BAB 30

Romance Series 1727

LILY HANYA DIAM MEMBATU!

Dia langsung tidak bersuara sebaik sahaja dibawa keluar oleh Dayri dan rakan-rakannya. Matanya masih terpaku pada para pengawal Nicholas yang telah berjaya ditumpaskan oleh ketiga-tiga lelaki itu. Kereta yang dipandu Alex pula meluncur keluar dari perkarangan vila mewah Nicholas dengan pantas.

"Kau tinggal di apartmen aku dulu. Aku yakin kau masih tak bersedia untuk pulang ke rumah nenek kau. Jadi, itu pilihan terbaik buat masa sekarang," ujar Denny dengan nada tegas. Dia sempat mengerling sekilas wajah Lily yang pucat dan lesu di sebelahnya.

Lily tidak membalas. Apatah lagi untuk mengiyakan kata-kata lelaki itu. Dia hanya diam, menyandar kepalanya pada pintu kereta sambil matanya merenung kosong ke luar tingkap.

Masing-masing memilih untuk berdiam diri sepanjang perjalanan. Bunyi enjin kereta yang meluncur laju membelah kesunyian malam.

SEMENTARA DI VILA MEWAH NICHOLAS,

Bernard hanya menikus, kaku melihat wajah majikannya yang tegang dan penuh amarah.

BUKK!!!

Satu tumbukan padu dari Nicholas tiba-tiba hinggap di wajah Bernard, membuatkan lelaki itu terhumban ke belakang tanpa sempat mengelak.

"Itu makan nya bila kau tak mampu untuk jaga perempuan tu!" Dengus Nicholas sambil membetulkan baju kemejanya sedikit akibat membantai orang kanannya ini.

Bernard hanya mampu menunduk sahaja tanpa membalas tindakan majikan nya itu. Cik Salla juga turut menikus tidak jauh dari mereka berdua.

Nicholas membetulkan tengkuk nya yang terasa lenguh. Dia berjalan ke belakang sebelum sepucuk pistol yang berada di atas meja di capai. Terus muncung pistol itu diacu ke arah Bernard yang masih terjelepok di atas lantai.

"Tuan!!" Hampir menjerit Cik Salla melihat tindakan drastik majikan nya itu.

Bernard yang melihat muncung pistol yang di tala ke arahnya hanya memejamkan matanya sahaja. Dia pasrah andai lelaki ini mahu mengakhiri nyawanya ketika ini.

Nicholas tidak menghiraukan jeritan kecil Cik Salla sebaik nya bebola matanya masih lagi tajam menikam ke wajah Bernard!

Nicholas tertawa sinis sebelum muncung pistol milik nya di larikan dari Bernard Sebelum senjata api itu kembali di lempar ke atas meja. Kotak rokok jenama mewah yang berada di atas meja dicapai. Sebatang rokok di keluarkan. Di nyalakan api pada hujung rokok! Tidak lama kemudian, berkepul - kepul asap rokok memenuhi ruangan tersebut.

"Jangan risau! Nyawa kau masih panjang lagi! Aku saja nak test kau tadi... Tak sangka rupanya, kau masih tak berubah.. Masih macam dulu lagi..." Selamba sahaja Nicholas bersuara.

"Kau boleh pergi sekarang!" Dia memberi isyarat pada Cik Salla untuk membawa pergi Bernard Dari situ! Cik Salla pantas menghampiri Bernard Sebelum tubuh tegap orang kanan Nicholas dibawa pergi.

Nicholas masih asyik lagi dengan rokoknya!

Sejenak wajah pucat Lily terlintas di ruang matanya!

Sejauh mana pun kau pergi, kau tak boleh lari dari aku Lily! Deram Nicholas dengan mata merah nya.

Haraplah Lily berjaya larikan diri dari Nicholas ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience