SEBUAH BUNGKUSAN yang tertulis alamat apartmen milik Denny telah sampai ke kediaman lelaki itu!
Kedua - dua lelaki ini saling berpandangan bila bungkusan itu berada di luar apartmen mereka.
Dayri memandang bungkusan itu dengan dahi berkerut, sementara Ramon menunduk sedikit untuk membaca alamat yang tertera di atasnya.
"Ini bukan nama kita," kata Denny, suaranya perlahan namun jelas.
Ramon mengangguk perlahan.
"Betul. Tapi ini alamat apartmen kita. Mungkin posmen tersilap."
Mereka berdua berdiri kaku seketika, tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Denny akhirnya melangkah ke hadapan dan mengangkat bungkusan itu dengan hati-hati. Ia terasa sedikit ringan, dan balutannya kelihatan agak lusuh, seolah-olah sudah melalui perjalanan yang panjang.
"Kita patut bukak ke?" tanya Denny, nada suaranya ragu-ragu.
Ramon menggeleng, langkahnya melangkah masuk ke dalam apartmen.
"Tak boleh. Itu melanggar privasi. Kita patut hubungi penghantar atau pejabat pos."
Namun sebelum sempat mereka membuat keputusan, satu pesanan di kirim oleh seseorang melalui telefon pintar milik Denny. Denny membuka telefon nya lalu membaca pesanan itu,
" Itu adalah kebenaran tentang Lily dan dia bukan pembunuh Lyla... "
Berkerut dahi Denny membaca pesanan itu.
"Apsal bro?" Soal Ramon bila dilihat Denny masih khusyuk membaca sesuatu di telefon pintar nya. Denny tidak menjawab dan terus menghulurkan telefon nya pada Ramon. Ramon mengambil lalu membaca pesanan itu.
"Itu adalah kebenaran tentang Lily dan dia bukan pembunuh Lyla..." Membesar mata Ramon saat membaca pesanan itu.
Dia mengembalikan semula telefon milik pintar milik lelaki itu. Wajah Denny semakin gelisah sebelum kotak yang berada di hadapan mahu di buka. Tetapi pantas di halang oleh Ramon.
"Jangan... Mana tahu ada sesuatu dalam tu... Karang mahu kita berdua jadi arwah!" Halang Ramon. Bukan saja - saja dia menghalang tadi. Buatnya ada bom ke dalam kotak tu, sia - sia saja mati katak mereka berdua nanti!
"Kalau kita tak buka kotak ni, kita tak tahu apa isi dia... Dan kita tak tahu apa yang terjadi pada Lyla dulu..." Denny pula bersuara.
Tangan nya pantas membuka kotak tersebut. Ramon sudah berasa cemas. Kakinya automatik berundur ke belakang. Kotak telah pun di buka. Denny mengerut dahi bila melihat isi kotak itu. Kemudian, dia memaling wajah nya kepada Ramon pula. Ramon yang melihat reaksi Dayri itu sudah mula berasa hairan.
Dia perlahan - lahan mendekati sahabatnya itu. Isi di dalam kotak di jenguk sedikit. Dahinya juga ikut berkerut. Satu hardisk bersama pendrive?
"Apa benda ni?" Soalnya pada Denny.
Denny hanya menggeleng kepala sahaja tanda tidak tahu! Kedua - duanya di ambil dari kotak tersebut.
WAJAH KEDUA - DUA sudah berubah riak bila melihat satu rakaman dari hardisk dan pendrive yang di pasang pada komputer riba.
Jelas sekali yang Lily tidak bersalah dalam kes kematian Lyla! Dan rakaman ini adalah buktinya! Seseorang dengan sengaja ingin memanipulasi persahabatan antara mereka berempat sehingga persahabatan dua dari mereka telah menjadi tegang!
"Syukur kalau Lily tak bersalah... Aku yakin dari dulu lagi... Yang dia takde kena mengena dalam kematian Lyla..." Ucap Ramon dengan penuh syukur. Tapi tidak pada Denny!
Wajah sudah berubah murung bila mengetahui akan kebenaran sebenar! Rasa bersalah mencengkam hatinya! Hardisk bersama pendrive di capai.
"Kau nak pergi mana tu, Den?" Soal Ramon bila melihat tingkah kelam kabut sahabatnya itu.
"Aku nak jumpa Nick! Aku nak bagi dia benda ni... Dan kalau dia tengok benda ni... Aku harap dia lepaskan Lily..." Ujar Denny dengan nada penuh rasa bersalah!
Ya... Angkara dia, Lily menjadi mangsa Nicholas! Dan tidak mahu ambil tahu jika Lily berada dalam tangan lelaki itu! Nicholas terlalu kejam! Dia berharap sangat kalau lelaki itu melihat dua benda ini, Lily akan terlepas dari cengkaman nya!
"Aku ikut!" Putus Ramon.
Denny mengangguk memberi kebenaran sebelum kedua - dua nya keluar dari apartmen dan terus menuju ke villa milik Nicholas!
ALEX JUGA tidak terkecuali! Dia sudah awal - awal lagi menunggu kedua - dua nya di luar vila Nicholas! Sejak Ramon memberi tahunya lewat panggilan tadi, dia bergegas memandu kenderaan nya menuju ke sini. Dari kejauhan, silauan lampu kereta milik Denny mula mendekati Alex.
"Dah, jom..."
Ketiga - tiganya mula mendekati pintu pagar vila mewah Nicholas!
"NICK!!!" Perlahan - lahan Nicholas menuruni anak tangga bila namanya di seru oleh ketiga - tiga sahabatnya ini. Oh! Bekas sahabat! Bukan sahabat tapi bekas sahabat! Itu bagi Nicholas, kalau bagi Denny, Alex dan Ramon... Nicholas tetap masih lagi sahabat mereka!
" Ada apa korang datang memekak dekat rumah aku memalam buta ni?" Soal Nicholas dengan riak bersahaja.
"Aku ada benda untuk kau tengok... Dan bila kau dah tengok dua benda ni... Kau kena lepaskan Lily..."
Nicholas memandang mereka bertiga dengan kening terangkat, jelas menunjukkan dia tidak senang dengan kehadiran mereka. Wajahnya tetap tenang, tetapi matanya penuh dengan amaran.
"Lepaskan Lily? Apa maksud kau, Denny?" balas Nicholas dingin, suaranya sedikit bernada sinis.
"Kau ingat aku ni jenis yang ikut arahan orang macam tu aje ke?"
Dayri melangkah ke hadapan, mengeluarkan sebuah hardisk dan pendrive poketnya. Dia menunjukkan kedua - duanya pada Nicholas. Alex dan Ramon hanya berdiri di belakang, diam tetapi jelas cemas.
Nicholas memandang kedua - duanya itu tanpa berminat mahu menyambutnya.
"Apa benda ni? Video ke? Bukti baru lagi ke? Aku dah muak dengan drama korang."
"Bukan bukti baru, Nick," balas Denny, suaranya lebih tegas kali ini.
"Kau tengok sendiri. Kalau kau masih ada hati dan akal, kau akan faham kenapa kami datang hari ini."
Nicholas tetap mengeras di tempat nya dan kedua - dua benda yang berada di tangan Denny di pandang sepi.
"Aku tak berminat..." Jawab Nicholas dengan mudah.
"Kau kena tengok kebenarannya, Nick! Sampai bila kau nak kurung Lily hah, Nick! Dia tak bersalah!"
Tergelak besar Nicholas saat mendengar ayat Denny itu. Terasa gegendang telinga nya di geletek saat ini.
"Kau nak aku lepaskan perempuan itu... Jangan harap! Siapa yang perangkap dia masuk dalam sangkar ciptaan aku dulu? Kau kan... Jadi... Adillah... Kau pancing dia... Aku pasang perangkap... Fair and square, right?" Berdesing telinga Denny mendengar ayat kurang ajar dari mulut Nicholas ini.
Dia mahu mara ke arah Nicholas tetapi pantas di halang oleh Alex dan Ramon.
"Kau memang lelaki tak guna lah, Nick!".
Nicholas hanya tergelak sinis sahaja.
"Siapa yang tak guna? Kau atau aku? Kau lagi tak guna dari aku... Kalau kau tu suci sangat... Benda ni takkan terjadi..." Ujar Nicholas dengan nada separuh berbisik pada Denny.
Denny menggenggam erat kedua-dua benda di tangannya, menahan diri daripada melemparnya ke wajah Nicholas. Nafasnya semakin memberat, namun dia cuba mengawal emosinya. Kata-kata Nicholas seperti pisau tajam yang menikam hati, mencabar kesabarannya.
"Jangan sampai aku hilang sabar, Nick. Aku datang sini bukan untuk bergaduh. Aku datang untuk selesaikan masalah." Suara Denny menegang, namun masih terkawal.
Nicholas mengangkat kening, masih dengan senyuman sinis di wajahnya.
"Selesaikan masalah? Kau nak selesaikan masalah dengan dia? Jangan mimpi. Lily akan kekal dalam sangkar tu sampai aku puas hati. Dia mungkin tak bersalah, tapi dia pilihan kau, Denny. Pilihan yang salah."
Alex dan Ramon yang berdiri di sisi Dayri dapat merasakan ketegangan yang semakin memuncak. Alex menepuk bahu Denny perlahan, cuba menenangkan sahabatnya.
"Denny, ini bukan masanya untuk emosional. Kau tahu apa yang kau kena buat." Alex berkata perlahan tetapi tegas.
Namun, Denny tidak dapat mengelak dari menatap mata Nicholas yang penuh kepuasan itu.
"Kau fikir kau dah menang, Nick? Kau fikir aku akan biarkan semua ini berakhir dengan cara kau?"
Nicholas menjongket bahu, memandang Denny dengan riak malas.
"Kau nak buat apa pun, Denny, buatlah. Tapi ingat, setiap langkah kau, aku dah jangka. Jangan cuba main permainan yang kau sendiri tak tahu aturannya."
"Permainan ni belum berakhir," balas Denny dengan nada dingin. Dia berundur selangkah sebelum berpaling, meninggalkan Nicholas dengan kemarahan yang mula menyala dalam hatinya.
Alex mengambil kedua - dua benda itu dari tangan Denny dan terus melempar kan ke kaki Nicholas.
"Aku harap... Kau gunakan akal waras kau untuk tengok kebenaran ni..." Usai berkata, Alex terus berlalu pergi dari situ mengikuti langkah kedua - dua sahabatnya yang sudah berada di hadapan.
Mendongkol geram Nicholas reaksi Denny tadi... Lebih - lebih lagi reaksi Alex!
Matanya kembali fokus pada kedua - dua barang yang berada di tepi kakinya.
Adakah Lily akan terlepas dari 'sangkar ciptaan' Nicholas jika lelaki ini melihat kebenaran ini?
Haraplah lily terlepas kali ini
Share this novel