BAB 15

Romance Series 1727

"WHAT??? KAU DAH GILA KE HAH Den??" Hampir melengking suara Ramon sebaik sahaja mendengar ayat yang di ucapkan oleh sahabatnya ini.

Denny sudah menggaru lubang telinga bila suara lengkingan Ramon menusuk ke lubang telinganya.

"Boleh tak kau perlahan kan volume suara kau tu... Sakit tau tak telinga aku!" Marah Dayri dengan riak wajah cemberut.

Alah... Tak payah nak layan cemberut si Denny ni... Sekarang... Kita fokus pada riak wajah si Ramon ni pulak...

Mencerlang tajam mata Ramon mendengar ayat si Denny ni!

" Kau tau tak... Apa yang kau buat ni salah, Den... Salah..." Ujar Ramon dengan nafas menahan amarah.

"Apa yang salah nya... Cuba bagitau aku..." Balas Denny pula. Dia sudah bangun dari tempat duduknya dan berdiri setara dengan Ramon yang sedang bercekak pinggang menghadap dirinya.

"Kau dah hantar apa yang tak sepatutnya dekat Nick! Kau tau kan yang Nick tu macam mana! Dan orang yang kau buat tu adalah Lily... Lily tau tak!" Sekali lagi suara Ramon melengking.

Denny hanya ketawa mengekek sahaja bila nama Lily meniti di bibir sahabatnya ini!

" Biarlah... Biar padan dengan muka perempuan tu!!"

Terus kolar baju kemeja yang Denny di cekau kasar!

"Kau padan kan muka budak tu, Den... Eh, Den... Mana kau letak kepala otak kau ni hah, Den... Kau tau tak... Apa yang kau buat ni boleh jahanamkan hidup budak tu!!" Tengking Ramon!

Muka nya sudah merah menahan marah dengan ulah yang dicipta oleh si Denny ini!

Tangan Ramon yang mencekau kolar kemeja naya di tepis kasar.

" Tak kisah lah... Apa tanggapan kau dekat aku sekarang... Yang penting... Budak tu dapat balasan... Setimpal apa yang dia dah buat dekat arwah Lyla dulu..." Usai berkata, dia terus berlalu pergi dari situ.

Meninggalkan Ramon yang masih dengan amarah nya.

Malah panggilan Ramon juga tidak dihiraukan!

Ramon meraup mukanya dengan kasar bila kelibat Denny hilang dari pandangan!

'Denny... Aku harap kau akan menyesal bila kau buat macam ni dekat Lily!!'

Deram Ramon dengan amarah yang masih lagi menjulang tinggi!

"BETUL KE KAMU tak nak ikut nenek balik kampung ni..." Soal Nek Di sebaik sahaja selesai meletakkan bagasi ke dalam bonet kereta.

"Tak... Lagipun... ILY nak cari kerja baru nanti... Dah janji dengan Janny..." Ujar lily separa bohong pada neneknya...

Bab cari kerja tu memang betul... Bab janji dengan Janny tu... Dia berbohong sebenarnya... Entah apa Lily tidak mahu memberitahu hal sebenar pada neneknya... Kenapa perlu sampai berbohong begitu sekali...

"Hmm... Yelah... Nenek pergi dulu... Jaga kesihatan... Jangan nak merayau tak tentu hala pulak..."Nasihat Nek Di pada cucunya ini. Itu sahaja yang mampu dia nasihat. Selebihnya... Biar Lily berfikir sendiri... Dah besar kan.

Lily seperti teringat akan sesuatu!

"Kejap... Nenek ada bawak ubat nenek sekali tak..." Soal dengan sedikit gabra.Jelas sekali riak kerisauan di wajah nya saat ini.

"Jangan risau... Nenek ada bawak... Kamu ni... Risau melebih sangat... Dah... Nenek gerak dulu..." Balas Nek Di semula.

Mengeluh lega Lily bila mengetahui yang neneknya membawa sekali ubatnya.

Sejak di beritahu mengalami masalah berkaitan jantung, Nek Di di nasihatkan untuk menghentikan aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan. Dan sejak dari itu, Nek Di lebih selesa berada di rumah saja. Dengan duit pencen nya sebagai seorang bekas guru... Tidak sukar untuk menghidupi diri nya dengan Lily.

Nek Di terus masuk ke dalam perut kereta yang di sewanya.

"Nenek pergi dulu... Jaga diri kamu tau... Lagi seminggu nenek balik semula ke sini..." Pesan Nek Di lagi.

"Yelah... Ily tahu Nek..." Lily menjawab juga walaupun sudah berulang kali nenek nya itu berpesan pada dirinya.

Usai berkata, kenderaan yang membawa nenek nya mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah papan milik mereka ini.

Lama dia merenung kenderaan yang sudah menjauh itu sebelum berpaling untuk masuk ke dalam rumah semula.

Dia tidak sedar yang kelakuan nya itu menjadi tatapan mata helang Nicholas yang sejak tadi memerhati rumahnya.

Kau masih lagi berlagak tenang ya, LILY!

Kau tunggu nasib kau malam ni macam mana!!!

Kau akan aku buat tawanan dalam sangkar ciptaan aku!! Desis Nicholas sebelum enjin kereta di hidupkan.

Stereng dipulas sebelum kereta yang dipandu keluar dari kawasan tersebut!

Lily... Sangkar ciptaan kejam Nick sudah mula melangkah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience