"HISH... Kenapalah minah ni tak angkat call pulak!" Rungut Janny. Tangannya masih sibuk mendail nombor telefon Lily.
Mengeluh keras dia bila panggilan yang di buat masuk ke dalam peti simpanan suara.
Sejak terakhir kali berkomunikasi dengan Lily dua minggu lepas, mereka seolah - olah terputus hubungan!
Yelah... Bila tanya kabar saja, mesti sahabatnya itu mengatakan sibuk dengan kerja barunya...
Kerja pun kerja juga...
Takkan jawab call member sendiri pun takde masa...
Bukan dia saja kena palau dengan Lily... Nek Di pun turut kena tempias nya juga...
Hanya sekali sahaja panggilan dibuat kepada wanita separuh abad itu... Selebihnya... Hanya mengatakan alasan sibuk saja...
Dan sekarang... Nek Di terpaksa pulang ke kampung halamannya untuk menyelesaikan masalah di kampung... Dan kemungkinan akan terus menetap semula di situ...
Dah... Habis cerita pasal Nek Di!
Sekarang kita fokus pada cerita si Lily ni pulak!
Nombor telefon Lily di dail lagi...
Dan seperti yang di jangka, panggilan itu masuk ke dalam peti simpanan suara...
Kepalanya sudah di garu kasar!
Memang nak putus member ke apa minah ni! Kampret betullah! Hamun Janny di dalam hati.
Ingat minah kepoh macam dia tak pandai nak maki orang ke! Hei! Ini Janny lah!
"Jai... Panggil adik kamu tolong ibu hidang makanan atas meja ni..." Kedengaran suara ibu Janny mengarah pada anak lelakinya untuk memanggil Janny di dalam bilik.
Tidak lama kemudian, pintu bilik di ketuk dari luar...
Itu tidak lama... Tersembur wajah Jai, abang Janny di balik pintu...
"Weh... Jan... Ibu panggil kau hidang makanan atas meja tu..." Arah Jai pada adiknya.
Janny tidak mengendahkan arahan abangnya. Sebaliknya dia masih sibuk dengan telefon pintar di tangan. Jai yang melihat kelakuan adiknya sudah mara ke arah gadis itu. Pantas telefon pintar milik Janny di capai kasar.
"Weh!! Apa ni!! Pulangkan balik handphone akulah!" Marah Janny.
Tetiba rebut telefon orang ni dah kenapa? Sewel agaknya si Jai ni!
"Sebelum suara petir ibu bergema sekejap lagi... Baik kau keluar cepat... Settle apa yang ibu suruh tu... Baru aku pulangkan balik handphone kau ni..." Telefon adiknya di masukkan ke dalam poket seluarnya.
Lalu tubuh adiknya di tarik keluar dari bilik itu.
Mendengus geram Janny bila Jai mula menggunakan kuasa vetonya! Menyampah betullah dia dengan mamat si rambut pacak ni!
LILY PANTAS BANGUN DARI PEMBARINGANNYA bila kedengaran mangga pintu di luar kamar yang di huninya dibuka. Seketika kemudian, terpacul wajah Cik Salla di balik pintu. Di tangan wanita itu terdapat dulang yang berisi sepinggan makanan dan segelas minuman.
Cik Salla mula menapak menuju ke arah gadis itu. Dia bersimpuh di hadapan Lily dan dulang yang berada di tangan di letakkan di hadapan gadis ini.
Lily mengamati lauk yang berada di dalam pinggan itu. Telur mata yang tidak digoreng sempurna bersama segelas air paip! Itulah makanan ruji yang harus dia hadap sejak menjadi tawanan Nicholas dua minggu lepas!
"Ni Cik Sal ada bawak makanan untuk, ILY... ILY makan ya... Jangan biar perut tu kosong... Nanti susah kalau sakit..." Ujar Cik Salla dengan nada lembut pada Lily.
Lily hanya tersenyum nipis sebelum pinggan berisi makanan itu di capai. Nasi bersama telur di gaul sebelum perlahan - lahan di suap ke dalam mulut. Makanan itu ditelan juga melepasi tekak walaupun ketika itu dia terasa seperti menelan pasir sahaja.
Cik Salla hanya memandang sayu sahaja wajah Lily yang sedang menikmati makanannya.
Sejak dibawa masuk secara paksa oleh Nicholas ke dalam vila ini dua minggu lepas, Cik Salla yakin yang Lily bukan gadis yang di selalu di gembar gemburkan oleh majikan nya itu... Kemudian, matanya meliar memandang serata tubuh gadis itu yang penuh dengan kesan lebam lama dan baru....
Jiwa nya merintih melihat kesan lebam pada tubuh gadis ini... Itu adalah kesan kekejaman akibat di pukul dan di dera oleh Nicholas!
Dia tidak tahu apa yang terjadi antara gadis ini dengan majikannya! Sehingga sanggup lelaki itu bertindak sedemikian pada gadis senaif Lily ini!
"Cik Sal... Ily dah siap makan..." Beritahu Lily dengan nada perlahan. Pinggan yang masih bersisa sedikit makanan di letakkan semula di dalam dulang.
Cik Salla mengangguk mengerti. Wajah kusut dan comot si gadis di elus perlahan. Tidak dinafikan... Walaupun dalam keadaan begitu... Wajah comel dan tulus gadis ini terserlah.
"Lily... Janji dengan Cik Sal... Walaupun apa pun terjadi... Jangan pernah mengalah..." Ujar Cik Sal dengan mata sudah mula berair.
Lily yang mendengar ayat Cik Sal itu sudah menunduk mukanya.
"Jangan menunduk macam tu... Cik Sal tak suka..." Wajah Lily yang menunduk di pagut memandang wajahnya sebelum tubuh kecik molek gadis ini di paut kedalam dakapannya.
"Lily tak salah Cik Sal... Lily tak salah... Kenapa dia hukum Lily macam ni sekali... Lily tak kuat Cik Sal... Lily tak kuat..." Hambur Lily di bahu Cik Salla dengan tangisan yang mula membingit.
Ya... Di sini...
Hanya Cik Salla dengan Bernard saja yang ambil berat tentang dirinya... Selebihnya... Hanya memandang dirinya seperti anjing kurap sahaja...
Cik Salla juga tidak dapat menahan air mata nya. Rambut ikal Lily di elus perlahan.
"Dah... Jangan menangis ya... Janji dengan Cik Sal... Cari kebenaran kalau betul Lily tak salah... Dan jangan pernah kembali ke tempat yang dah menyakitkan kamu..." Pujuk Cik Sal lagi. Wajah comel Lily yang sudah lencun dengan air mata di sapu lembut.
Tanpa sedar, Cik Sal tidak menutupi pintu bilik yang di huni oleh Lily ini dengan rapat... Dan apa yang mereka berdua luahkan tadi telah menerobos masuk ke lubang telinga si pengintip!
Tersengih sinis si pengintip sebaik sahaja mendengar ayat Cik Salla itu!
Good girl, Salla! Bisik si pengintip perlahan sebelum dia mula menapak pergi dari situ!
Share this novel