BAB 13

Romance Series 1727

MENDENGUS GERAM Nicholas bila panggilan yang di buat masuk ke peti simpanan suara.

"Hish!! Mana pula dia ni!! Call langsung tak jawab!!" Rungut Nicholas sendirian.

Nombor telefon Lily di dail lagi.

Sekali lagi dia mengeluh bila panggilan di buat masuk ke peti simpanan suara.

Kenapa dengan dia ni?? Ada sesuatu terjadi ke sampai telefon pun tak angkat??

Nicholas sudah tidak keruan!!

Dia mula mundar mandir memikir kan perihal Lily yang tidak mahu menjawab panggilan nya.

Alex yang baru sahaja keluar dari dapur merenung hairan melihat tingkah sahabatnya yang bagai cacing kepanasan itu.

"Kau dah kenapa, Nick? Dari tadi aku tengok dok ke hulur ke hilir..." Soal Alex. Punggungnya pantas di labuh di atas sofa bersebelahan Nicholas.

"Ni haa... Lily... Aku call... Langsung tak jawab... Naik kematu dah jari aku asyik call dia aje dari tadi..." Rungut Nicholas. Telefon pintar di tangan tak lepas di dari pandangannya.

"Kau dah cari dia dekat tempat kerja?" Usul Alex lagi...

Mana tahu... Kot - kot minah kesayangan sahabatnya ini ada di situ...

"Dah... Aku dah pergi cari dia dekat situ... Bos dia bagitau... Dia ambik cuti seminggu..."

"Kalau macam tu... Kau carilah dia dekat rumah dia pulak... Kau ada address dia kan... Mana tahu... Ada dekat situ... Bimbang sesuatu terjadi aje..." Usul Alex lagi.

"Aku.. Aku tak tahu dia tinggal dekat mana... Alamat dia pun... Aku tak tahu..."Beritahu Nicholas jujur.

Spontan Alex menepuk dahinya bila mendengar ayat Nicholas itu.

Lorrr... Pak we jenis apalah si Nick ni sampaikan alamat rumah makwe sendiri pun takde?

"Kau ni memang lah, Nick! Nama aje couple in the world... Alamat awek sendiri pun takde..." Kutuk Alex selamba.

Menjeling tajam Nicholas ke arah Alex saat telinganya mendengar kutukan sahabatnya itu.

Nak balas balik ayat kutukan si Alex ni... Macam tak berbaloi pula... Karang... Panjang lagi kutukan mamat ni nanti...

Si Alex ni bukan boleh percaya... Silap sikit ayat dia bagi... Terus ayat Kutuk dia keluar!

Nak cari dekat mana lagi ya si Lily ni?

Serata tempat dah dia cari... Tak jumpa jugak...

"Aku ada satu idea... Kalau kau nak cari Lily kesayangan kau tu... Aku pergi lah jumpa kawan rapat dia tu... Confirm dapat alamat si Lily tu tinggal dekat mana..." Cadang Alex.

"Ya tak ya jugak... Lupa pulak aku dekat budak ni..." Ujar Nicholas bersama sengihan gembira bila figura seseorang terlintas di kepala nya.

Menjuling mata Alex mendengar ayat sahabatnya ini.

Kadang - kadang si Nick ni ada masa bengong jugak!

Nasib baik ada kawan baik hati macam dia ni!

MATA NICHOLAS liar memerhati rumah papan ini...

Not bad...

Cantik dan kemas walaupun hanya sebuah rumah papan separuh batu.

"Maaf lah buat kamu menunggu lama... Ni Nek Di ada buat kan kamu air kopi..." Celah Nek Di yang muncul secara tiba - tiba dari arah dapur sambil tangan nya menatang dulang berisi air kopi dan dua biji cawan.

Dulang itu diletakkan di atas meja kopi berhadapan lelaki ini.

"Eh, Nek Di ni... Buat susah - susah aje..." Ujar Nicholas dengan sengih segannya.

"Alah kamu ni... Kamu pertama kali datang sini... Mesti Nek Di sediakan air.... Tapi maaflah... Nek Di tak sempat nak sediakan sesuatu yang enak untuk kamu..." Ujar Nek Di dengan rendah diri.

"Alah Nek Di... Saya yang patut minta maaf dengan Nek Di sebab datang sini macam tu aje... Tak maklum awal..."

"Itu lah... Nek Di pun terkejut jugak bila kamu kata kamu kawan si Ily... Maklumlah... Cucu Nek Di tu payah sikit nak berkawan rapat dengan orang ni... Kawan rapat dia pun... Si Janny tu ajelah... Tu pun perempuan... Takde kawan lelaki..." Beritahu Nek Di.

Terangguk - angguk kepala Nicholas bila diberitahu perihal tentang gadis itu.

Dalam hati, terbit juga rasa bangga bila di beritahu yang dia adalah rakan lelaki pertama gadis itu.

" Eh... Minum lah air kopi tu... " Pelawa Nek Di.

Nicholas menggangguk perlahan sebelum cawan berisi air kopi yang di tuang oleh wanita ini tadi di capai lalu dicicip perlahan. Dalam masa yang sama, matanya masih lagi mengitari sekitar ruang tamu rumah itu. Cicipan air kopi nya terhenti bila mata nya tertancap pada gambar Lily yang tersenyum ceria di sebelah seseorang yang amat di kenali.

Cawan yang masih berisi separuh air kopi di letakkan di atas meja sebelum dia bersuara.

"Maaf Nek Di... Nak tanya sesuatu boleh?"

"Boleh... Nak tanya apa tu?"

"Errr... Siapa ya gambar budak perempuan yang berdiri dekat sebelah Lily tu..." Tanya Nicholas tanpa bertangguh. Matanya masih lagi menatap tajam pada gambar tersebut.

"Ooo... Gambar tu..." Ujar Nek Di sebelum dia bangkit dari tempat duduknya dan terus berlalu ke arah bingkai gambar itu. Bingkai gambar itu diambil... Dia kembali semula ke tempat duduknya dengan bingkai gambar di tangan.

"Ini... Ini kakak Lily... Lyla namanya..." Beritahu Nek Di.

Berdentum hati Nicholas bila nama seseorang meniti di bibir wanita separuh abad ini...

"Boleh saya tengok gambar tu Nek Di..." Pinta Nicholas dengan suara menggeletar menahan rasa.

"Boleh... Nah!!" Bingkai gambar Lyla bersama Lily di hulur ke arah Nicholas.

Menggigil tangan Nicholas saat menyambut bingkai gambar dari tangan Nek Di.

Gambar itu di tenung dengan sedalam yang mungkin!

Sah!

Itu adalah figura arwah Lyla... Gadis yang menjadi kesayangan nya lima tahun lalu...

Tak sangka...

Rupanya... Lyla dan Lily adalah adik beradik!

"Boleh saya tahu... Dekat mana kakak Lily ni... Dari tadi saya langsung tak nampak kelibat dia..." Penuh berhati - hati Nicholas bertanya pada wanita separuh abad ini... Karang salah cakap... Orang tua ni syak pulak...

Berubah mendung air muka Nek Di bila perihal arwah Lyla di soal.

"Dia dah takde, Nick... Lyla dah meninggal 5 tahun lepas dalam kemalangan..." Beritahu Nek Di dengan suara yang mula parau.

"Maafkan saya Nek Di..." Itu sahaja yang mampu di jawab sekarang...

"Sejak kematian Lyla... Lily dah mula berubah... Dia selalu salahkan diri dia..." Pantas Nicholas memagungkan kepalanya ke arah Nek Di bila nama Lily meniti di bibir wanita seoaruh abad ini.

"Maksud Nek Di apa? Lily salahkan diri dia?"

Nek Di mengangguk perlahan.

"Lily rapat sangat dengan kakak dia, Lyla... Segala apa yang di buat mesti sama - sama... Tapi keadaan mula berubah bila Lyla mula bercampur dengan satu kumpulan ni... Puas sudah si Lily nasihatkan kakak dia... Tapi.. Lyla tetap dengan pendirian dia... Lyla... Mula berubah sejak mereka berdua hilang orang tua..."Ujar Nek Di dengan suara yang mula serak.

"Lily ada terlepas cakap dekat kakak dia... Yang dia akan sumbatkan setiap seorang ahli kumpulan buat kakak dia berubah macam tu ke dalam penjara... Lyla berang dan Lyla membela mereka... Diorang gaduh besar... Dan Lyla terus pergi dari rumah ni... Tak lama lepas tu... Kami dengar berita dia meninggal dalam satu kebakaran... Sejak dari tu... Lily dah mula berubah... Dia selalu salahkan diri yang menjadi kematian kakak dia..." Mata Nek Di mula bergenang bila mengenang kan kisah lalu.

Nicholas terdiam mendengar luahan wanita separuh abad ini.

Hatinya kembali berdenyut bila nama Lyla kembali disebut.

Baru dia tahu apa yang terjadi dahulu...

Tapi hatinya masih tidak enak...

Kalau orang lain mendengar kebenaran tentang kematian Lyla ini dibuka, akan merasa lega... Tapi... Dia...

Kenapa dia rasakan ada sesuatu yang asing lagi disebalik kebenaran kematian Lyla ini?

Seolah - olah ada lagi yang disembunyikan oleh Lily ini... Kalau tak sembunyikan... Kenapa perlu menghindarkan diri dari dia?

LILY HANYA MENATAP sekilas sahaja kereta mewah yang baru melintasi dirinya.

Dia kembali fokus pada jalan sambil menjinjing beg plastik yang penuh dengan barang dapur.

"Nenek..." Panggil Lily sebaik sahaja sampai di tangga rumah.

Dia terus masuk ke dalam rumah.

Dahinya Berkerut bila melihat Nek Di sedang mengemas cawan ke dalam dulang.

"Haa... Balik pun kamu... Ada ke beli apa yang nenek pesan tadi..." Soal Nek Di bila perasan akan kelibat cucunya di muka pintu.

"Ada orang datang rumah ke, Nek..." Soalan Nek Di di balas soalan.

"Ada... Kawan kamu..."

Dahi Lily kembali berkerut.

"Kawan, Ily... Siapa? Janny?"

"Janny apanya... Bukanlah... Kawan kamu yang lain..
Pandai kamu simpan rahsia ya dari nenek..."

Kawan yang lain? Aik, Nenek ni... Bila masa pulak dia ada kawan yang lain... Hanya Janny seorang aje kawan kalau dia ada pun!

"Nenek ni... Mengarut lah... Mana ada Ily ni kawan yang lain... Yang ada pun... Si Janny mulut kepoh tu ajelah..." Balas Lily sambil meletakkan plastik berisi barang dapur di meja makan. Sekarang mereka berdua berada di ruang dapur.

"Kamu jangan nak berdalih sangatlah dengan nenek... Habis tu... Si Nick tu bukan kawan kamu ke..."

Terus berdiri kaku Lily bila nama Nicholas meniti di bibir nenek nya ini.

"Apa dia, Nek? Nicholas?"

"Ya... Nicholas nama dia... Dia kata dia kawan kamu..."

Berubah pucat terus muka Lily bila mendapat tahu yang lelaki itu sudah datang ke rumah mereka. Perasaan tidak enak dan cemas mula menguasai hatinya saat ini!

Apa yang lelaki tu nak lagi sehingga sanggup datang ke rumah mereka ini?

Ah sudah... Nick dah tahu tempat tinggal Lily

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-04-12 17:48:28 

nexx


NovelPlus Premium

The best ads free experience