BAB 1

Romance Series 1727

MENGELUH lega Lily bila pekerjaan yang dilakukan itu hampir siap semuanya...

Lily, gadis yang berusia 19 tahun ini adalah salah seorang pekerja di Katering milik seorang wanita yang di kenali dengan panggilan Miss Anne saja...

Anna Bell atau mesra di panggil Miss Anne adalah pemilik Katering ini... Katering ini telah diusahakan bersama mendiang suaminya Mr. Michael yang meninggal dunia setahun yang lalu...

"Ily.. Kau okay tak ni..." Soal salah seorang teman Lily yang turut kerja di situ. Dia adalah Janny, teman rapat Lily.

"Aku okay aje..." Jawab Lily.

Yelah... Takkan dia nak cakap tak okay pulak! Karang kecil hati pulak hati si Janny ni bila cakap macam tu nanti!

Belum sempat si Janny menjawab, laungan Mona, pembantu Miss Anne dari dalam restoran mematikan perbualan antara kedua sahabat itu!

" Lily, Janny! Mari masuk kejap... Ada benda yang aku nak bincang dengan korang berdua!" Panggil Mona kepada kedua - dua gadis itu sebelum dia masuk kembali ke dalam restoran dengan lenggok kereknya!

Mengeluh lemah si Janny bila mendengar laungan si minah kerek itu!

"Apa lagi si kerek tu nak suruh kita buat lagi..." Rungut Janny perlahan. Tapi diturutkan juga arahan si pembantu bos! Pembantu tu! Bukannya bos! Tapi kereknya bukan main! Menyampah!

Lily hanya tersenyum nipis sahaja saat mendengar rungutan keluar dari mulut sahabatnya ini! Langkah sahabatnya yang sudah pun berada di hadapan diekori perlahan...

Haih! Orang nak rehat pun tak senang! Ada aje si minah kerek ni nak suruh diorang buat!

KAN DAH AGAK!

Bila dah kena panggil dengan si minah kerek ni, mesti ada sesuatu yang perlu mereka berdua lakukan! Takkan lah si minah kerek ni nak suruh saja macam tu!

"Aku dapat perintah dari Miss Anne... Korang berdua harus sertai pesta ni..." Satu surat jemputan di hulur kasar ke arah Janny dengan Lily. Janny menyambut nak tak nak aje dari tangan si minah kerek ini! Naik meluat Janna melihat cara Mona menyapu kedua - dua belah tangannya!

Lily pantas mengambil surat jemputan dari tangan Janna sebelum aturcara majlis itu dibaca teliti.

"Pesta apa ni, Cik Mona?" Soal Lily.

"Haih... Takkan tak nampak dia tulis pesta apa dekat situ... Dah rabun sangat ke mata tu..." Perli Mona selamba.

Terkatup mulut Lily bila di perli sebegitu.

Naik mendidih hati Janny bila melihat Mona dengan sewenang - wenangnya memerli Lily. Hai! Ada jugak minah kena penumbuk dia karang!

" Haih... Selama ni... Si Lily ni tak pernah rabun pun... Yang rabun tu Cik Mona sendiri... Elok - elok mata tu boleh nampak... Jadi tak nampak pulak nanti!" Nah! Sedas si Janny ni bagi dekat minah kerek ni! Ingat dia nak diamkan aje ke! Tak padan dengan status hanya pembantu bos! Berlagak bukan main!

Berubah kelat wajah Mona bila mendengar sindiran pedas keluar dari mulut si Janny mulut kepoh ini!

Lily yang mendengar ayat pedas sahabatnya pantas menyiku perut gadis itu!

"Apa?" Sengaja Janny menyoal Lily dengan muka minta penampar!

Manakala Lily pula sedaya upaya untuk menyuruh Janny menghentikan tindakan nya bila melihat wajah si pembantu bos sudah mula berubah rupa!

"Dah... Sekarang... Aku nak korang berdua pergi pesta ni... Dan aku nak... Korang pergi sebagai tetamu vip... Dan bukan sebagai pelayan... Faham?" Nah! Sekali si minah kerek ni hantar peluru berpandu! Terbeliak biji mata kau! Padan muka!

"Apa?? Tetamu vip??" Serentak Lily dan Janny bersuara.

Tetamu vip?

Gila ke apa si Mona ni suruh mereka berdua pergi pesta tu sebagai tetamu vip? Bukan ni tugas dia ke sebagai pembantu bos ke?

Aduhai... Kaw - kaw si minah kerek ni kenakan mereka!

Kalau lah bos mereka tahu, mahu mereka berdua kena pecat nanti!

Ada nama author di sini.. Saja letak nama sendiri... Hehehe...

Share this novel

Mona Ho
2025-04-08 22:50:12 

Baik

DHIA AMIRA.
2025-04-08 21:36:38 

mona, klu islam arwah tau...


NovelPlus Premium

The best ads free experience