MASUK hari ni, sudah tiga hari Lily di kurung dalam bilik kedap ini! Selama tiga hari jugalah dia langsung tidak diberi makan dan minum!
Kejam kan!
Ya... Itulah yang dilakukan oleh Nicholas pada Lily saat ini!
Dan selama tiga hari juga lah kedua - dua tangan nya terikat di belakang!
Lily hanya mampu tersandar pada dinding sahaja tanpa berbuat apa - apa!
Dia tidak mampu untuk meloloskan diri dari bilik kedap ini memandangkan keadaannya yang sudah semakin lemah.
Pandangannya juga sudah semakin kabur!
Kedengaran pintu bilik kedap itu di buka dari luar!
Masuk figura yang di yakini seorang lelaki ke dalam bilik kedap itu. Kemudian pintu bilik kedap itu di katup semula.
Figura lelaki itu mula mendekati dirinya...
"Kesian aku tengok kau ni..." Figura lelaki itu mula bersuara.
Lily memicing matanya untuk melihat susuk tubuh lelaki ini dengan lebih dekat tetapi tidak berjaya. Pandangan nya yang kabur disertakan dengan keadaan yang lemah membuatkan dia gagal mengecam siapa lelaki di hadapan nya kini.
Mujur telinganya tajam mengecam suara lelaki ini...
Ini bukan suara Nicholas! Ini suara lelaki lain! Tapi siapa lelaki ini... Ada keperluan apa lelaki ini masuk ke dalam bilik kedap ini... Hatinya mula berdetik.
Lelaki itu mundar mandir di hadapan Lily sebelum dia bercangkung di hadapan gadis ini!
"Kau dalam keadaan macam ni pun... Tetap aje cantik..." Ujar lelaki itu dengan suara yang miang. Bebola matanya mula mengitari tubuh badan Lily yang kelihatan menggiurkan!
Rambut panjang si gadis mula di usap perlahan!
Hati Lily mula tidak enak bila tapak tangan lelaki itu mula menyentuh kepala nya. Di tambah pula dengan ayat terakhir lelaki ini tadi! Sungguh menyeramkan!
"Awak siapa? Ada keperluan apa awak datang sini?" Soal Lily dengan nada berani.
Lelaki itu hanya ketawa mengekek sahaja mendengar soalan gadis ini.
"Kena kurung macam ni pun masih berlagak nak soal aku macam tu!" Takde angin, takde ribut... Soalan Lily itu di cemuh dengan soalan yang memedihkan.
Matanya masih meliar memandang tubuh kecil molek gadis ini... Lily sudah tidak sedap hati melihat cara pandangan lelaki ini pada dirinya... Perlahan - lahan dia mengesot ke belakang...
Dia menjerit secara tiba - tiba bila betisnya ditarik laju oleh lelaki miang ini!
"Kau ngesot ke belakang tu... Kau ingat kau boleh dapat lari ke hah, perempuan?" Ejek lelaki itu bersama senyuman sinisnya.
"Dari kau mengesot ke belakang tu... Baik kau layan aku dulu... Baru kau boleh mengesot ke belakang..." Tangannya mula menjalar naik ke atas paha Lily. Paha gadis itu di usap perlahan.
Menjerit - jerit Lily bila tangan kasar lelaki itu mula menyentuh kulit paha nya... Kakinya mula menendang tangan dan tubuh lelaki itu yang sudah mara ke arahnya.
Ya... Baju tidur separas betis yang dipakai tempoh hari telah tersingkap ke atas sehingga menampakkan paha nya.
Itu lah pakaian tidur yang di pakai ketika Nicholas menculik nya pada malam itu!
Makin mencanak naik nafsu lelaki itu bila paha gebu milik Lily mula kelihatan. Lily pantas memaling wajahnya ke arah lain bila wajah lelaki durjana ini semakin hampir dengan wajahnya.
Tangan lelaki itu turut menjalar ke arah bahu gadis itu sebelum,
Rakkk!!!
Baju di bahagian bahu Lily di koyak rakus sehinggakan menampakkan tali anak baju yang di pakai oleh gadis ini!
"ARGHH!!" Makin nyaring jeritan Lily bila di perlakukan sebegitu.
"Tolong... Jangan buat saya begini... Tolong... Tolong hentikan!" Rayu Lily!
Dia tidak sanggup maruah nya hancur di tangan lelaki seperti ini! Dia tidak sanggup!
"Kau dah terlambat nak merayu, perempuan... Kau dah terlambat!" Sinis sekali ayat lelaki itu sebelum bibirnya cuba untuk di benam kan pada bahu Lily yang putih melepak itu!
Belum sempat bibir hitamnya mahu mendarat, satu sepakan hinggap di wajahnya sehinggakan lelaki itu tersungkur ke tepi dinding!
Lelaki itu mendesis kesakitan sebelum kepala nya di panggung ke arah gerangan orang yang menendang wajahnya tadi.
"Bo... Bosss??" Berubah pucat wajahnya bila wajah bengis Nicholas muncul di hadapannya.
Belum sempat lelaki itu mahu bersuara lebih lanjut, wajah sudah habuan dari Nicholas!
Bukk!! Bukk!!
Penumbuk Nicholas semakin laju menghentam wajah lelaki itu sehingga kan lelaki itu terdiam tidak berkutik!
Begitu juga dengan Lily!
Walaupun dalam keadaan lemah dan pandangan sedikit kabur, tubuh nya menggigil kuat bila melihat sisi lain Nicholas ini!
Tidak banyak soal, dia menyuruh orang - orang nya untuk membawa lelaki itu keluar dari situ. Mereka mengerti sebelum menyeret tubuh longlai lelaki itu keluar dari bilik kedap itu!
Selesai menguruskan lelaki itu, dia kembali berpaling ke arah Lily yang merengkot ketakutan!
Dia mengarahkan pada orang bawahnya yang masih tersisa di situ untuk membuka ikatan gadis itu sebelum satu isyarat di bagi yang dia dengan orang bawahannya sahaja yang mengerti. Dia kemudian melangkah keluar dari ruang kedap itu!
Orang bawahannya menunduk mengerti sebelum tali yang membaluti tubuh Lily selama tiga hari itu di buka.
Tubuh lemah Lily di bangunkan sebelum di heret keluar dari ruangan itu!
Lily tidak mengerti dengan situasi itu.
Perasaan tidak enak makin merajai hatinya!
Share this novel