DI SATU KAWASAN VILA TUA DI KAWASAN PEDALAMAN...
SUASANA PAGI YANG DINGIN ITU langsung tidak menganggu tumpuan Lily yang sedang menyiapkan pakaian Nicholas.
Ya.. Sejak tiga bulan yang lalu, Nicholas telah membawa pergi Lily dari vila lamanya dan terus menetap di satu vila tua kepunyaan mendiang bapanya yang terletak jauh di pedalaman dan sekitarnya hampir di keliling kawasan hutan. Walaupun sudah menawan Lily hampir tiga bulan lamanya.. Tidak bermakna sifat dan sikap kejamnya pada Lily berkurangan.
Tidak! Lily sentiasa menjadi mangsa kejamnya walaupun kesalahan yang di lakukan oleh gadis itu amatlah kecil. Bukan mental gadis itu saja menjadi mangsanya, fizikal gadis itu juga turut dijadikan mangsa bila kemahuan nya langsung tidak dituruti oleh gadis ini!
Kedengaran pintu bilik mandi di buka dari dalam. Dan ketika itu Lily sudah pun selesai dengan tugas nya. Pantas lily menundukkan kepalanya bila Nicholas keluar dengan hanya sehelai tuala yang melingkar di pinggangnya. Dada bidang lelaki itu terserlah pada pandangan matanya.
"Pakaian aku kau dah siapa kan belum?" Soal Nicholas dengan suara yang dingin. Lebihan tuala yang tersangkut pada penyidai di capai sebelum di gosok ke arah rambutnya yang basah.
"Dah.." Jawab Lily dengan suara yang hampir tidak kedengaran!
"Apa? Aku tak dengarlah!"
"Dah, Tuan... Saya dah siapkan." Balas Lily lagi. Kali ini dengan nada suara yang lebih kuat. Nicholas hanya menjeling sahaja ke arah Lily yang masih membatu dan menunduk itu. Dia mencapai seluar slack di atas katil sebelum di sarung selamba di hadapan Lily. Makin menunduk ke bawah kepala Lily melihat tingkah selamba Nicholas ini. Nicholas yang melihat tundukkan Lily melalui cermin di hadapan nya hanya tersenyum sinis sahaja.
"Kau tunduk tu buat apa? Nak jaga pandangan kau dekat aku ke? Tak payah lah nak buat muka suci sangat! Benci tau aku tengok nya!" Tanpa sebarang amaran, Lily yang berada di belakang nya di sembur! Lily hanya mampu menikus sahaja! Masih tidak berani untuk menentang pandangan mata lelaki dingin dan kejam ini!
"Stupid!" Cemuh Nicholas lagi sebelum menyarung kemeja biru gelap ke tubuh nya yang sasa. Tanpa membutangkan kemejanya, dia mencapai pula botol perfume sebelum di sembur ke serata tubuhnya. Dan bau wangian itu terus menusuk ke dalam lubang hidung Lily.
Serta merta Lily menekup hidung dan mulut nya saat bau wangian milik Nicholas menerobos masuk lubang hidungnya. Perut nya mula bergelojak dan rasa mual mula terasa.
Nicholas masih lagi menyembur perfume ke tubuh nya lagi. Dan ini menyebabkan Lily sudah tidak tertahan lagi.
"Uwerkk!!" Bunyi seperti orang mahu muntah menarik perhatian Nicholas yang sedang asyik dengan botol wangiannya.
"Kau dah kenapa?" Soal Nicholas dengan riak dingin ke arah Lily.
Lily tidak mampu menjawab soalan Nicholas. Kakinya secara automatik melangkah laju keluar dari bilik mewah lelaki ini. Dia sudah tidak mampu bertahan. Tekaknya sudah mampu menampung beban lagi. Bergegas dia menuruni tangga dan terus menuju ke arah bilik air yang terletak bersebelahan dengan biliknya di belakang dapur.
"Uwerrkk!!" Tanpa tertangguh, dia terus memuntahkan semuanya ke singki! Habis singki putih itu tercemar dengan muntahnya! Berkali - kali dia memuntahkan isi perut sehingga dia tiada tenaga lagi. Pili air di buka. Berderu air keluar membasuh muntahnya tadi. Dia menadah mulut ke arah pili air sebelum di kumur berkali - kali sehingga tiada lagi sisa muntah yang melekat di dalam mulutnya. Dia membersihkan kawasan singki sehingga bersih. Setelah kesemua nya telah bersih, baru pili air di tutup.
"Kau mengandung kan?" Suara garau milik Nicholas di hadapan pintu bilik air menyentak dirinya.
"Aku tanya kau ni.. Kau mengandung ke hah?"
"Tak Tuan... Saya tak mengandung! Saya cuma salah makan aje!" Nafi Lily. Kepalanya di geleng berulang kali!
Nicholas hanya diam memandang tajam riak gelisah dan pucat milik Lily itu.
Telefon pintar yang berada di poket di seluk. Nombor Bernard di dail.
"Aku nak kau bawak doktor peribadi aku datang ke rumah ni sekarang! Aku nak dia pastikan sesuatu! Faham?" Arah Nicholas sebelum talian diputuskan serta merta.
Tubuh kaku Lily berdiri membatu di hadapan nya di tarik kasar sebelum di heret menuju ke tingkat atas semula.
"Tuan... Sakit Tuan... Jangan buat saya macam ni!" Rayu Lily pada Nicholas. Sakit lengannya bila di tarik secara kasar oleh lelaki ini.
Nicholas tidak menghiraukan rayuan gadis itu!
Tubuh gadis itu tetap di tarik dan diheret menuju ke arah biliknya.
Aduhai!
Apalagi yang akan terjadi pada Lily nanti!
Lily mengandung ke? Aduhai... Kesiannya...
Share this novel