BAB 7

Romance Series 1727

"NICK! ADA ORANG nak jumpa kau!" Suara Alex bergema di ruang kerja Nicholas membuatkan pekerjaan lelaki itu terhenti!

Nicholas adalah seorang pengusaha barang dagangan import dan eksport seperti bahan makanan dan minuman, pakaian dan barangan jenama mewah. Perniagaan ini di turunkan oleh ibu saudara nya kepada dia setelah wanita itu berhenti dari mengusahakan perniagaan peninggalan arwah kedua - dua orang tuanya ini! Dan sekarang ibu saudaranya itu fokus pada perniagaan butiknya pula.

Ketika masih ada kedua - dua orang tuanya, Nicholas langsung tidak mahu terlibat dengan perniagaan yang di usahakan oleh keluarganya itu! Dia lebih rela hidup sendirian diluar dan menjalankan bisnes chalet.

Tapi bila orang tuanya meninggal dunia, nak tak nak dia terpaksa akur juga untuk meneruskan legasi peninggalan mendiang Mr. Thomas dan Madam Lisa!

"Siapa, Lex?" Soal Nicholas dengan wajahnya masih terpaku pada kertas kerja di atas meja.

"Halo bro!!" Suara sapaan seseorang membuatkan Nicholas pantas memagungkan kepalanya menghadap ke depan.

Kelihatan kelibat dua orang yang amat di kenali muncul di hadapan nya.

Pantas dia bangun dari tempat duduk nya dan terus mara ke depan.

"Korang buat apa dekat sini?" Suara garau Nicholas mula bergema di ruang kerja nya itu. Matanya mencerlang tajam ke arah kedua dua figura yang sedang berdiri tegak di hadapannya.

"Hai... Takkan tak rindu kitorang kot..." Ujar salah seorang dari mereka bersama senyuman sinis.

Alex yang berada di tengah tengah sudah mula menjeling tajam ke arah kedua - duanya.

"Macam mana korang tahu yang aku tinggal dekat sini?"

"Relaks lah bro... Jangan gelabah sangat... Tak syok lah kalau ni..."

Nicholas Mendengus geram sebelum dia meluru ke arah lelaki yang bersuara itu. Kolar baju lelaki itu di cekau laju sebelum tangan nya mula naik untuk menumbuk muka lelaki itu.

"NICK!!" Jerit Alex sebelum tubuh Nick di paut pantas. Manakala tubuh lelaki itu pula di paut oleh rakannya.

"Enough, Nick!" Tegah Alex.

"Lepaskan aku lah, Alex! Biar aku tumbuk muka bangang ni!" Marah Nicholas. Tangan Alex yang berpaut pada tubuhnya di tepis laju!

"Nick... I said enough!"

"No! Aku takkan berhenti dekat bangang yang dah bunuh Lyla!" Hamun Nicholas!

Lyla? Siapa Lyla? Adakah Lyla, kakak kepada Lily? Apa kaitan nya dengan mereka semua ni?

Aduhai! Banyak fikir lah pulak! Tak payah tanya dulu... Kita fokus pada pertengkaran diorang ni dulu... Baru kita tahu siapa Lyla sebenarnya!

" Nick! Aku kata sudah! Jangan bergaduh lagi! Ramon... Kau bawak Denny blah dari sini dulu!" Dalam menenangkan Nicholas, sempat lagi dia mengarahkan sahabatnya Ramon untuk membawa pergi Denny pergi dari situ.

Ramon mengangguk pantas sebelum menarik laju tubuh Denny pergi dari situ.

HAMPIR TERSUNGKUR tubuh Denny bila ditolak kasar oleh Ramon. Sekarang mereka berada di luar vila milik Nicholas.

"Kau ni dah kenapa, Mon..." Marah Denny sambil mencerlang tajam ke arah Ramon.

"Eh, Den... Kau boleh tak pakai kepala otak kau yang normal ni..." Ramon tiba - tiba bersuara.

"Apa kau cakap ni... Aku tak fahamlah..."

"Kau saja buat buat tak faham ke atau kau memang bodoh... Weh, Den... Kau tahu kan yang Nick tu masih bencikan kau... Tapi... Kau tetap jugak datang sini... Apa motif kau sebenarnya, hah?" Soal Ramon.

Sungguh! Dia langsung tak tahu apa yang ada dalam fikiran sahabatnya ini sekarang!

"Saja... Aku hanya nak lawat kawan lama aje..." Mudah aje si Denny ni bagi jawapan.

"Weh, Den... Kau sedar tak yang sekarang dia masih bencikan kau... Kau sedar tak..."

"Ya... Aku sedar... Tapi... Bukan aku yang bunuh si Lyla tu... Aku tak buat semua tu!" Sanggah Denny.

"Ya... Aku tahu kau tak buat... Tapi Nick... Nak ke dia percaya apa yang kau cakapkan ni, hah! Nak ke dia percaya?" Ujar Ramon lagi.

"Aku tak kisah lah tanggapan si bodoh tu dekat aku... Aku tak kisah... Yang aku nak sekarang... Dia harus dapat apa yang dia dah buat dekat Lyla dulu..." Dendam Denny sebelum berlalu pergi dari situ.

Ramon sudah menggaru kasar rambutnya bila kedegilan sahabatnya itu.

SEMENTARA DI dalam vila, wajah keruh Nicholas masih terpancar.

"Macam mana mamat bangang tu boleh tahu aku tinggal dekat sini hah..." Soal Nicholas dengan nada serius.

"NICK... Calm down okay... Jangan gelabah sangat..."

"Macam mana aku tak gelabah hah, Alex? Pembunuh Lyla ada dekat sini tau tak?" Suara Nicholas sudah naik seoktaf.

"NICK... Aku rasa... Bukan Denny pembunuh nya..." Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya Alex bersuara.

Tergelak sinis Nicholas mendengar ayat Alex itu.

"Bukan dia? Habis tu siapa? Hantu?"

"Nick..."

"Stop it, Lex... Kalau kau masih nak jadi kawan aku... Better kau jauhkan diri dari diorang berdua..." Usai berkata, Nicholas terus meninggalkan Alex sendirian di situ.

Alex mengeluh keras sebaik sahaja kelibat Nicholas sudah menghilang.

Rambut dan belakang kepala di garu kasar!

Parah kalau macam ni!

Nicholas dan Denny langsung tidak akur antara satu sama lain!

Ini semua kerana seorang wanita yang bernama Lyla!

Wanita yang berjaya membuat kedua - dua sahabatnya gila bayang!

Kisah lima tahun lalu kembali menjengah di kotak fikirannya!

Harap jadi terbaik lah... Enjoy...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience