"ILY... AKU BALIK dulu lah..." Ujar Janny pada sahabatnya.
"Lagipun... Abang aku ada ambik aku tu..." Ujar Janny lagi kepada Lily sambil bibirnya muncung menunjukkan ke arah abangnya, Jai yang setia menunggu dirinya dari tadi.
Lily mengangguk perlahan sebelum tangan nya melambai ke arah Janny yang sudah pun menuju ke arah abangnya.
Dia pula meneruskan perjalanan menuju ke arah bus stop. Jam di pergelangan tangan di kerling! Jam sudah hampir menginjak ke angka 8 malam!
Haraplah ada bas terakhir nanti!
Kebiasaannya, dia dan Janny akan tunggu bas pukul 7.30 malam sebab kerja mereka selesai dalam pukul 7 malam. Catering tempat dia bekerja ni pun tidak jauh dari perhentian bas. 5 minit pun dah sampai!
Tapi hari ni, Bos mereka, Miss Anne ada buat jamuan sikit... Tu yang jadi terlewat sedikit dari Kebiasaannya... Janny ada pelawa dia tadi naik dengan dia... Tapi Lily pantas menolak... Jalan ke rumah dia dengan rumah Janny tak sehala.... Lagi pula... Janny dengan abang Jai ada urusan di luar... Takkan dia nak menempel di situ... Nanti tak memasal urusan orang tertangguh gara - gara dia!
Nak naik dengan Nick, buah hatinya itu pula berada di luar kawasan... Jadi terpaksa lah dia naik bas juga... Alah... Tak lama dah pun... 8.15 minit... Sampailah bas terakhir tu nanti!
Belum sempat kakinya sampai di perhentian bas, terasa tubuh di paut kasar oleh sepasang tangan kekar dari arah kiri!
Dia ingin menjerit tetapi tidak berjaya bila tangan kekar itu menekup mulutnya pula!
Tubuhnya laju di heret menuju ke arah sebuah kenderaan mewah. Pintu kereta pantas di buka sebelum tubuh kecil nya di sumbat masuk ke dalam perut kereta mewah itu!
"Aduh!!" Lily mengaduh bila tubuh nya di sumbat masuk secara paksa ke dalam perut kereta itu!
"Hello, dear! Miss me?"
Terhenti gerak geri Lily bila suara seseorang seperti di kenali menerjah gegendang telinganya!
Tubuhnya pantas di pusing ke arah suara itu dan...
Membesar matanya melihat seseorang yang amat dikenali sedang tersenyum sinis pada dirinya!
Dan mata itu... Mata yang seperti mahu menikam dirinya!
"KAMU PERGI MANA, ILY sampai sekarang baru balik?" Terus Nek Di menyoal Lily sebaik sahaja melihat kelibat cucunya di balik pintu utama.
Tapi soalan Nek Di langsung tak di jawab oleh Lily. Dia hanya terus melangkah melepasi tubuh Nek Di dan terus menonong menuju ke arah biliknya. Pintu bilik di buka dan dia terus meloloskan dirinya ke dalam bilik.
Klik!
Bunyi tombol pintu di tutup dari dalam!
Naik hairan Nek Di bila melihat wajah mendung cucunya itu.
Bingkas dia melangkah menuju ke arah bilik cucunya sebelum pintu itu diketuk.
"ILY... Kenapa ni sayang? ILY ada masalah ke?" Soal Nek Di pada cucunya. Tangan nya sudah naik mengetuk pintu bilik cucu nya ini.
Tapi Lily di dalam langsung tidak menjawab panggilan nenek nya. Dia masih berteluku di tepi katilnya.
Sejenak kemudian, dia terfikir akan sesuatu!
Dia bingkas bangun dan me langkah menuju ke arah almarinya. Sebuah kotak yang berisi barang lama milik Lyla di atas almari di capai lalu di letakkan di atas lantai.
Kotak itu di buka.
Barang - barang milik arwah kakaknya di selongkar satu persatu!
Panggilan Nek Di memanggil dirinya di luar bilik langsung tak dihiraukan!
Dia harus cari sesuatu untuk di jadikan bukti!
Tangannya masih menyelongkar sehinggalah matanya tertumpu pada beberapa keping gambar lama milik arwah Lyla!
Gambar itu di ambil!
Gambar itu dibawa mendekat ke arah wajahnya sebelum di tilik satu persatu!
Gambar Lyla bersama empat lelaki di perhati lagi!
Hampir tak bernafas dia bila mengenali tiga dari empat lelaki yang berada dalam gambar itu!
Sejenak kata - kata lelaki tadi mula terngiang - ngiang di telinganya!
"Kau ingat Nick takkan tahu siapa kau sebenarnya, Lily! Kau ingat Nick takkan cari tahu siapa berada dengan arwah Lyla waktu tu? Kau takkan selamanya bahagia Lily sebab kaulah punca Lyla mati! Dan kau juga jadi punca aku dengan dia putus kawan! Kau kena semat dalam kepala kau ni... Yang kau takkan selamanya bahagia atas apa yang kau dah buat!"
Perlahan - lahan gambar di tangan melurut jatuh di atas lantai.
Air mata yang mula mengalir langsung tak di dekat!
Apa dah jadi ni? Kenapa Nick yang perlu jadi kekasih hatinya sekarang? Kenapa Nick?
Lutut di bawa ke dada sebelum dia menghambur tangisan di situ.
Kenapa semua ini baru muncul sekarang?
Kenapa perlu mereka semua hadir dalam hidup dia??
Dia tak salah!!
Bukan dia penyebab kematian Lyla!!
Bukan dia!!
Lelaki yang berkata pada dia tadi hanya melihat sekerat sahaja apa yang terjadi waktu itu.
Selebihnya, hanya dia dan arwah Lyla sahaja yang tahu!
Yang penting sekarang, adakah Nick percaya apa yang terjadi antara dia Lyla 5 tahun lalu??
Aduh siapa pulak lelaki yang tarik lily itu tadi...
Share this novel