BAB 10

Romance Series 1727

ALEX PANTAS meraup mukanya bila kenangan pahit 5 tahun lalu menyinggah di fikirannya.

Cara kematian Lyla sungguh tragis...

Itu dari kejadian itu jugalah menyebabkan persahabatan antara Nicholas dan Denny terputus. Dan dari situ juga Nicholas percaya yang Denny adalah penyebab kematian Lyla!

Entahlah...

Dia pun tidak tahu lagi Mahu berkata apa dengan rakannya itu!

Puas sudah dia Cuba menafikan yang Denny bukan penyebab kematian Lyla... Tetapi... Nicholas tetap dengan pendirian nya!

Hati Nicholas terlalu keras! Sehingga sukar untuk di bentuk!

Dia mengeluh untuk sekian kalinya!

"SAYANG!!"

Panggilan seseorang dari belakang nya membuatkan Lily tersipu malu. Berona wajahnya bila di panggil sebegitu oleh Nicholas ini!

Kelihatan kelibat Nicholas berjalan ke arahnya dengan gaya macho nya!

"Dah lama ke sayang tunggu dekat sini?" Soal Nicholas sebaik sahaja sampai Di hadapan Lily.

Makin merah muka Lily bila Nicholas membahasakan dirinya dengan panggilan sayang.

"Kenapa panggil orang macam tu... Malu lah orang dengar!" Bisik Lily pada telinga Nicholas.

Errr... Bukan sampai telinga pun! Kena jingkit sikit baru boleh sampai telinga mamat ni! Itu pun sampai bawah cuping telinga si Nicholas ni!

Haih! Nampak gayanya, kena pakai kasut tumit tinggi lah dia nanti kalau setiap kali nak keluar dengan mamat ni!

Tinggi menggalah bukan main!

Sakit leher dia asyik nak mendongak pandang tubuh si galah panjang ni!

"Nak malu apanya... Suka hati saya lah nak panggil awak apa... Nak panggil bie ke, honey ke..." Jawab Nicholas bersama senyuman kencing manis nya.

Bertambah merah lagi wajah Lily di buatnya!

Terus satu cubitan hingggap di perutnya!

"Ouchhh!!" Desis Nicholas bila rasa perit singgah di perutnya!

"Sakit lah, Ily!" Rungut Nicholas. Bekas cubitan Lily yang hinggap di perutnya di gosok perlahan.

"Tau pun sakit! Dahlah... Malas nak layan awak ni!" Ujar Lily. Langkah nya terus di bawa menuju ke hadapan meninggalkan Nicholas yang masih dengan rungutannya.

"Eh, sayang! Jangan lah tinggalkan saya macam tu aje!"

Menepuk dahi Lily bila Nicholas membahasakan dirinya 'sayang' buat kali kedua!

Nicholas dapat menyaingi langkah Lily sebelum mereka beriringan sambil berpimpin tangan!

Mereka tidak sedar yang perlakuan mereka itu menjadi tatapan Dayri sedari tadi.

"WEH! AKU tengok muka kau tegang semacam aje ni... Kau dah kenapa?" Soal Ramon pada Denny yang kelihatan duduk termenung di ruang tamu.

Muk berisi air kopi 3 in 1 di letakkan di hadapan rakannya. Muk berisi air yang Sama di tangan di hirup perlahan sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan dengan Denny.

Denny hanya memulaukan soalan sahabatnya itu. Kepalanya masih sibuk dengan fenomena petang tadi.

"Kau kenal ke perempuan tu tadi?" Soal Ramon secara tiba - tiba.

Soalan Ramon itu membuatkan Dayri tersenyum sinis.

Mana mungkin dia tak kenal siapa Lily sebenarnya! Hanya dia yang tahu! Nick, Alex malah si Ramon ni pun langsung tidak tahu siapa Lily sebenarnya!

" Kau dah kenapa senyum senget macam tu? Dah gila ke?" Soal si Ramon dengan nada pelik! Dah kena sampuk ke si Denny ni tetiba senyum senget macam tu!

"Takde apa lah... Aku cuma tak berkenan sangat si Nick dengan budak perempuan tu tadi! Nampak sangat macam pak sedara dengan anak sedara... Takde taste agak nya member kau tu nak sauk perempuan! Budak lepasan sekolah jugak yang di sauknya!"

Hampir tersembur air yang dihirup oleh Ramon bila telinganya menangkap sindiran pedas keluar dari mulut long kang si Denny ini!

"Kau ni pun... Agak - agak lah kalau nak perli member pun! Member tu baru nak belajar bercinta! Bagi chance lah sikit!" Komen Ramon.

Ada - ada ajelah komen jelak si Denny ni pada Nick!

Denny hanya mencebik sahaja mendengar ayat si Ramon ini!

"Dahlah... Aku dah mengantuk... Aku naik dulu... By the way... Thanks buat kan air kopi untuk aku... Aku naik dulu..." Dia bingkas dari tempat duduk nya. Langkahnya laju di atur menuju ke tingkat atas. Dalam otaknya sudah merangka sesuatu!

Tetapi tidak pada Ramon!

Dia masih lagi terpinga - pinga dengan reaksi si Denny yang meninggalkan dirinya sendirian di ruang tamu ini!

"Mak aik! Dia blah macam tu aje! Apa punya member lah!" Bebel Ramon!

Tapikan...

Dia masih tidak puas hati lagi dengan reaksi muka Denny tadi!

Bila sebut aje pasal si girlfriend Nick tadi, muka si Dayri automatik berubah! Siap boleh gelak sinis lagi tu!

Tu yang buat dia musykil tu!

Tapi kan...

Macam pernah dia nampak muka perempuan ni!

Tapi dia tak ingat dekat mana!

Denny dah mula utk buat rancangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience