BAB 3

Romance Series 1727

MEREKA BERDUA MASIH lagi ralit memerhati tingkah kedua - dua lelaki yang sedang memunggah barang ke dalam kereta mereka.

"Macam manalah kau boleh terpelecok, Ily... Setahu aku... Kau ni cergas orangnya... Ni tetiba pulak boleh terpelecok... Nasib baik takde apa kaki kau!"Bebel Janny dengan nada risau. Kaki Lily di belek dengan tekun sekali.

Lily hanya tersenyum nipis sahaja mendengar bebelan rakannya itu.

"Aku takde apa lah, Janny... Tak terseliuh pun... Kasut tu tinggi sangat... Tu yang aku terpelecok tu..." Ujar Lily semula.

"Iye aje kau ni sebab kasut tumit tinggi... Entah - entah... Kau terpana tengok salah seorang dari diorang tu... Tu yang boleh kaki terpelecok..." Janny serkap jarang sebelum melirik sekilas ke arah lelaki yang menolong Lily tadi.

Papp!!

Satu pukulan mengenai bahunya.

"Adoi! Sakit lah gila!" Marah Janny sambil menggosok bahunya yang perit akibat makan penampar si Lily ni! Gila betullah minah ni! Perit woii!

"Buat lagi macam tu kalau kau nak aku bagi ketam batu!" Ugut Lily dengan mata sengaja dicerlang tajam ke arah Janny.

Janny hanya menjuih bibir nya sahaja mendengar ugutan sahabatnya itu! Tak takut pun!

Perbualan kedua - duanya terhenti bila kelibat orang yang menolong Lily tadi sudah mula merapati mereka berdua.

"Okay... Dah settle semuanya..." Beritahu lelaki itu bersama keluhan lega.

"Sorry lah sebab susahkan encik berdua... Kalau tak kerana kaki saya ni tadi... Dah lama saya angkat semua tu masuk kereta..." Ujar Lily dengan nada bersalah. Yelah... Kerja yang sepatutnya dibuat oleh dia dan Janna di ambil oleh kedua - dua lelaki ini pula... Naik segan dia jadinya!

" Eh, Takpe... Lagipun... Benda tu semua berat... Takkan kami tengok you all angkat pula..." Lelaki yang menolong Lily tadi pantas menjawab.

"Thank you so much..." Ucap Lily lagi...

"Don't worry... Ni kaki you dah okay ke? Ke perlu I bawak ke klinik?" Tanya lelaki itu dengan nada prihatin.

Pantas Lily menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Kaki saya okay aje... Hmmm... Encik berdua ni... Boleh saya tahu... Nama apa?"

"Oh ya... Lupa nak kenalkan... I am Nicholas... And... Disebelah I ni kawan I Alex..." Tangan di hulur ke arah Lily dan Janny. Alex juga turut mengikuti tingkah rakannya.

"Saya Lily... Dan ini... Kawan saya... Janny..." Lily memperkenalkan diri dia dan juga Janny. Huluran tangan Nicholas di sambut. Begitu juga dengan Janna.

"Lily? Wow... Nice name..." Puji Nicholas.

Tersipu - sipu Lily bila di puji sebegitu.

"Okaylah... I pun kena gerak sekarang... Ada urusan lain pula... So, see you next time..." Ujar Nicholas bersama senyuman manis nya sebelum berlalu pergi dari situ bersama Alex.

Mata Lily masih lagi terpaku pada susuk tubuh kedua - dua nya yang sudah pun menjauh di hadapan.

"Hoi! Sudah lah tu pandang anak bujang orang macam tu!" Perli Janny. Naik muak dia bila melihat gelagat Lily yang tak sudah - sudah memerhati tingkah kedua - duanya yang sudah pun menghilang.

"Dah, jom balik!"

Lily hanya mengiakan sahaja percakapan sahabatnya sebelum melangkah terhincut - hincut menuju ke arah kereta.

Nicholas!

Sebaris nama lelaki itu meniti di bibirnya!

Jom... Mona tu sekadar watak tambahan aje... Pembntu bos kan... Bukan bos okay.. Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience