TERSENYUM GEMBIRA Lily bila mendapat mesej dari buah hatinya melalui aplikasi WhatsApp.
Tingkahnya itu pantas di tangkap oleh Janny yang kebetulan lalu di hadapannya.
"Amboi... Bukan main lagi dia ya kalau dapat mesej dari buah hati... Sampai tak tengok kiri dan kanan..." Sergah Janny.
Terus berubah merah muka Lily saat disergah begitu oleh Janny. Telefon pintar pantas di sorok ke belakang.
"Ma... Mana ada... Merepek aje lah kau ni!" Sanggah Lily laju.
"Eleh... Ingat aku tak tahu ke yang dok tap tap dekat handphone tadi... Siap dengan sengih kambing dia lagi!" Perli Janny.
Tersengih malu Lily mendengar perlian sahabatnya itu. Kepala nya tidak gatal di garu perlahan.
"Ni... Alang - alang kau dah ada dekat sini kan... Aku nak tanya kau satu benda lah..." Setelah puas memerli si Lily, Janny mula beralih ke soalan lain pula.
"Kau nak tanya apa?"
"Hmm... Macam mana ya aku nak cakap..." Teragak - agak pulak si Janny ni mahu bertanya. Haih... Teragak - agak pulak! Sedangkan tadi confident level sangat! Last - Last, lidah jadi kelu pulak!
"Hai kau ni... Teragak - agak pulak... Cakap lah... Nak tanya apa..."
"Kalau aku tanya... Jangan marah ya..."
"Ya... Aku tak marah punya... Cepat lah... Nak tanya apa..."
"Errr... Kau memang serius ke dengan si Nicholas tu..." Terhenti tingkah Lily bila nama Nicholas meniti di bibir sahabatnya ini.
Wajah serba salah Janny di pandang hairan.
"Hai... Tetiba aje kau tanya aku macam ni... Aku memang serius lah dengan dia... Takkan nak tipu pulak..."
"Tak... Masalahnya... Baru sebulan kot kau kenal dia... Lagipun... Latar belakang keluarga dia pun kau belum kenal sepenuhnya..." Janna bersuara lagi.
"Kau ni... Ingatkan apa tadi... Alah... Pasal hal latar keluarga dia tu... Nanti aku tanyalah dia... Dia pun tak pernah tanya soal latar belakang keluarga aku..." Sanggah Lily lagi.
"Ily... Bukan itu aje yang kau perlu tahu... Kau tak rasa ke apa yang lain bila tetiba dia dekat dengan kau macam ni..." Janny masih lagi dengan kerisauan nya.
"Maksud kau? Lain macam mana... Lain dari yang lain ke..." Lily mula dengan loyar buruknya.
Mendengus geram Janny bila syak wasangka nya di loyar burukkan oleh Lily.
"Lily..."
"Dahlah... Berborak dengan kau ni... Satu kerja aku pun tak jalan... Aku blah dulu..." Tanpa mahu mendengar ayat mengarut Janna yang seterusnya, dia sudah pun berlalu pergi dari situ.
"Eii... Minah katik ni... Dia boleh blah macam tu aje... Kurang asam sungguh!" Sungut Janna.
Kelibat Lily yang semakin menjauh di hadapan di pandang dengan pandangan yang jelas kerisauan.
Entahlah! Hatinya masih tidak dapat menerima kedekatan antara Lily dan Nicholas.
Dia merasa seperti ada sesuatu yang sengaja di sembunyikan oleh lelaki seperti Nicholas itu!
Takkan lelaki sekaya dan setampan seperti Nicholas mahu menjalinkan hubungan dengan gadis biasa dan senaif seperti Lily ini!
Lagipun, tingkah Nicholas dari pandangan matanya seperti nya bukan dari lelaki yang... ARGHH! Tak mampu dia mahu teruskan!
Yang dia tahu sekarang... Nicholas bukanlah lelaki yang terbaik buat Lily!
Ya... Nampaknya, pendirian Janny dan Alex adalah sama... Walaupun dari sudut pandangan yang berbeza...
"BARU BALIK, ILY?" Sapaan satu suara dari arah ruang tamu membuatkan Lily pantas memagung kepalanya.
Kelihatan kelibat Puan Syudie atau mesra di kenali Nek Di muncul di ruang tamu.
"Ya... Hari ni lewat sikit balik sebab ada banyak tempahan kena buat..." Ujar Lily dengan nada kepenatan. Tubuhnya terus dituju ke arah kerusi rotan yang terdapat di ruang tamu itu. Lega bila tubuhnya di baring ke kerusi rotan itu.
Papp!!
"Adoi! Apa ni Nek? Sakitlah!" Rungut Lily bila punggungnya tiba - tiba di tampar oleh neneknya.
"Tak mandi dah mula baring dekat situ... Dah... Pergi mandi... Tak baik bila balik kerja tak mandi..." Nek Di mula membuka ceramahnya.
"Alah Nek... Ily penat lah... Boleh lah bagi Ily rehat dulu..." Lily mula membuat muka comel nya pada Nek Di. Tapi langsung tak di layan oleh nenek nya.
"Tak payah nak buat muka macam tu dekat nenek... Tak laku pun... Ingat nenek nak ikut ke cakap kamu tu... Dah... Pergi mandi... Jangan nak mengelat pulak!" Hahaha! Padan muka! Kan dah kena sebijik dengan Nek Di! Ingat buat muka comel tu boleh lah nak melunturkan hati neneknya itu! Tapi... Neneknya lagi cekap dari dia! Ceh! Tak sporting betullah nenek ni!
" Yelah... Yelah... Ily pergi mandi sekarang... "Jawab Lily sebelum bangun dari pembaringan dan terus melangkah perlahan menuju ke biliknya.
"Lepas mandi... Tolong nenek dekat dapur ya..." Laung Nek Di sebelum Lily sempat masuk kedalam bilik tidurnya.
Berdecit kegeraman Lily bila laungan Nek Di singgah di cuping telinganya.
Eeeii... Saja betullah nenek ni!
Share this novel