasan nya bila melihat Lily sudah diam tidak berkutik! Hanya gigilan tubuh gadis ini sahaja yang menyatakan yang gadis ini masih bernyawa!
"Bernard!!!" Panggil Nicholas pada orang kanannya.
Seketika kemudian muncul seorang lelaki bersut segak di hadapan nya.
"Ya bos..."
"Kau bawak perempuan ni masuk bilik belakang sana... Aku tak nak darah busuk dia kotorkan lantai ni..." Arah Nicholas pada pada orang bawahannya.
Lily yang sudah separuh lunyai di kerja kan olehnya tadi di pandang jelek! Kesan luka akibat libasan di badan gadis itu juga turut di pandang jelek!
Bernard mengangguk mengerti sebelum tubuh longlai Lily yang terbaring di atas lantai di paut sebelum di gendong menuju ke arah bilik belakang.
Nicholas hanya memandang tanpa bersalah saja melihat Lily yang terkulai lemah dalam dakapan Bernard. Dia dengan riak selamba memasang kembali tali pinggang ke pinggang seluar slacknya!
Hilang kelibat Bernard, muncul pula Alex kelibat dengan wajah bengisnya!
Tanpa amaran, wajah tampan milik Nicholas menjadi habuan penumbuk nya!
Bukk!!
Hampir tersungkur Nicholas akibat penangan padu sahabatnya ini.
"Kau dah kenapa hah gila sampai bantai muka aku?" Maki Nicholas sambil mengelap tepi bibirnya.
"Aku ke kau yang dah gila Nick! Hei... Nick! Kau dah hilang akal ke hah sampai bantai Lily macam tu sekali!" Jerkah Alex.
Mana agaknya si Nick ni letak otak dia sehingga memperlakukan Lily dengan sebegitu rupa!
Bukan dia tak dengar teriakan kesakitan Lily tadi!
Dia ingin menolong tetapi hasratnya di sekat oleh Nicholas sendiri!.
Dia tidak mampu untuk melawan Nicholas bila lelaki itu telah menggugut dia dan keluarganya seminggu yang lepas!
"Aku? Hilang akal? Nonsense bro!" Jawab Nicholas dengan gelak kecilnya.
Kotak rokok jenama mewah yang berada di atas meja makan di capai. Sebatang rokok di keluarkan dari bekas. Poket di seluk untuk mengambil pemetik api.
Rokok di sua ke arah bibirnya!
Api dinyalakan di hujung rokok!
Seketika kemudian, berkepul - kepul asap keluar dari celah rongga hidung dan mulutnya!
"Aku merayu dekat kau sebagai sahabat kau, Nick! Tolong lepaskan Lily Nick! Jangan seksa dia macam ni!" Untuk sekalian kalinya, Alex merayu lagi pada Nicholas!
Tapi sayang!
Rayuan sahabat nya ini langsung tidak berbekas pada hatinya yang keras seperti batu ini!
"No... Aku tak kan lepaskan dia macam tu aje! Takkan aku nak lepaskan orang yang dah musnahkan dan hancurkan orang yang aku sayang dulu!" Nicholas tetap dengan pendiriannya!
"Please Nick! Kalau kau ada rasa perikemanusiaan tu... Tolong lepaskan dia!" Tak sudah - sudah Alex merayu pada Nicholas!
Mendengus keras Nicholas saat mendengar rayuan Alex ini!
"Kau tak reti bahasa ke hah, Lex! Kalau aku dah tawan dia... Maknanya aku tak kan lepaskan dia... Understand?" Mencerlang tajam matanya memandang Alex yang berdiri setara dengan dirinya.
"Kau dah jauh berubah Nick! Aku harap... Kau akan menyesal apa yang kau dah buat dekat Lily! Kau akan menyesal nanti!"
Tergelak besar Nicholas saat mendengar ayat Alex itu! Serasa mengeletek Ulu hati nya!
"Menyesal kata kau! Eh, Lex! Kau dengar sini! Aku takkan sesekali menyesal apa yang aku dah buat dekat perempuan tu sekarang... Dan satu lagi... Aku warning dekat kau... Jangan pernah masuk campur lagi berkaitan aku dengan perempuan tu! Kalau kau cuba nak masuk campur lagi... Aku tak jamin apa yang akan terjadi dekat kau dan family kau nanti... " Ugut Nicholas dengan selamba.
Matanya mula mengarah pada orang bawahan nya untuk membawa keluar tubuh Alex keluar dari situ.
Orang bawahannya pantas mengangguk mengerti sebelum tubuh Alex yang berada di hadapan Nicholas di bawa keluar dari situ.
Alex menepis kasar tangan anak - anak buah Nicholas memegang Tubuhnya.
"Aku boleh keluar sendiri lah!" Marah Alex bersama jelingan tajamnya pada orang bawahan Alex ini.
"Aku harap... Kau ubah pendirian kau Nick sebelum terlambat... Aku tak nak sahabat aku jauh terpesong... Dan... Apa yang terjadi pada arwah Lyla lima tahun lepas... Kau patut cari penyebab nya... Dan bukan percaya bulat - bulat pada apa yang kau dah tengok dan dengar... "Usai berkata, Alex terus berlalu pergi dari situ.
Tak guna lagi dia hendak menasihati hati lelaki beku ini!
Maafkan saya, Lily! Saya janji... Saya akan cari kebenaran untuk awak dan lepaskan awak dari cengkaman lelaki yang tidak berperikemanusiaan seperti Nicholas ini! Bisik Alex di dalam hati.
Selebihnya... Dia khuatir akan keselamatan ahli keluarganya!
Sebaik sahaja mendengar ugutan Nicholas tadi... Dia tahu yang lelaki itu akan mengotakan apa yang di ucapkan!
Kerana...
Nicholas bukan sembarangan orang!
Nicholas adalah seorang BEKAS MAFIA!
Share this novel