BAB 2

Romance Series 1727

MATA LILY meliar memandang sekitar kawasan pesta itu! Janny disebelah pula sudah mula tercongok tidak bermaya!

Tulah! Siapa suruh mengada sangat nak lawan si minah kerek tu! Kan tak pasal - pasal mereka berdua kena ganti si minah kerek tu datang pesta ni! Dahlah semua yang datang ni high class belaka! Tergeliat lidah masing - masing bila ada di antara mereka bertutur dalam bahasa Inggeris.

Haih... Kalau lah Miss Anne tahu yang diorang ada dekat sini, mampus kena gulai dengan bos garang mereka tu!

"Ily... Aku bosanlah..."Janny tiba - tiba merengek. Dia sudah berdiri rapat ke arah Lily setia berdiri sejak tadi.

Lily yang mendengar rengekan si Janna hanya menggeleng kepala sahaja.

"Bosan kan... Buatlah lagi lawan mulut dengan Cik Mona tu... Biar bosan kau ni berkali ganda lagi..." Sindir Lily.

Janny hanya mencebik bibir sahaja mendengar sindiran sahabatnya ini.

"Yelah... Yelah... Aku salah.. Aku minta maaf..." Acuh tak acuh aje si Janny meminta maaf. Heiii... Geram betul lah dengan si minah kerek tu! Boleh pulak dia kena mereka berdua! Padahal, tugas ni tugas dia! Dia yang sepatutnya datang... Bukannya dia dengan si Lily ni datang! Tengoklah sekarang... Dah macam tunggul kayu dah dia dengan si Lily ni dok berdiri! Krik! Krik! Jadinya!

Yelah... Pesta high class plus mewah kot! Mana pernah dia dengan si Lily pergi majlis serupa ini! Yang mereka pernah pergi pun, majlis annual dinner Katering tempat mereka bekerja! Itu pun dah kira mewah dah!

"Perhatian... Perhatian..." Suara pengacara majlis dari atas pentas membuatkan mata semua yang berada di pesta itu beralih ke arah pentas. Termasuk juga Lily dan Janny!

"Saya selaku pengacara majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada pesta malam ni... Kehadiran tuan dan puan sekalian saya amat hargai... Dan juga... Terima kasih ini turut di panjang kan kepada team AM Katering yang bertungkus lumus menyediakan juadah untuk pesta malam ini... Terima kasih sekali lagi saya ucapkan..."

Sportlight terus dihala kan ke arah Lily dan Janna yang sedang berdiri sebelah meneyebelah. Terkejut beruk wajah Lily dan Janna bila sportlight betul - betul memanah wajah kedua - duanya. Tersengih kambing kedua - dua nya bila tepukan gemuruh diberikan pada mereka! Kedua - duanya pantas menunduk tanda terima kasih atas ucapan penghargaan pengacara majlis buat mereka berdua!

Dalam keriuhan itu, kedua - dua nya tidak sedar yang satu mata helang milik seorang lelaki memandang tajam ke arah kedua - duanya dari arah sudut yang agak terlindung!

Mata helang lelaki itu tajam menikam ke arah salah seorang dari mereka! Lebih tepat lagi, ke arah Lily yang kelihatan anggun mengenakan blaus berwarna biru!

"ARGHH!! LEGANYA!!" KELUH Janny sambil memusingkan tubuhnya ke kiri dan kanan.

Lily yang melihat gelagat tiga suku sahabatnya itu hanya menggeleng kepala sahaja. Nasib baik mereka berdua berada di luar sekarang... Kalau tak... Buat malu aje dengan perangai aci redah si Janny ni!

"Kau tak payah nak menggeliat sangat! Meh tolong aku angkat barang ni masuk kereta! Karang bising pulak Cik Mona tu nanti!" Mendengus geram Janny mendengar arahan rakannya itu. Orang nak bersenang lenang sikit pun tak boleh ke! Tak guna punya kawan!

Tapi arahan Lily di ikuti juga. Barang yang berada di sebelah gadis itu diangkat lalu menuju ke arah kereta yang terparkir agak jauh dari pintu utama.

Yang si Lily ni pun satu! Pergi parkir kereta tu jauh sangat tu dah kenapa? Kan tak pasal - pasal kena jalan kaki usung benda ni pulak! Haih... Tak habis - habis lagi si Janny ni merungut!

Sementara dibelakang, Lily masih terkial - kial mahu mengimbang barang sedang di usung itu. Dahlah pakai pulak kasut tumit tinggi! Hampir sahaja dia mahu mengetuk kepala sendiri bila mengenang kebodohan nya itu.

Kenapa dia bodoh sangat tak tukar aje kasut tadi? Kan sekarang dah terkial - kial nak berjalan!

Tidak semena - mena kakinya terpelecok dan membuatkan dia hampir tersungkur di atas jalan. Tapi satu pautan tangan seseorang berjaya menyelamatkan tubuhnya dari tersembam atas jalan!

BUKK!!

Kepalanya berlaga dengan dada bidang seseorang!

Barang - barang yang di usung tadi habis berterabur di atas jalan!

Bau wangian semerbak menusuk ke lubang hidung nya bila wajah nya mendekat pada dada orang ini!

"Are you okay, miss?" Suara garau milik seorang lelaki bergema menusuk ke gegendang telinganya.

Bila menyedari tubuhnya berada dalam pautan seorang lelaki, pantas dia menjauhkan tubuhnya sebelum kepala di panggung menghadap lelaki yang memaut tubuhnya tadi.

Terkelu dia bila wajah tampan seorang lelaki singgah di pandangannya...

"Are you okay, miss?" Suara garau milik lelaki itu masih lagi kedengaran.

Lily tidak menjawab pertanyaan lelaki itu!

Matanya masih lagi terbuai dengan ketampanan yang dimiliki oleh lelaki ini!

Jom ke part seterusnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience