BAB 47

Mature Content Series 5932

"ARGHH"

JERITAN beberapa orang wanita di halaman rumah membuatkan Mafia Derry yang ketika itu sedang bersuka ria bersama orang - orangnya di dalam banglo mewah nya ini bergegas menuju ke halaman rumah.

Kelihatan beberapa orang anak - anak buahnya mula mengelilingi kawasan itu. Bukan anak - anak buahnya sahaja. Tetapi orang - orang atasan dan pelanggan vip nya juga turut menjenguk keluar.

"Bos..." Salah seorang anak buahnya merpati dirinya dengan muka yang sungguh gelisah.

" Ada apa ni? Kenapa diorang ni menjerit tadi?" Soal Mafia Derry dengan nada suara yang kasar. Muka nya membengis menahan marah kerana terganggu dengan jeritan itu. Mengganggu dirinya yang bersuka ria saja!

"BOS... Saya rasa... Bos kena pergi tengok sekarang... Ada sesuatu terjadi dekat anak Bos... Encik Dex..." Beritahu anak buahnya itu dengan nada yang sedikit gementar.

"Dex? Apa kena mengena pulak dengan anak tak guna? Bukan ke dia pergi main perempuan dekat kelab ke?" Soal Mafia Derry dengan mata nya tajam menikam wajah anak buah nya ini.

Anak buah nya tidak tahu mahu menjawab ayat bosnya bagaimana tetapi suara salah seorang dari perempuan yang di langgan oleh ahli Mafia Dex mula kedengaran.

"Oh my God! Itu Bukan Dex ke hah? Kenapa dengan muka dan badan dia? Apa dah jadi dengan dia?"

Yang lain juga turut berbisik tentang topik yang sama!

Mafia Dex tidak tinggal diam! Dia terus meluru ke arah yang di sebut oleh perempuan ini tadi dan membuat kan mulut ternganga luas!

Bebola matanya terpaku pada tubuh kaku milik Dex ynag berlumuran di halaman rumahnya! Dan lelaki itu sudah pun tidak bernyawa!

"Dex??" Muka Mafia Derry berubah tegang melihat keadaan anak nya itu!

"Siapa yang buat anak aku jadi macam ni hah?" Jerkah Mafia Derry. Mata merahnya meliar ganas melihat orang - orang di sekeliling nya. Mereka semua yang berada di situ mula mengundur kan diri! Takut melihat mata merah dan ganas lelaki ini!

Tiba - tiba mata Mafia Derry tertancap pada satu kertas yang bertulisan merah di bawah tubuh kaku Dex.

Kertas itu di tarik kasar!

Dan tulisan berwarna merah itu mula di baca.

'Ini adalah harga yang anak tak guna kau ni perlu bayar! Hutang darah di bayar darah! Jangan risau.. Aku dah hantar dia ke neraka! Kau cuma selesaikan urusan pengebumian dia saja!'

Mafia Derry mengetap gigi menahan amarah yang mula membara! Kertas bertulisan merah itu di renyuk kasar!

"Celaka! Kurang ajar! Korang cara manusia sial yang buat anak aku jadi macam ni! Sekarang!" Jerkahan Mafia Derry membuatkan keseluruhan anak - anak buahnya bergegas menuju ke posisi masing - masing!

Sial! Siapa punya kerja ni! Kenapa perlu Dex yang mati?

Tubuh kaku Dex mula di angkat oleh beberapa lagi anak - anak buah nya yang masih tinggal. Dia pula hanya memerhati kan sahaja!

Siapa pun kau! Kau takkan terlepas dari aku sebab kau dah buat anak aku jadi macam ni! Dendam Mafia Derry.

LILY MULA TERJAGA DARI lena nya bila serasa cahaya matahari memancar ke arah wajahnya. Perlahan - lahan kelopak matanya di buka. Pandangan nya masih berbalam. Di pejam celik dahulu matanya sehingga pandangan berbalam tadi bertukar kepada pandangan yang cerah. Setelah pandangan nya mula cerah, bebola matanya meliar memandang siling putih di ruang matanya. Dia mula menggerakkan badannya.

Dan ternyata gerakan tubuhnya tadi telah mengejutkan Nicholas yang sedang tidur terduduk di sisi Lily! Terpisat - pisat wajah nicholas sebelum matanya naik merenung ke arah wajah Lily tanpa riak yang turut merenung dirinya!

"Lily.. Kau dah sedar?" Suara suara dan deep lelaki ini mula kedengaran.

"Kenapa Tuan ada dekat sini? Tuan nakkan saya ke? Jangan risau! Lepas saya sihat nanti! Tuan boleh ratah saya balik!" Berapi Lily menyembur Nicholas.

Terkatup mulut Nicholas saat mendengar ayat pedih Lily ini.

"Bukan macam tu... Aku just... Aku..."

"Kenapa? Bukan itu ke yang Tuan nakkan? Kalau tuan nakkan tubuh saya... Tunggu saya sihat sepenuhnya... Barulah Tuan boleh 'gunakan' saya lagi!"

"Lily... Jangan cakap macam tu lagi! Sakit hati aku dengar! Aku minta maaf Lily! Aku menyesal! Aku dah banyak lukakan hati kau! Rosakkan hidup kau! Musnahkan jiwa dan raga kau! Seksa hidup kau! Aku minta maaf! Aku minta maaf!" Ucap Nicholas dengan nada yang sungguh sendu sekali.

Dan Lily pula, hanya menatap dan mendengar sahaja. Pandangan kosong nya masih tertancap pada Nicholas!

" Sudah? Kalau dah sudah... Berambus dari sini! Aku tak ingin nak tengok muka pemusnah hidup aku!" Dengan lantang Lily menghalau Nicholas dari ruang wad yang menempatkan dirinya ini. Malah panggilan nya sudah bertukar dari panggilan Tuan tadi dan terus ke aku - aku.

"Lily?" Jari jemari wanita itu mahu di capai tetapi pantas di kasar oleh Lily.

"Aku cakap keluar tu... Keluar lah! Kau faham bahasa ke tak hah?" Jerkah Lily. Bersinar bebola mata nya menentang wajah Nicholas yang lencun dengan air mata.

"Ooo... Baru aku faham! Kau ni jenis lelaki yang tak faham bahasa sebab tu lah kau sewenang - wenangnya musnahkan hidup orang! Sebab otak kau tu dah bodoh, bangang dan sial! Dah! Kau Berambus dari sini! Aku jijik nak tengok muka kau ni! Aku jijik nak tengok rupa pemusnah hidup aku! Yang ambil kehormatan diri aku tanpa kerelaan aku! Aku jijik tau tak! Aku jijik! " Cemuh Lily. Nicholas pula hanya memejam sahaja matanya saat ayat pedih dan sinis yang keluar dari mulut wanita ini!

"Yang tercegat lagi dekat situ dah kenapa? Aku suruh kau berambus kan! Berambus!" Teriak Lily lagi. Dia sudah tidak keruan! Jarum yang tercucuk di tangannya di rentap kasar! Habis darah membuak keluar dari bekas cucukan jarum itu!

"Lily!" Hampir melorot bebola melihat tindakan wanita itu. Pantas tubuh wanita ingin dicapai kerana dia bimbang akan luka dari bekas cucukan jarum itu tadi.

"Kau nak dekat dengan aku dah kenapa? Aku kata berambus tu! Berambus! Kau tak reti bahasa ke hah? Kau ke? Tuli ke?" Maki Lily. Segala apa yang berada di sekitar nya di campak secara rambang ke arah Nicholas!

Dia sudah bangun dari katil sambil memegang perutnya yang masih terasa ngilu!

"Aku benci kau! Aku benci! Aku sumpah aku akan bunuh kau lelaki tak guna!" Jerit Lily. Dia sudah semakin hilang kawalan! Dia mula terlejepok di sisi katil!

Dan ternyata jeritan nya membuatkan pintu bilik di kuak kasar oleh Cik Salla.

"Lily!!" Jerit Cik Salla sebelum meluru laju ke arah Lily.

Tubuh Lily yang menggigil menahan amarah yang membuak dipeluk laju. Ramon juga turut mengikuti langkah Cik Salla sebelum juga turut melutut di sisi Cik Salla yang sedang menenangkan Lily.

"Cik Salla! Tolong Lily! Tolong halau syaitan ni keluar dari sini! Tolong Lily Cik Salla! Tolong!" Rayu Lily bersama tangisan yang mula pecah.

"Lily tolonglah..." Ayat Nicholas pantas di cantas laju oleh Lily.

"Kau memang tak gunakan! Tak cukup ke kau dah ratah tubuh aku! Seksa jiwa dan hidup aku! Sekarang kau nak aku maafkan aku! Hei! Pergi jahanam lah dengan maaf kau tu! Sekarang aku cakap berambus dari sini! Berambus!" Jeritan Lily bergema lagi.

"Tuan... Kalau tuan nak Cik Lily sihat... Tolong... Tolong pergi... Tolong jangan memudaratkan kesihatannya lagi... Saya merayu tuan!" Cik Salla pula mula bersuara. Lily pula sudah menyembamkan wajah ke dada Cik Salla. Tak lalu dia mahu menatap wajah lelaki kejam ini!

Nicholas yang mendengar arahan Cik Salla itu sudah mengangguk mengerti. Linangan air matanya membasahi wajahnya! Pandangan nya masih terhala ke arah Lily yang langsung tidak mahu memandang wajahnya. Perlahan - lahan dia melangkah keluar dari situ sambil di papah oleh Bernard!

"Lily... Look at me!" Wajah Lily yang berlinangan air mata di tekap dengan ke dua - dua belah tangan nya!

"Lily.. Cik Salla tak nak Lily macam ni... Cik Salla janji Cik Salla akan jaga Lily dan baby..." Dahi wanita ini di cukup perlahan.

Wajah Lily mula bertukar riak saat Cik Salla menyebut perkataan anak tadi. Lily terburu - buru ingin bangun tetapi terduduk kembali kesakitan mula menyerang di bawah ari - ari nya.

"Lily nak pergi mana ni?"

"Lily nak jumpa doktor! Lily nak suruh doktor gugurkan anak ini!"

"Lily!" Naik seoktaf suara Cik Salla saat mendengar ayat yang keluar dari mulut wanita ini. Ramon juga tidak terkecuali! Mulut nya turut ternganga saat mendengar ayat Lily yang mahu menggugurkan kandungannya!

"Lily... Cik Salla merayu sangat... Jangan buat begitu... Dia tak salah Lily... Dia tak salah!" Pujuk Cik Salla. Dia tak sanggup melihat wanita ini menjadi pembunuh kepada anak sendiri!

"Lily tak nak dia hidup dalam tubuh Lily... Liky tak nak keturunan lelaki kejam itu ada dalam rahim Lily.. Lily tak nak! Tolonglah fahami Lily!" Sayu Lily bersuara.

"Lily... Dengar cakap Cik Salla.. Jangan buat macam ni sayang... Tolonglah... Anak itu tak salah Lily.. Dia tak salah!"

"Lily nak jadi pembunuh ke? Lily tak takut dosa ke? Anak itu anugerah Tuhan Lily walapun dia datang dari cara kesengsaraan... Jangan di sebabkan benci kan ayahnya... Lily sanggup nak pembunuh!" Tak putus - putus Cik Salla menasihati Lily.

Lily yang mendengar ayat Cik Salla itu teresak kembali! Cik Salla memaut kembali tubuh kurus Lily kedalam dakapan nya!

Tiada kata - kata yang mahu diucapkan oleh Lily saat ini! Hanya tangisannya sahaja yang masih bergema di bilik itu.

Lily hampir nak gugur kan kandungan dia... Tapi nasib cik Salla menghalang... Stay with me ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience