BAB 38

Mature Content Series 11143

"SHE' S PREGNANT..."

Makin tegang wajah Nicholas saat mendengar ayat doktor peribadi nya itu.

"Aku harap kau jagalah dia... Jangan buat yang macam - macam... Sebab keadaan ibu hamil ni tak sama macam orang lain!" Nasihat Doktor Erdy, doktor peribadi Nicholas merangkap sahabat lelaki itu semasa zaman universiti. Nicholas hanya mendiamkan diri sahaja.

"Okaylah... Kalau takde apa - apa lagi... Aku blah dulu... Ingat pesan aku... Jangan buat melampaui batas!" Bisiknya perlahan. Bahu Nicholas di tepuk perlahan sebelum dia berlalu dari ruang bilik itu. Lily yang sedang duduk menunduk di sisi katil hanya di kerling sekilas. Timbul juga rasa kasihan pada gadis ini. Tetapi dia tidak mampu untuk berbuat apa - apa kerana Nicholas adalah orang yang sangat berkuasa. Lelaki itu mampu menghancurkan karier nya sebagai seorang doktor kalau dia campur tangan walaupun dia sahabat lelaki ini! Lihatlah pada keadaan Denny, Alex dan Ramon sekarang! Itulah contoh yang berani melawan dan menentang pengaruh lelaki berhati dingin dan kejam ini!

"Kau mengandung tetapi kau langsung tak bagitau aku?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Nicholas selepas dia mendiamkan diri hampir 5 minit tadi.

Lily hanya mampu menunduk sahaja tanpa niat mahu menjawab soalan lelaki ini.

Nicholas mula menyinga!

Rambut ikal milik Lily di tarik sebelum tubuh kurus dan kecil gadis itu di bawa menuju ke arah bilik mandi.

"Tuan... Jangan Tuan!! Sakit Tuan!! Sakit!!" Jeritan kecil mula kedengaran. Nicholas tidak mengendahkan jeritan gadis ini. Tubuh kecil Lily di tolak kasar ke arah tepi tab mandi sebelum pili air di buka!

Mengaduh kecil Lily bila bahu nya terkena tab mandi. Tetapi itu tidak lama. Rambut ikal dan lebat milik Lily kembali di tarik sebelum di benam wajah gadis itu ke dalam air!

Lily sudah meronta - ronta mahu melepaskan diri! Hidung nay terasa perit bila air mula menerobos masuk ke dalam! Rambut Lily di cengkam sebelum wajah gadis itu di angkat dari permukaan air!

Tercungap - cungap gadis itu mencari nafas!

"Ubat aku bagi tu kau tak makan ke hah sampai kau boleh mengandung macam ni?" Jerkah Nicholas lagi. Lily tidak mampu menjawab. Hanya rintihan sahaja yang kedengaran! Rambut Lily di cengkam lagi sebelum wajah gadis itu di benam sekali lagi ke dalam tab mandi. Sekali lagi Lily mula meronta - ronta mahu melepaskan diri! Rambut gadis itu di tarik kembali! Wajah Lily yang tercungap - cungap mencari nafas untuk kali kedua di perhati! Senyuman sinis nya kembali bergayut di bibir sebelum wajah Lily ingin di benam kan buat kali ketiga! Tingkah nya untuk 'mendera' Lily terhenti bila pintu utama kamar nya di ketuk dari luar.

"Bos! Ada orang nak jumpa!" Suara garau milik Bernard bergema di dari luar kamarnya.

Nicholas melepaskan Lily di tepi tab mandi sebelum melangkah keluar dari bilik mandi dan terus menuju ke arah pintu kamar. Pintu kamar di buka dari dalam!

"Siapa?" Wajah dingin dan tegang milik Nicholas menyapa Bernard.

"Cik Jiavarry..." Beritahu Bernard dengan menunduk hormat pada Nicholas.

Nicholas mendengus saat nama itu meniti di bibir Bernard.

Apahal pulak si perempuan tua ni nak jumpa dia? Tak pernah - pernah jumpa dia sejak menyerahkan syarikat peninggalan arwah bapa Nicholas dulu. Alih - alih sekarang, munculkan diri semula!

"Kau pergi uruskan perempuan tu dulu.. Aku turun kebawah!" Usai memberi arahan pada Bernard, Nicholas terus keluar dari kamarnya dan terus menuju ke tingkat bawah. Bernard hanya mengangguk mengerti sebelum melangkah masuk ke dalam kamar lelaki ini untuk melihat keadaan Lily seperti mana yang di arahkan oleh Nicholas tadi.

DERAP LANGKAH NICHOLAS dari tingkat atas menghentikan tingkah seorang wanita berusia lewat 40 - an yang sedang leka bermain telefon pintar terhenti. Dia lantas berpaling sebelum tersungging senyuman di bibir merah nya melihat wajah beku milik Nicholas menghampiri dirinya.

"Hello... My darling... I miss you so much!" Ujar Jiavarry dengan nada yang penuh kerinduan. Nicholas yang melihat telatah Jiavarry itu sudah menjeling menyampah sebelum menghenyakkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan wanita ini.

"Ada apa Untie datang nak jumpa I ni?" Soal Nicholas tanpa berbahasa basi.

Wait.. Wait... Untie?

Kenapa Nick panggil wanita ini dengan panggilan untie?

Oh ya... Jiavarry Stan adalah adik perempuan kepada bapa Nicholas, Tuan Javier Stan. Semasa remaja lagi, Jiavarry membesar di luar negara dan kurang bergaul dengan abangnya... Apatah lagi anak saudaranya ini! Sebab Jiavarry langsung tidak menyukai apa yang di lakukan oleh abang dan anak saudara nya ini berkaitan dengan dunia mafia. Dunia wanita ini hanya lah berkaitan dengan butik sahaja. Tak lebih dari itu! Dan setelah kematian abang dan kakak ipar dalam kemalangan jalan raya 10 tahun lepas, dia secara terpaksa mengambil alih sementara syarikat abang kerana Nicholas belum bersedia lagi mahu memikul tanggungjawab itu! Dan setelah Nicholas bersedia mahu memikul tanggungjawab itu, dia melepaskan semua itu dengan mudah!

Dan sekarang, apa yang membuatkan dia berjumpa anak saudaranya ini.

"Heyy... Tak sopan sungguhlah you ni dengan untie you ni... You tak rindu dekat untie ke?" Soal Jiavarry dengan nada yang sengaja mahu mengusik Nicholas!

Reaksi Nicholas?

Hanya mencebik menyampah sahaja!

"Cakap saja apa yang untie nak jumpa I ni? Apa? Butik dah bankrap ke?" Perli Nicholas tanpa bertapis.

"Heyyy... Mulut you ni... Takde insurans sungguh!"

"Habis tu? Ada apa?"

"Relaks okay... Jangan marah macam ni..." Jiavarry menenangkan anak saudaranya. Dia mencapai fail di sebelah sebelum di letakkan cermat di hadapan Nicholas.

"Apa ni?" Soal Nicholas.

"You ambik dan baca... Nanti baru you tahu apa yang terisi dalam surat tu!" Ujar Jiavarry dengan selamba. Nicholas mengeluh keras sebelum fail itu di ambil dan di selak satu persatu. Wajah Nicholas berubah melihat helaian demi helaian isi kandungan fail yang di bawa itu!

"Apa ni untie?"

"Itu adalah surat dari semua ahli lembaga pengarah... I mean... Semua ketua kumpulan mafia di bawah mendiang daddy you..."

"So... Apa yang diorang nak dari I?" Sarkasik Nicholas menyoal.

"Naik taktha and then... Anak!"

"What's? Apa yang you mengarut ni untie? Taktha? Anak?"

Takhta? Anak? Apa benda yang si Jiavarry ni mengarut?

"You tahu kan Nick... Lepas Daddy you meninggal.. Takde siapa yang menggantikan tempat tu... Terutama sekali aset yang tersimpan dalam kumpulan dalam tu!" Terang Jiavarry.

"I tak berminat... Untie carilah orang kepercayaan Daddy.. Biar dia yang gantikan tempat daddy tu!" Balas Nicholas. Dia ingin bangun dari tempat duduknya sebelum suara Jiavarry mematikan tingkahnya.

"You kena gantikan jugak Nick! Yes.. Untie tak suka kalau you terlibat dengan semua ni... Dunia mafia kan... Siapa sahaja yang suka... Tapi kali ni untie kena bertegas jugak... Kalau you tak nak gantikan takhta sebagai pewaris Mafia Stan... At least... You jaga dulu aset yang mendiang mafia Stan simpan! " Ujar Jiavarry.

Ya... Sejujur nya... Seperti yang di nyatakan... Jiavarry memang tidak berminat dan langsung tidak menyukai ahli keluarganya terlibat dalam dunia mafia walaupun itu adalah turun temurun dari nenek moyang nya. Sebab itulah dia langsung tidak menamatkan zaman solo nya kerana tidak mahu bakal warisnya nanti terlibat seperti mendiang Tuan Jiaver Stan dan Nicholas! Tapi di sebabkan amanah yang di turunkan oleh mendiang abangnya buat Nicholas, dia terpaksa melibatkan diri juga!

"You tahu tak... Aset tu paling berharga dalam keturunan Stan.. And dengan adanya you... You boleh jaga aset dari pihak musuh!" Sambung Jiavarry lagi.

"Dan satu lagi permintaan dari kesemua mereka... Kalau you naik takhta sebagai pewaris Mafia Stan untuk menjaga aset itu... You harus ada pewaris... Dan you harus berkahwin!"

"What's? Are you kidding me, untie?"

Apa? Kahwin? Dah hilang akal ke ibu saudaranya ini?

"Yes... Itu adalah salah satu syarat yang harus you ikut... You kena kahwin dan ada anak... Kalau tak.. Aset tu akan jatuh ke tangan pihak musuh!"

"Look, untie... I takde masa nak berkahwin ni bagai! You tengok keadaan anak saudara you ni... Ada muka dia nak kahwin tak? Tak kan... Jadi... Simpan ajelah angan - angan diorang tu..." Bantah Nicholas! Gila ke apa nak suruh dia kahwin semata - mata mahu menjaga aset keturunan Stan! Memang tak lah! Perempuan pun takde! Apatah lagi nak kahwin!

" How about Lily? " Terkaku tubuh Nicholas saat mulut Jiavarry menyebut nama Lily.

"Apa maksud untie, Lily? Who?" " Soal Nicholas dengan nada sedikit berpura - pura.

"You jangan nak berpura - pura dengan I, Nicholas! I'm your untie... I tahu apa yang you dah buat dekat budak tu! Memandangkan dia dah tengah mengandungkan anak you sekarang, jadi mudahlah kerja you... Kahwini dia... And bila dia dah lahirkan anak itu... Ceraikan dia! Just that right? " Cadang Jiavarry. Dan cadangan Jiavarry itu membuatkan Nicholas sedikit berang.

"Don't you dare nak masuk campur urusan I, untie.. I tahu apa yang nak buat dengan perempuan tu!" Balas Nicholas dengan sedikit nada keras. Hormat nya pada wanita ini sebagai ibu saudaranya masih menebal.

Jiavarry hanya tersenyum sinis sahaja! Langsung tidak terusik atau gentar dengan nada keras yang di gunakan oleh Nicholas tadi.

"You tak penat ke hah kurung anak orang macam tu? Seksa dia? Dera dia? You takde belas kasihan ke?" Akhirnya Jiavarry terus ke point asal. Dia sudah berpeluk tubuh menghadap tubuh sasa Nicholas yang sedang berdiri tegak di hadapannya.

"You tak tahu cerita sebenar.. Jadi tutup mulut you, untie..."

"Look, Nick! Benda tu dah jadi lima tahun dulu tau tak... Dan untie tak rasa yang Lily tu bersalah! Cuba you bukak sikit otak sempit you tu untuk cari kebenaran dia... Bukan dengan kurung budak tu macam tu... Apa faedah yang you dapat kalau kurung budak tu macam tu? Dan you tengok sekarang... You dah pandai musnahkan hidup dia sampai dia mengandungkan anak you!"

" I said enough untie Sebelum tapak tangan I naik ke muka you... I nak you berambus dari rumah I sekarang!" Suara Nicholas mula berubah keras! Tangan nya sudah di kepal menahan rasa amarah dan geram yang sudah bersatu di dalam hati. Mencerlung tajam matanya menatap riak selamba Jiavarry ini.

"Yeah... Kalau itu yang you nak... Untie terpaksa pergi lah nampaknya... But... Satu aje yang you kena ingat, Nick! Jangan menyesal bila kebenaran tentang kejadian lima tahun dulu akan datang depan mata you... Dan waktu tu you nak menyesal pun takde gunanya.." Pedas sekali ayat yang keluar dari mulut Jiavarry ini. Dia sudah bangun dari tempat duduknya. Beg tangan berjenama mewah yang berada di sebelah di capai. Dia sudah melangkah perlahan dengan gaya anggunnya menuju ke arah pintu utama vila. Langkahnya di berhentikan dahulu sebelum berpaling ke belakang semula.

"Sebelum I terlupa... Untie harap you gantikan tempat daddy you buat sementara dan fikirkan cadangan untie tadi... Dan musuh takkan pernah diam untuk rampas semua aset yang keluarga Stan simpan... Pilihan ada di tangan you.." Ujar Jiavarry untuk sekian kalinya sebelum melangkah pergi.

Nicholas yang mendengar ayat terakhir Jiavarry sudah Mendengus keras. Dia mula mundar mandir di ruang tamu itu. Rambut nya di raup kasar.

Apa yang dia perlu buat sekarang?

Gantikan tempat daddy?

Dia sudah lama keluar dari dunia itu! Dan sekarang, dia harus kembali ke dunia itu hanya untuk menjaga aset keturunan Stan! Dan yang paling parah, harus ada waris dari dia barulah dia boleh mengundur kan diri dari dunia itu dan aset keluarga Stan akan jatuh ke tangan dia dengan selamat!

Dia sudah buntu!

Rambut nya kembali di raup dan di gosok kasar untuk sekian kalinya!

Kenapa Tengku macam terdesak sangat nak Raisya ya.❤️

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience