BAB 12

Romance Series 1727

SEHARIAN LILY BERKURUNG DI DALAM BILIK.

Lily mengambil cuti kerana mngalami sakit kepala yang amat sangat!

Dan sekarang, dia masih lagi berlingkar di atas katil.

Panggilan Nek Di dari semalam langsung tak di endah. Malah makanan dan minum an yang di buat oleh Nek Di juga langsung tak di usik. Naik risau Nek Di dibuatnya.

Nak call Janny, sahabat cucunya itu masih dalam waktu kerja. Tak boleh keluar sesuka hati.

Nak tak nak, Nek Di terpaksa juga tunggu Janna sehingga waktu petang nanti.

MENJELANG PETANG, BARULAH kelibat Janny mula kelihatan.

"Lily masih berkurung dalam bilik dia lagi ke, Nek Di?" Soal Janny sebaik sahaja berada di ruang tamu rumah papan milik nenek Lily ini.

Nek Di mengangguk perlahan.

"Sejak dari bila dia masuk berkurung, Nek Di?"

"Sejak dari malam tadi, Janny... Nek Di pun naik hairan bila tengok Rupa dia malam tadi... Bila Nek Di Tanya, dia buat tak reti aje... Terus dia menonong masuk macam tu aje ke dalam bilik..." Adu Nek Di lagi.

Reaksi cucunya malam tadi sungguh menyesak dadanya.

" Takpelah... Biar saya tengok kan Lily... Nek Di jangan risau ya... " Pujuk Janny perlahan.

Nek Di mengangguk lemah sebelum me minta diri untuk ke dapur.

Janny mengangguk perlahan sebelum dia melangkah perlahan menuju ke hadapan pintu bilik Lily.

Tangan nya mula naik mengetuk pintu bilik gadis itu.

" ILY... Aku datang ni..." Janny mula bersuara memanggil sahabatnya.

Dia mula menepuk telinga ke dada pintu.

Langsung tiada sahutan dari dalam.

Janny mengeluh perlahan sebelum tombola pintu di pulas.

Klik!!

Bunyi pintu bilik terbuka!

Fuh!! Nasib baik minah ni tak kunci pintu! Lega sikit hati dia! Pintu bilik di kuak dari luar.

Perlahan - lahan tubuh kecil moleknya di lolos masuk ke dalam bilik milik Lily ini.

Matanya mula meliar memandang sekitar bilik Lily ini sebelum be bola Matanya tertancap pada sekujur tubuh milik Lily yang sedang berbaring mengiring ke arah tingkap.

"Ily..." Janny memanggil nama Lily.

Laju aje kakinya di bawah menuju ke arah sahabatnya itu.

Lily tidak menjawab...

Dia hanya kekal dengan keadaan nya itu...

"ILY... Kau dah kenapa ni... Nek Di cakap... Kau langsung tak keluar bilik... Makan pun tak... Duduk macam ni aje... Kau ada masalah ke?" Soal Janny sebaik sahaja melabuhkan punggung di sisi Lily.

Malangnya... Lily masih lagi dalam keadaan begitu.

"ILY... Kau jangan lah macam ni... Susah hati kitorang tau tengok kau macam ni..."

Lily masih buat tak tahu sahaja dengan ayat sahabatnya itu.

Mendidih laju darah Janny melihat riak kosong sahabatnya ini. Dia bangkit dari sisi Lily terus melangkah ke hadapan gadis itu.

Tiba - tiba mata nya tertancap pada sesuatu seperti bingkai gambar dari dalam kotak yang berada di sisi sebelah kanan Lily. Pantas tangan nya mencapai bingkai gambar itu. Gambar itu pantas di tilik laju.

Lily yang melihat tingkah Janna itu pantas merampas laju bingkai gambar itu dari tangan sahabatnya.

"Apa semua ni, Ily? Gambar apa ni?" Tanya Janny dengan matanya tajam menikam wajah Lily.

Wajah Lily sudah mula tidak keruan bila melihat riak curiga sahabatnya itu.

"Kau tak perlu tahu apa yang kau tengok tadi... Aku nak kau keluar dari bilik aku sekarang!!" Tanpa mahu menjawab soalan dari rakannya, tubuh gadis yang agak lampai itu di tolak laju menuju ke arah pintu bilik.

"Apa ni, Lily... Kau dah kenapa?"

Lily masih lagi dengan riaknya tadi.

Tubuh Janny tetap di tolak melepasi alang pintu dan sebaik sahaja tubuh si Janna melepasi alang pintu, pintu pantas di tutup laju.

"Weh... Lily!!! Bukak pintu ni!! Apa sebenarnya yang dah jadi ni hah?? Kenapa kau jadi macam ni!! Cuba kau explain dekat aku!! Lily!! Lily!!" Panggil
Janny. Tangannya sudah mula bertalu - talu mengetuk pintu bilik sahabatnya itu.

"Janny... Kenapa ni? Ada apa yang riuh sangat ni?" Muncul Nek Di dalam keadaan tergesa - gesa dari arah dapur.

Wajah tegang sahabat cucunya itu di pandangn cemas.

"Nek Di... Janna tak tahu nak cakap apa lagi dengan Lily ni... Bila orang tanya... Langsung tak nak jawab... Dah tu... Dia boleh halau Janna macam ni pulak dari bilik dia..." Adu Janny tanpa segan silu.

Mengeluh lemah Nek Di mendengar aduan gadis ini.

"Takpelah, Janny... Tunggu dia sejuk dulu... Nanti baru kita cakap dengan dia balik..." Pujuk Nek Di. Tangan si gadis di capai lalu di bawa menuju ke arah dapur. Janna hanya membuntuti langkah nenek sahabatnya ini.

Fikiran nya masih lagi tertanya - tanya dengan gambar yang sempat di lihatnya tadi.

Dia mula menghidu sesuatu yang tidak enak...

Sesuatu yang di sembunyikan oleh Lily...

Apa yang gadis ini sembunyikan dari dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience