BERNARD MENYELIMUTI TUBUH Nicholas sebaik sahaja Dr. Erdy selesai merawat. Mujur juga peluru yang menembusi dada kanan lelaki ini tadi tidak mengenai organ penting. Dah tak memasal berbalut macam si Jai dah pula!
Mereka yang hanya memerhati sahaja memerhati tubuh kaku Nicholas yang terbaring itu.
"Kan eloknya mampus aje! Ni tak, di selamatkan pulak si setan ni buat apa?" Dah mulalah ayat savage si Denny ni!
Alex sudah menjegilkan bebola matanya ke arah Denny supaya untuk menghentikan ayat savage nya itu!
"Apa? Betul apa yang aku cakap kan ni? Nak selamatkan dia buat apa? Oh, baru sekarang nak rasa menyesal, apa lah... Entah nanti... Masa dia sedar balik... Dia buat lagi perangai haram jadah dia tu!" Tak habis - habis Denny mengutuk Nicholas.
Alex yang mendengar ayat Denny itu sudah tidak tahan sebelum tubuh Denny yang sama tinggi dengannya itu di tarik keluar dari bilik itu.
"Hish... Apa benda kau ni, Lex?" Marah Denny bila Alex mengheret tubuh nya pergi dari situ.
Kini tinggallah Jai, Ramon, Bernard dan Dr. Erdy. Janny awal - awal lagi sudah berada di ruang dapur. Malas dia nak hadap muka Nicholas. Loya katanya!
Oh ya! Janny di suruh Dr. Erdy untuk menempat di vila lelaki ini kerana sudah jauh malam. Lagipun, ibu Janny dan Jai tiada di rumah buat masa sekarang. Jadi demi keselamatan gadis itu, Dr. Erdy memberi keizinan adik perempuan Jai itu untuk menginap di kawasan nya untuk malam ini.
"Aku dah rawat dia... Mungkin dalam 4 atau 5 jam lagi dia akan sedar..." Beritahu Dr. Erdy pada mereka yang berada di situ. Dia mula mengemas peralatan nya sebelum berlalu keluar dari kamar itu. Jangan risau! Kamar di vila tua milik Dr. Erdy ini cukup untuk menampung mereka semua! Dr. Erdy kan salah satu orang kaya!
"Macam mana dengan Dex?" Soal Ramon setelah agak lama mendiamkan diri tadi.
"Dah jadi arwah pun!" Balas Bernard selamba.
Ramon mengangguk mengerti. Tak perlu untuk bertanya lagi.
"Dahlah... Jom keluar... Biar dia berehat!" Jai pula mula bersuara. Wajah lesu dan pucat milik di pandang sekilas.
Ya... Sejujurnya... Hatinya sakit dengan kejadian tempoh hari! Lebih sakit bila wanita yang menjadi pujaan nya di sakiti tanpa belas oleh lelaki sekejam Nicholas ini! Tapi bila tengok keadaan lelaki ini seperti ini tadi, tak tahu perasaan macam mana hendak di gambarkan! Apa - apa pun, kita akan tengok masa dia akan sedar nanti!
Mereka bertiga pun berlalu dari kamar itu!
NICHOLAS SUDAH SEDAR sejak 5 jam yang lalu. Dan kini dia perlahan - lahan menapak keluar menuju ke arah pintu bilik. Dadanya masih terasa senak lagi. Dari dalam lagi kedengaran sayup - sayup riuh rendah dari luar. Entah apa yang riuh sangat pun dia tak tahu! Pintu kamar di buka perlahan dan dia mula menapak keluar. Suasana yang riuh rendah mulai senyap bila susuk tubuh Nicholas berada di ruang tamu yang luas ini.
"Eh, kau dah bangun? Meh sini... Aku ada buatkan sarapan..." Pelawa Dr. Erdy pada Nicholas. Nicholas hanya tersenyum kelat sebelum menapak menuju ke ruang meja makan.
"Ehemm... Er... Aku keluar dulu... Tiba - tiba rasa panas pulak dekat sini..." Denny mula bersuara sebelum bangun dan bergegas menuju ke arah pintu utama. Wajah Nicholas langsung tak di pandang. Nicholas hanya memandang sekilas sahaja kelibat sahabatnya itu. Dia tahu... Yang sebenarnya Denny tidak mahu akan kehadiran nya di ruangan ini! Sebab itu lah lelaki itu meminta diri tadi. Nasib Janny dah balik ke rumah. Kalau tak, mahu kena palau kuat dengan minah lampir itu!
Jai yang melihat keadaan kekok dan canggung itu sudah bangun untuk menuju ke kamar nya. Tidak betah juga berlama - lama di situ. Rasa kaku sangat!
Dia memberi isyarat pada semua untuk menuju ke biliknya.
"Jai..." Terhenti langkah Jai bila namanya di seru oleh Nicholas. Dia pantas berpaling menghadap lelaki ini.
"Aku nak minta maaf dekat kau... Sebab aku hampir nak tamatkan riwayat kau... Aku khilaf... Aku berdosa besar dekat kau... Dekat semua orang... Aku jahat dengan korang semua padahal korang semua adalah sahabat aku... Yang sentiasa dengan aku... Tapi aku tak endahkan... Aku terlalu ikut nafsu kejam aku... Aku abaikan nasihat korang semua... Sekarang aku dah hancur... Maafkan aku korang... Maafkan aku... " Tiba - tiba Nicholas melutut bersama tangisan nya yang mula pecah.
Ya... Perasan bersalah, menyesal dan kesal bergabung di hatinya saat ini.
"Aku dah banyak buat salah dekat Lily... Aku dah hancur kan jiwa dia... Maruah dia... Seksa hati dia... Seksa tubuh dia... Aku... Aku tak tahu lagi nak kata apa... Aku terlalu kejam... Aku lah lelaki paling kejam..." Tak sudah - sudah Nicholas menyalahkan diri nya!
Alex yang melihat keadaan Nicholas itu perlahan - lahan melangkah ke arah lelaki itu sebelum...
Bukk!!!
Satu tumbukan padu dari Alex hinggap di wajah Nicholas membuatkan lelaki itu tersungkur di atas lantai.
"Lex!!!" Ramon dan Dr. Erdy menjerit serentak!
Alex mula hanya memberi reaksi hambar sahaja.
"Itu adalah hadiah untuk kuat, Nick! Tapi bagi aku itu belum cukup lagi nak tebus kesalahan kau tu... Kalau nak di ikutkan hati aku yang tidak berperikemanusiaan ini... Aku bunuh aje kau ni!" Hambur Alex. Sudah lama dia pendam kemarahan di hati nya. Dan kali ini, dia benar - benar telah meluahkan segalanya.
"Tapi bila kau tengok kau macam ni... Hati aku larang Nick! Sebab apa? Kau nak tahu sebab apa? Sebab kau tu kawan aku! Kawan aku Nick! Aku tak tergamak nak bunuh kawan aku sendiri... Tapi kau... Kau dah kitorang tiga orang ni hampir hilang nyawa tau tak!" Jerkah Alex lagi.
Nicholas hanya membatu di tempatnya. Sungguh! Apa yang di luah kan oleh Alex tadi benar belaka! Dia telah hampir menamatkan nyawa ketiga - tiga rakannya hanya kerana sifat kejam nya. Termasuk keluarga sahabat - sahabatnya itu! Habis di ugutnya!
"Dan yang paling aku tak boleh terima... Kau boleh seksa Lily... Seksa budak yang tak bersalah tu... Lepas kau seksa dia... Kau musnahkan hidup dia... Kau buat dia macam hamba kau... Kau jadikan dia slave sex kau... Sampai dia mengandung kan anak kau... Manusia jenis apa kau ni hah Nick?"
"Sekarang aku dah tahu kau dah insaf, kau dah menyesal... Tapi dengan kekejaman yang kau dah buat dekat dia... Kau ingat dia akan maafkan kau ke hah?" Provok Alex lagi.
"Dia takkan maafkan kau! Percayalah cakap aku! Takkan!" Ujar Alex lagi.
Nicholas masih seperti tadi. Masih membatu di tempatnya.
"Untuk kau cuba tebus rasa bersalah kau, rasa berdosa kau, rasa menyesal kau... Biar kau sendiri selesaikan... Aku dengan yang lain takkan masuk campur! Melainkan kau cuba untuk menyeksa dia lagi nanti... Aku dan yang lain bersedia untuk protect dia... Tentang kau dengan kitorang... Aku dah lama maafkan! " Usai berkata, Alex terus berlalu pergi dari situ untuk menenangkan dirinya. Sewaktu melintasi pintu utama, wajah Denny yang beras di sebalik pintu utama menjadi tatapan matanya. Denny hanya memberi tumbs up kepada sahabatnya itu.
Ramon pula perlahan - lahan melangkah menuju ke arah Nicholas sebelum tubuh sahabat nya itu di bangunkan. Jai juga turut membantu.
"Aku minta maaf, Mon.." Terus tubuh Ramon di dakap erat. Air mata masih tidak lekang dari pipinya. Ramon hanya menepuk - nepuk belakang badan sahabatnya ini.
Dalam mereka berempat, tidak termasuk Bernard, Dr. Erdy dan Jai... Hanya Ramon sahaja yang hati lembut sedikit. Tidak seperti Denny dan Alex. Mereka berdua itu sedikit panas baran! Lebih - lebih lagi Denny!
"Dah..." Ramon menenangkan Nicholas.
"Mon.. Lily akan maafkan aku ke nanti?"
Ramon sudah mengendurkan senyuman nya.
Hanya tepukan sahaja yang mampu dia bagi pada Nicholas saat ini! Untuk menyemangati sahabat nya itu.
Jai masih terkaku di sisi Dr. Erdy yang turut merenung ke arah Nicholas sebelum wajah si lelaki itu mula berubah riak. Mata nya meliar sebelum kelibat seseorang di cari!
"Mana Bernard?"
"Oh... Dia ada cakap dengan aku... Yang dia balik ke vila... I mean... Vila Nick... Cik Salla cakap ada sesuatu berlaku..." Beritahu Ramon.
"Hah? Ada sesuatu berlaku?" Mata Nicholas membuntang mendengar ayat yang keluar dari mulut Ramon. Hatinya sudah gelisah dan tidak keruan.
Ada sesuatu yang berlaku pada Lily ke?
Ada sesuatu yanh berlaku pada Lily ke... Aduh... Jangan lah sesuatu yang berlaku pada Lily...
Share this novel