"NICK..." Seruan Alex membuat kan Nicholas yang ketika itu sedang menghadap komputer terhenti seketika.
"Hmm... Ada apa?" Soal Nicholas dengan nada acuh tak acuh...
Jangan terkejut ya!
Perbualan kedua - dua sahabat ni memang macam ni dulu... Acuh tak acuh sahaja bila menjawab pertanyaan member!
Tapi walaupun perangai masing - masing macam ni, persahabatan mereka tetap terjalin!
"Kau serius ke nak tackle budak tu?" Soal Alex secara tiba - tiba.
Dan soalan Alex itu membuatkan perhatian Nicholas pada skrin komputer teralih pula pada Alex yang sedang enak bersantai pada dada sofa.
"Maksud kau?"
"Maksud aku... Kau serius ke nak tackle budak tu... Dia masih budak lagi lah bro... Takkan kau tackle budak bawah umur pulak..." Ujar Alex dengan nada risau.
Risau lah... Takkan lah tak risau pulak... Si Lily tu baru nak menginjak umur 19 tahun... Sedangkan si Nick ni pula tahun ni dah nak masuk 29 tahun... 10 tahun tau jarak umur antara Nick dengan Lily ni!
"Kalau dia umur budak pun... Apa salahnya... Bukan nya bawah 18 tahun lagi... Dah 19 tahun pun... Salah ke kalau aku nak pikat dia?" Balas Nicholas semula.
"Salah tu tak... Tapi masalah nya... Dia tu baru aje 19 tahun tau tak... 19 tahun... Kau tak rasa yang sekarang ni macam kau tengah nak pikat budak bawah umur... Come on, bro... Kau tak malu ke dengan member - member kita yang lain... Nanti diorang cakap... Taste kau budak sekolah... " Ujar Alex lagi.
"Weh... Suka hati akulah nak tackle dia ke apa ke... Yang kau sakit hati sangat ni dah kenapa! Biarlah orang nak kata apa pun pasal aku, pasal dia... Aku tak kisah pun! Lagipun... Selama ni... Hidup aku dah biasa dengan caci maki orang ni!" Suara Nicholas mula berubah rentak.
"Tapi bro..."
Tertapi ayat Alex pantas di potong laju oleh Nicholas.
"Dah... Aku tak nak bahas lagi pasal benda ni... Sekarang ni... Biarlah aku tentukan jalan hidup aku sendiri... Kau uruskan diri kau aje... Tak payah nak sibuk hal aku... Dah... Aku nak blah..." Usai berkata, bergegas Nicholas meninggalkan Alex yang masih termangu - mangu dengan ayat nya tadi.
Alex mengeluh lemah sebelum belakang tengkuknya di garu kasar.
Aduhai... Sensitif pula mamat ni!
Tapikan... Seperti ada sesuatu yang di risaukan oleh Alex ni bila dilihat pada percakapan dan tingkahnya itu... Begitu juga dengan ayat Nicholas tadi...
'Aku tak kisah pun semua tu... Lagipun... Hidup aku dah biasa dengan caci maki orang ni!'
Apa yang Nicholas dan Alex cuba sembunyikan ni? Caci maki orang? Nicholas ada buat kesalahan besar ke sampai jadi objek makian dan cacian orang?
Share this novel