BAB 28

Romance Series 1727

SEJAK DARI PERISTIWA Nicholas meragutnya kehormatan dirinya, kehidupan Lily mula berubah seratus peratus.

Sejak dari peristiwa itu, bukan sekali dia menjadi bahan mainan lelaki kejam itu. Pantang ada peluang, tubuh mungil nya  dijadikan bahan pemuas nafsu Nicholas.

LILY MEMEJAMKAN matanya bila menyedari ada pergerakan orang disebelahnya. Kedengaran keluhan menggeliat terbit dari mulut NICHOLAS.

"Lepas ni, kau pergi buatkan aku makanan.. Aku lapar.." Arah Nicholas sambil mengerling ke arah Lily yang masih di selimuti gebar miliknya. Tubuh belakang si gadis yang putih melepak di kerling sekilas.

Lily hanya masih diam tidak berkutik di tempatnya. Nicholas mendengus keras sebelum bersuara dengan lebih kasar lagi.

"Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni, perempuan?" Jerkahan Nicholas itu membuatkan bahu Lily terhinggut.

"Ya... Saya faham," Jawab Lily perlahan.

Nicholas bangun dengan boxer masih di tubuh sebelum melangkah menuju ke bilik mandi. Tuala sudah pun di sediakan di dalam bilik mandi. Melihat Nicholas menghilang di balik pintu bilik mandi, perlahan - lahan lily bangun dari pembaringan nya sebelum dia duduk termenung sejenak. Kesan lebam di serata tubuh nya di perhati satu persatu. Sedetik kemudian, air matanya mula jatuh membasahi pipi nya cengkung. Pakaian nya berterabur di atas lantai dicapai satu persatu kemudian di sarung ke tubuhnya yang kurus.

Wajahnya yang masih tersisa dengan air mata di kesat laju. Dia tiada masa untuk bersedih sekarang. Dia harus menyediakan apa yang lelaki itu mahukan!

Kalau dia tidak menyediakan nanti, bersiap sedia lah tubuh nya menjadi mangsa kejam Nicholas!

NICHOLAS MENIKMATI makanan yang di buat oleh Lily tanpa banyak bicara. Dan itu membuatkan Lily sudah menarik nafas lega. Lega kerana tiada mangkuk dan pinggan melayang ke arah dirinya. Tetapi sekarang dia harus tetap berdiri di sisi lelaki ini sehingga lelaki ini selesai makan.

Nicholas sudah selesai menghabiskan makanan nya. Mulutnya di lap dengan tisu. Bergegas Lily mengemas meja makan sebaik sahaja melihat lelaki itu sudah bangun dari tempat duduknya. Tetapi lelaki itu tidak terus berlalu dari situ.

"Nah! Sebelum jadi apa - apa.. Kau makan benda ni!" Dia melempar kan sesuatu ke hadapan Lily yang sedang mengemas meja.

Tersentak gadis itu bila sesuatu berbentuk seperti pil di lempar oleh Nicholas ke arah dirinya.

"Aku nak, kau makan ubat ni ikut waktu.. Jangan tinggal sebiji pun! Aku tak nak sesuatu yang aku tak rela terbit dalam perut perempuan tak guna macam kau ni!" Cemuh Nicholas tanpa bertapis. Terpejam mata Lily saat mendengar cemuhan yang keluar dari mulut lelaki kejam ini!

" Kau faham tak apa yang aku cakap kan ni? " Jerkah Nicholas. Itu sahaja modalnya bila Lily langsung tidak menjawab pertanyaan nya.

"Ya.. Saya faham," Hampir tak kedengaran suara Lily membalas.

"Good.. Macam tulah kalau nak jadi perempuan yang cerdik!" Hina lelaki ini lagi.

"Dah, aku takde masa nak layan kau! Baik aku blah sekarang dari menghadap muka kau yang dah meloyakan tekak aku!" Usai mencemuh Lily, Nicholas terus berlalu pergi dari situ. Pergi meninggalkan Lily yang masih menunduk dengan kata - kata hinaan nya tadi.

Setelah kelibat Nicholas sudah menghilang ke depan, barulah Lily mengerling ke arah benda yang dilempar oleh lelaki itu tadi.

Sebiji botol kecil berwarna putih tergeletak di atas mejap. Tangan Lily menggigil halus saat dia mencapai botol itu. Mata bundarnya meneliti label di permukaan—pil perancang. Sebak yang cuba ditahan terasa menyesakkan dada.

Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya jatuh setitis demi setitis membasahi pipi pucatnya. Hatinya remuk mengenangkan betapa hinanya dia di mata Nicholas. Setiap kata-kata lelaki itu tadi berulang-ulang dalam benaknya, menikam perasaannya tanpa belas.

"Aku ni... tak ada harga langsung ke di mata dia?" bisik hatinya pilu.

Lily menggenggam botol itu erat, nafasnya terasa memberat. Bukan kehendaknya berada dalam keadaan ini, namun dia tak pernah punya pilihan sejak dia terperangkap dalam permainan kejam Nicholas.

Sesaat kemudian, dia menggeleng perlahan, cuba memujuk hati sendiri. Aku kena kuat Lily... Kena kuat.. Jangan lemah!

Dengan tangan yang lemah, Lily membuka botol itu dan merenung pil-pil kecil di dalamnya. Perasaan bercampur-baur antara marah, kecewa, dan hinaan yang masih terasa membaluti dirinya. Tanpa sedar, air mata terus mengalir, membasahi jemarinya yang masih menggenggam erat botol tersebut.

Nick!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience