BAB 17

Romance Series 1727

"NICKKK!!!"

Terhenti langkah Nicholas di anak tangga terakhir bila namanya di seru nyaring oleh Alex dari muka pintu vila.

"Kau buat apa hah dekat Lily?" Suara petir Alex bergema sebaik sahaja sampai di hadapan sahabatnya ini!

"Aku buat apa?" Jawab Nicholas dengan nada kerek.

"Kau tak payah buat macam tu lah,Nick! Kau terus terang ajelah... Apa yang kau dah buat dekat Lily hah... Apa yang kau dah buat!" Tengking Alex.

Berapi hatinya saat mendengar Lily menjadi tawanan Nicholas!

Nicholas masih seperti tadi.

Hanya buat muka tidak bersalah!

Kakinya mula melangkah melepasi anak tangga terakhir menuju ke arah pintu utama.

"Eh! Aku tengah bercakap dengan kau lah, bodoh!" Maki Alex lagi.

Kolar baju kemeja hitam Nicholas di cekau dari belakang membuatkan lelaki berpaling menghadap dirinya.

"Kau boleh tak pagi - pagi jangan nak rosakkan mood aku!" Marah Nicholas. Tangan Alex yang mencekau kolar kemejanya di tepis kasar!

"Kau boleh tak lepaskan Lily... Dia tak bersalah dalam kejadian tu..." Pinta Alex pada Nicholas.

Tersenyum sinis Nicholas mendengar permintaan rakannya ini!

"Lepaskan perempuan tu? Kau ingat aku nak lepaskan perempuan tu macam tu aje?... No, Alex... No... Perempuan tu patut rasa apa yang Lyla rasa lima tahun lepas..."

"Tapi... Lily tu adik Lyla... Takkan dia sanggup nak buat kakak dia sendiri!" Bangkang Alex lagi.

"Kau kata adik? Seorang adik takkan biarkan kakak dia mati dalam keadaan tragis macam tu!" Tengking Nicholas dengan mata bersinar pada Alex.

"Nick! Aku tahu kau tengah marah sekarang... Tapi please... Dengar cakap aku... Tolong lepaskan budak tu... At least... Kalau dia bersalah sekali pun... Sumbat aje dia dalam penjara... Habis cerita.. Jangan kurung dia macam ni... Atau pun... Dapat kan bukti dulu sebelum sahkan dia bersalah atau tak... " Pujuk Alex lagi.

Mana tahu dengan pujukan ini, dapat melepaskan Lily dari cengkaman Nicholas ini!

Tertawa besar Nicholas mendengar ayat Alex itu!

" Kau ingat... Dengan pujukan kau ni... Aku akan lepaskan perempuan tu... In your dream, Lex... In your dream... Sebab bukti atas kejahatan dia aku dah dapat... So... Aku tak boleh buat apa dah..." Ujar Nicholas dengan bahu yang sengaja di jungkit.

"Bukti? Bukti apa? Dari mana kau dapat bukti tu?" Desak Alex.

Bukti?

Bukti apa yang si Nicholas ni dapat?

Nicholas hanya buat muka kerek sebelum berlalu pergi melintasi Alex yang masih dengan riak terkejutnya.

Melihat kelibat Nicholas yang sudah pun menghala ke arah pintu kereta, nama penuh lelaki itu di teriak keras!

"Nicholas!!"

Nicholas hanya buat tidak tahu dengan panggilan Alex sebelum meloloskan diri ke dalam perut keretanya. Hari ini, dia pergi ke pejabat dengan di bawa oleh pemandunya.

Meluncur laju kenderaan yang membawa dirinya keluar dari perkarangan vila itu.

Termengah - mengah Alex bila panggilan nya langsung tak di hiraukan oleh Nicholas!

Sejenak isu berkaitan bukti yang disebut oleh Nicholas tadi kembali menjengah di fikiran.

Tiba - tiba nama seseorang terlintas di otaknya..

Tanpa tertangguh, dia berlari menuju ke arah 4x4 miliknya sebelum kenderaan itu meluncur dari perkarangan vila milik Nicholas ini!.

Destinasi seseorang yang terlintas di fikirannya di tuju sekarang!

BUNYI LOCENG BERSELANG SELI DENGAN KETUKAN KERAS DI LUAR apartmen milik Denny mematikan tingkah Denny yang sedang enak menonton televisyen. Ramon yang sedang meneguk air di dapur terganggu dengan bunyi dari arah luar pintu rumah Denny ini.

Gelas yang berisi baki air oren di letakkan di atas meja sebelum melangkah laju menuju ke arah pintu. Denny pula kembali fokus pada rancangan yang di tonton di televisyen. Sesekali kedengaran gelak ketawanya.

"Kejap!!" Laung Ramon bila kedengaran lagi ketukan di luar pintu.

"Hish! Tak menyempat langsung! Cubalah lah bersabar sikit!" Bebel Ramon sendirian.

Ini kalau jiran sebelah menyebelah ni dengar, mati diorang kena report polis! Buat bising kan!

Pintu rumah di buka.

"Hi bro!" Sapa Ramon ceria sebaik sahaja melihat wajah tanpa riak milik Alex terpacul di muka pintu.

Tapi sapaan ceria Ramon itu tidak seiring dengan wajah tanpa riak Alex sekarang.

Tanpa menanti jemputan dari tuan rumah, dia mula melangkah masuk ke dalam dan kelibat Denny di cari.

"Hei bro... Apsal ni?" Soal Ramon bila wajah Alex yang beku dan dingin itu.

Alex tidak menjawab soalan Ramon sebaliknya kelibat Denny dicari sebelum dia menemui kelibat Denny yang sedang enak bersantai di atas sofa sambil menonton televisyen.

Dia meluru ke arah Ddnny sebelum kolar belakang baju T - shirt Dayri di cekau kasar.

Denny yang terkejut tidak mampu untuk berbuat apa - apa bila Tubuhnya di heret laju oleh Alex.

Tubuh Denny di kalih menghadap dirinya sebelum,

Bukk!!

Satu tumbukan hinggap di wajah tampan Denny!

Denny tersungkur di tepi sofa.

Alex tidak tinggal diam!

Kolar baju Denny di cekau sekali sebelum,

Bukk!! Bukk!!

Wajah Dayri sekali menjadi habuan penumbuknya!

Bila Alex mahu melayang penumbuk untuk kali ketiga, satu tendangan padu dari Denny hinggap di perutnya membuatkan dia terundur ke belakang. Belakang tubuh nya terkena pada bucu meja menyebabkan dia mendesiskan kesakitan.

"Kau dah kenapa bantai aku, sial!??" Maki Denny sambil mengelap darah yang mengalir di celah bibirnya.

Matanya tajam menikam ke arah Alex yang kelihatan termengah di kaki kerusi.

Alex hanya tersenyum sinis sebelum dia bangkit perlahan - lahan.

Dia mula meregangkan Tubuhnya sebelum dia meluru ke arah Denny.

Sekali lagi Denny tidak bersedia bila tumbukan serta tendangan dari Alex mendarat di muka dan Tubuhnya.

"Woi!! Korang!! Apa benda ni!! Dahlah!!" Tengking Ramon bila melihat kedua - dua sahabatnya ini bergelut antara satu sama lain!

Denny tidak mampu untuk menentang tumbukan dari Alex. Tidak di nafikan yang Alex memang handal dalam seni mempertahankan diri!

Bila melihat Denny sudah lunyai di kerja kan oleh Alex, hendak tak hendak belakang tubuh Alex diraih juga.

"Kau lepaskan aku lah, Mon! Biar aku kerja kan si tak guna ni!" Jerkah Alex bila Tubuhnya dikunci erat oleh Ramon sehingga dia tidak mampu untuk menentang semula!

"Enough, Lex... Enough!!"

Suara Ramon masih lagi bergema kuat.

"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak tenangkan diri kau!" Balas Ramon.

Tubuh sasa sahabat nya masih lagi dikunci!

Ya! Dia akan mengunci pergerakan Alex selagi lelaki itu tidak menenangkan dirinya!

Alex yang berada dalam kuncian Ramon hanya mengeluh panjang.

Bila keadaan dirinya kembali tenang, dia menepuk lengan Ramon untuk melepaskan dirinya.

Bila melihat keadaan Alex kembali tenang, barulah Ramon melepaskan bunga kuncinya.

Alex menjeling tajam pada Denny yang masih lagi terbaring di atas lantai dengan muka yang berlumuran darah!

"Kalau nak di ikutkan hati aku ni... Memang mati kau aku kerjakan hari ni... Tapi aku bukan orang yang suka- suka untuk mengotorkan tangan aku semata - mata untuk kau, Den... Aku masih tahu lagi yang kau sahabat aku... Dan aku harap... Kau akan menyesal apa yang dah buat dekat Lily... " Dengus Alex.

Dia terus melangkah menuju ke arah pintu rumah.

Sebelum melangkah keluar, suara nya masih lagi bergema.

"Kalau kau tak nak menyesal di kemudian hari... Better kau selesaikan apa yang kau dah mulakan... Kau belum cukup kenal lagi Nick itu siapa... Walaupun dia rapat dengan kita semua... Bukan bererti kita semua kenal sikap dan sifat peribadi dia.. Bila kau dah picu kemarahan dan dendam dia... Kita sebagai sahabat dia pun... Dia akan sanggup hancurkan... Apatah lagi Lily... Seorang budak yang naif... Sematkan kata - kata aku ni dalam kepala otak kau! " Usai berkata, Alex terus berlalu pergi dari situ.

Dia tidak mahu berlama - lama di situ.. Kemarahan nya harus di kawal!

Denny yang mendengar ayat terakhir Alex hanya ketawa mengekek sahaja. Lucu bila di ingat kan kembali!

Tapi Denny tetap tidak tahu sisi lain Nicholas!

Sisi gelap Nicholas!

Lelaki itu bila di picu tentang kisah silam yang berkaitan dengan orang yang dia sayang, dia akan menentang habis - habisan!

Dan bila Denny dengan sengaja mencipta kepalsuan kebenaran tentang arwah Lyla pada Nicholas, secara tidak sengaja... Ini akan membangkitkan kembali sisi gelap seorang Nicholas!

Dan bila sisi gelap seorang Nicholas ini bangkit, orang yang menjadi mangsa pertama nya adalah Lily!

Dan ketika itu lah, hendak menyesal pun tiada gunanya lagi!

Kesian Lily... Di sebabkan Denny... Semua telah hancur...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience