"BOS! INI DIA apa yang terjadi dekat Encik Dex dan dalang kematian Encik Dex ..." Orang kepercayaan Mafia Derry mula memberi sesuatu kepada majikannya.
Mafia Derry yang melihat huluran sebuah sampul surat itu pantas di capai kasar!
Sampul surat itu dibuka sebelum sesuatu dari dalam sampul itu tergolek keluar. Mafia Derry memerhati lagi. Ia nya adalah sebuah pendrive.
"Benda apa ni?"
"Ini apa yang terjadi dekat Encik Dex sebelum dia mati di bunuh..." Orang kepercayaan Mafia Derry bersuara lagi.
Mafia Derry mengarahkan salah seorang anak buahnya untuk membawa komputer ribanya.
Pendrive itu di cucuk pantas ke komputer riba oleh orang kepercayaannya dan apa yang berlaku pada Dex sebelum kematian lelaki itu terjadi di tonton oleh Mafia Derry!
JIAVARRY HANYA MENGELUH LEMAH melihat keadaan anak saudara nya ini. Matanya mengerling sekilas ke arah Bernard yang setia berdiri di sisi mereka tadi. Bernard menggeleng tanda tidak mengerti.
"Look, Nick! Sampai bila you nak jadi macam ni..." Jiavarry menyoal kepada anak saudara nya.
Nicholas tidak menghiraukan soalan ibu saudara nya itu. Dia masih lagi berdiri membelakangi Jiavarry dan Bernard dengan menghadap jendela. Kedua - dua belah tangannya di masuk ke dalam poket seluar slack ynag dipakai.
"Nick! Aset keluarga Stan dalam bahaya sekarang... Tak boleh ke you tadbir dulu kumpulan ni..." Pujuk Jiavarry.
"I tak berminat..." Ringkas Nicholas menjawab.
"Nick..."
"Untie jugak ada cakap dengan I dulu... Kalaupun I tak naik takhta sebagai pewaris keluarga mafia Stan... I just jaga aset... Tu aje... Tapi sekarang... Untie paksa I... You memang tak tetap pendirian ya untie..."Berdas - das Nicholas menembak Jiavarry sehingga tiada ruang wanita itu mahu bersuara.
Sudahlah dia masih memikirkan kesalahan dia pada Lily... Sekarang beban berkenaan aset keluarga Stan ini pula menekannya.
"I don't care Kalau you nak kutuk I tak tetap pendirian ke apa ke... I just nak cakap... Kumpulan yang daddy you tadbir ni... Ada pengkhianat!"
Tersentak Nicholas mendengar ayat ibu saudaranya sebelum lantas berpaling menghadap wanita ini.
"Pengkhianat?" Soal Nicholas dahi mula berkerut. Bernard yang yang berada tidak jauh dari mereka berdua juga turut terkejut.
Pengkhianat?
"Ya.. Pengkhianat... Dia yang menyalurkan maklumat kepada musuh berkenaan aset keluarga Stan ni... Dan I paling takut kalau pihak musuh akan tahu yang Lily sedang mengandung kan pewaris kumpulan Stan..." Ujar Jiavarry lagi.
Ya... Dia masih tidak memberitahu kepada semua kumpulan mafia berkenaan perkahwinan Nicholas dan Lily.. Dia takut dan dia dapat rasakan yang pengkhianat ada di kalangan ahli mafia tersebut.. Sebab tulah dia tidak mahu hebohkan!
Wajah Nicholas mula berubah tegang dan khuatir bila nama Lily meniti di bibir Jiavarry ini.
"I masih bagi pilihan... Dan pilihan itu ada di tangan you... I tahu krisis you dengan Lily sekarang... Dan untie gembira bila you dah insaf dan menyesal dengan perbuatan you tu... I harap you tak berputus asa dalam pujuk hati Lily... Dan berkenaan semua ini... You fikir lah baik - baik... "Usai berkata, Jiavarry terus bangun dari tempat duduknya dan terus berlalu dari situ. Lenggang lenggok tubuh seksi nya berjalan sebelum menghilang di sebalik pintu utama.
Nicholas terhenyak di atas sofa sebelum rambutnya di raup kasar.
"Macam mana dengan Lily, Nard?" Soal Nicholas berkenaan dengan kesayangannya itu.
"Dia okay... Dan sekarang berada di hospital tengah buat check up baby..." Beritahu Bernard dengan detail.
"Siapa yang temankan dia?"
"Denny dan Alex..."
Tersenyum sayu saat telinga nya mendengar perkataan bayi itu. Sepatutnya dia yang berada di tempat Denny dan Alex sekarang. Mahu rasa teruja saat mesin ultrasound mengesan denyutan jantung dan pergerakan janin. Ya.. Sekarang kandungan Lily sudah memasuki usia 3 bulan. Tapi apakan daya, angkara kesilapan sendiri... Momen itu langsung tidak di rasai oleh dirinya sekarang.
"Takpelah... Kau boleh pergi sekarang..." Arah Nicholas dengan nada suara yang sungguh lemah. Bernard menunduk mengerti sebelum berlalu dari situ. Meninggalkan Nicholas bersama penyesalan yang tidak berkesudahan.
"NAH!" Air kotak berperisa laici di hulur ke arah Denny yang sedang duduk termenung di bangku kayu yang tersedia luar klinik ini.
KLINIK DR. ERDY
Itulah klinik milik Dr. Erdy. Klinik yang dibuka dengan hasil titik peluhnya. Walaupun bapa nya seorang pengarah sebuah hospital ternama, dia tidak mahu terjebak dan terjerat dalam imej bapanya itu.
Mereka menyedut air kotak itu sambil memerhati gelagat manusia yang keluar masuk klinik milik Dr. Erdy ini.
"Kau masih berdendam lagi ke dengan Nick?" Soal Alex secara tiba - tiba kepada Denny. Denny yang sedang duduk santai itu hanya mendiamkan diri sahaja.
"Dah lebih tiga minggu kita tak tegur dia bro..." Ujar Alex lagi. Ya... Dah hampir tiga minggu mereka tidak bertembung dengan lelaki itu sejak kes bertumbuk dan berkelahi di kediaman Dr. Erdy.
Denny mendiamkan diri seketika sebelum nafasnya di hela perlahan.
"Entahlah... Aku pun tak tahu Lex... Setiap kali aku tengok dia... Darah aku menyirap aje... Lebih - lebih lagi apa yang dia buat dekat Lily waktu tu... Dan kita hampir jadi arwah jugak disebabkan dia..."Denny masih lagi tidak lupa dengan kekejaman Nicholas yang satu itu.
"Tapi dia dah insaf dan menyesal sekarang, Den..." Balas Alex semula. Denny masih dengan riak batunya.
"Apa pun... Dia tetap sahabat kita, Den..." Bahu Denny di tepuk perlahan. Walaupun sekejam mana si Nicholas itu, Nicholas tetap sahabat mereka. Dan sahabat takkan tinggalkan sahabatnya terkontang - kanting begitu. Tapi dalam kes Nicholas ini... Nampaknya, Denny sahaja yang belum memaafkan perbuatan Nicholas. Yang lain termasuk Alex nampak nya dah mula maafkan lelaki itu. Jai pun turut memaafkan lelaki itu walhal nyawa nya ketika itu seperti telur di hujung tanduk.
Perbualan mereka terhenti bila melihat kelibat Lily Dan Dr. Erdy keluar dari klinik dan terus melangkah ke arah mereka berdua.
"Macam mana check up tadi? Okay tak?" Soal Alex.
"Semua okay... Jantung janin dan pergerakan dia pun okay... Tiada masalah..." Jawab Dr. Erdy bagi pihak Lily.
Alex dan Denny pula hanya mengangguk mengerti.
"Baiklah, Dr. Erdy... Terima kasih atas bantuan Dr. Saya nak balik dululah... Dan saya akan buat check up balik berdasarkan tarikh yang kawan Dr. bagitau tadi..." Pinta Lily dengan nada sopan.
"Oh.. Okay... Okay... Baliklah dulu.. Haaa.. Lex, Den... Dah kenapa tercegat lagi... Pergilah hantar Lily balik... Boleh pulak dia termenung dekat situ.." Sergah Dr. Erdy pada Denny yang masih lagi termenung. Dr. menjongket keningnya kepada Alex bertanya. Dan Alex membalas dengan jari seperti ketikan. Serta merta Dr. Erdy faham.
"Okay, bro... Kitorang pergi dulu.." Usai meminta diri, ketiga - tiga mereka sudah pun berlalu pergi dari situ.
Tersenyum manis Dr. Erdy melihat telatah Alex dan Denny dalam menjaga Lily.
Dan telatah ketiga - tiganya menjadi tatapan mata helang milik Mafia Derry dari kenderaan nya terparkir jauh sedikit dari klinik milik Dr. Erdy ini.
'Ooo... Jadi ini lah ya Lily yang di maksudkan oleh Dex itu!' Detik hati Mafia Derry.
'Kau cuba bermain api dengan aku... Kau nak tengok api macam mana aku bagi dekat keluarga kau nanti!' Dendam Mafia Derry. Sejak dari dia tahu yang Nicholas membunuh anak nya, automatik dia tahu siapa Lily pada Nicholas!
Tapi sabar dulu! Dia tidak mahu menbocorkan siapa Lily pada Nicholas kepada 'Tuan'nya. Dia cuma nak bermain api dengan keluarga Lily dulu... Baru dia akan bongkar kan hubungan Lily dengan Nicholas sini kepada' Tuan'.
"Kau bawa aku ke rumah orang tua tu... Urusan aku dengan dia belum selesai lagi..." Arah Mafia Derry kepada anak - anak buahnya. Mereka mengangguk mengerti sebelum kenderaan yang di pandu mula meninggalkan kawasan itu dan terus menuju ke arah lokasi yang di pinta oleh Mafia Derry tadi. Lebih tepat, lokasi rumah Nek Di, nenek kepada Lily.
Aduhai! Apa diorang nak buat dengan Nek Di?
Dan siapa 'Tuan' yang di maksudkan oleh Mafia Derry tadi? Adakah dia pengkhianat dalam kumpulan mafia yang di kendali oleh Keluarga Stan ini?
Tolong selamatkan Nek Dii???
Share this novel