MATA LILY MELIAR MEMERHATI sekeliling ruang tamu rumah banglo milik Denny ini!
"Buat masa ni.. Kau stay sini dulu... Kau jangan risau.. Tempat ni jauh dari kawasan bandar.." Denny memberitahu Lily. Lily hanya memandang kosong sahaja. Langsung tiada anggukkan mahupun jawapan keluar dari mulut nya.
Melihat tiada jawapan keluar dari mulut gadis ini, Denny menyambung semula bicaranya.
"Kau naik rehat lah dulu.. Kitorang buat makanan. Nanti kalau dah siap. Kitorang panggil kau turun makan." Putus Denny. Sekali lagi Lily mengangguk mengerti sebelum melangkah perlahan menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.
Setelah memastikan pintu kamar yang di pilih oleh Lily ditutup rapat, barulah ketiga - tiga nya melangkah menuju ke ruang dapur.
Ketiga - tiga lelaki itu mengeluarkan bahan masakan yang diperlukan mengikut cita rasa masing - masing. Tiada langsung ayat mahupun perbualan ketiga - tiga nya ketika menyiapkan masakan.
SETELAH SELESAI MAKAN, LILY KEMBALI BERKURUNG DI kamar yang di huninya.
Denny, Alex dan Ramon hanya memerhati sahaja tanpa mahu menegah. Biarlah gadis itu bersendirian dahulu.
Sekarang fokus pada perbualan mereka sekarang.
"Kau yakin ke yang tempat ni selamat untuk dia buat sementara ni?" Soal Alex pada Denny. Setelah apartmen milik Denny dapat di kesan dan hampir di cerobohi oleh orang - orang Nicholas, Denny terus membawa pergi Lily dan dua rakan nya ke banglo milik keluarga nya yang terletak di jauh di pinggir bandar.
"Aku pun tak tahu, Lex.. Yang pasti, tempat ni aje yang ada untuk kita sorokkan Lily dulu dari orang - orang Nick!" Balas Denny.
Mereka sudah buntu untuk melakukan apa lagi. Memang kesemua anggota keluarga mereka sudah di tempat kan di kawasan yang lebih selamat. Tapi Lily?
Bagaimana mereka mahu membawa gadis itu pergi jauh dari cengkaman kejam Nicholas!
Ramon seperti memikirkan sesuatu sebelum dia bersuara.
"Kalau macam tu, kita kena bawak Lily dan nenek dia keluar dari Malaysia.. Kita bawak ke tempat family aku stay.. Itu sahaja yang kita mampu buat sekarang.. Kita takde pilihan lain." Ramon mula memberi cadangan. Itu sahaja pilihan yang mereka ada sekarang.
Kalau Lily masih tinggal di Malaysia, silap - silap Nicholas dapat cari keberadaan gadis ini pula nanti! Jangan lupa, Nicholas adalah 'bapa' dalam segala kekejaman dari semua ini! Dengan pengaruhnya, tiada siapa yang dapat melawan kekuasaannya termasuk mereka bertiga!
Alex dan Denny hanya mendiamkan diri sahaja. Mengangguk pun tidak. Apatah lagi bersuara! Mereka dalam keadaan dilema sekarang!
Denny merapu muka sebelum dia bersuara setelah lama menyepikan diri tadi.
"Kalau itu pilihan yang kita ada, kita jalankan.. Demi keselamatan Lily." Akhirnya Denny bersetuju.
Alex dan Ramon turut mengangguk setuju.
"SHITT!!!" jerit Nicholas lantang. Botol wain berjenama mewah di tangannya dilempar keras ke arah salah seorang anak buahnya.
Pranggg!!
Botol itu mengenai tepat di dahi lelaki malang itu. Bernard yang berdiri di sisi Nicholas hanya mampu memandang, tergamam melihat kekejaman majikannya.
"Aku suruh cari dan tangkap diorang! Bukannya duduk mengintip macam orang bodoh! Kalau setakat intip macam tu, sampai bila-bila pun kita takkan dapat mereka!" tempik Nicholas lagi. Matanya mencerlung tajam, menikam wajah setiap seorang yang berada di hadapannya hingga mereka hanya mampu tunduk ketakutan.
"Kalau Lily dan tiga ekor tak guna tu tak dapat korang kesan juga... satu persatu nyawa korang aku akan cabut! Faham?!"
"Faham, Bos!!" Kesemua mereka menjawab serentak!
"Dah,korang berambus dari sini.. Aku malas nak hadap muka korang lagi.. Dah, berambus!" Halau Nicholas kepada anak - anak buahnya! Kesemua mereka termasuk lelaki yang menjadi hentaman Nicholas tadi menunduk hormat pada Nicholas sebelum kesemua nya bergegas berlalu pergi dari situ.
"Bernand!" Panggil Nicholas pada orang kanannya.
"Ya,bos." Bernard pantas menghampiri majikannya.
"Aku nak kau cari lagi keberadaan diorang.. Cari sampai jumpa. Aku nak tengok jugak dekat mana diorang sembunyi kan perempuan tak guna tu! Kalau tak dapat jugak, gunakan plan B. Faham?" Wajah Bernard di sebelah di kerling tajam.
"Faham, bos!" Jawab Bernard.
"Dah, kau boleh blah!"
Kini, giliran Bernard pula menjadi mangsa usirannya!
Dia mencapai gelas berisi wain mewah setelah kelibat Bernard menghilang dari bilik kerjanya.
"Korang sengaja buat darah aku naik! Baik, kalau itu yang korang nak.. Aku takkan berlembut dengan korang lagi.. Kita tengok, sejauh mana korang boleh bawak perempuan tu lari.. Dan kita akan tengok, siapa yang akan tersungkur dulu!" Gumam Nicholas perlahan. Gelas berisi wain mewah di teguk rakus!
Lily!
Wait and see!
Makin kejam Nicholas ni???
Share this novel