SUDAH HAMPIR LIMA TAHUN ibu bapa Lily meninggal dunia. Begitu juga dengan kakak nya, Lyla! Dalam tempoh lima tahun itu jugalah, Nek Di dan Lily selalu membuat kebaikan dengan bersedekah pada orang yang memerlukan!
USAI BERSEDEKAH KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN, KEDUA CUCU DAN nenek itu kembali ke rumah.
Langkah Lily terhenti bila matanya tertancap pada satu gambar yang mengandungi figura arwah kakak nya. Gambar itu diperhati.
Melihat senyuman manis Lyla di sebelah nya itu, tidak semena - mena kejadian 5 tahun lalu kembali menjengah Otaknya. Tanpa sedar air mata mula menitis membasahi pipinya.
"Yang kamu tercegat dekat situ lagi dah kenapa... Mari turun makan dengan nenek dekat dapur..." Suara Nek Di yang berada di tangga dapur membuatkan Lily tersentak. Pantas air mata yang menitis di pipi disekat laju.
"Ya... Nanti Ily turun... Ily nak tukar baju dulu..." Ujar Lily sebelum terburu - buru masuk ke dalam biliknya.
Naik hairan Nek Di melihat tingkah kelam kabut cucu nya itu.
Kemudian mata tuanya terarah pada potret di atas meja. Wajah arwah cucu sulungnya, Lyla di perhati dengan perasaan yang sukar di gambar kan!
Ya.. Dia tahu apa yang ada dalam difikiran Lily tadi!
Mata tuanya tidak menipu melihat air mata Lily mengalir setiap kali potret arwah Lyla di perhati.
Dia tahu... Kejadian 5 tahun lalu masih segar di ingatan gadis itu! Dan kerana kejadian itu juga, nyawa Lyla melayang! Tapi... Sebagai orang tua, dia tidak tahu untuk lakukan apa lagi buat Lily untuk menghilang kan kenangan pahit itu!
Lily... Nampak sahaja luarannya happy - go - lucky tapi sebaliknya di dalam hati... Tiada siapa yang tahu!
Kerana dia hanya seorang Lily!
Orang yang menyimpan sesuatu di dalam hati!
Share this novel