"BUKTI BERKAITAN KEMATIAN LYLA LIMA TAHUN LEPAS!"
"Hah?"
"Serius lah?"
Tiga suara bergabung serentak! Kecuali Dr. Erdy! Dia hanya lebih selesa memerhati.
"Aku dah check tadi... Kalau korang tengok... Korang takkan percaya apa yang terjadi!" Ujar Bernard sambil mengarahkan komputer riba miliknya yang sudah di pendrive ke arah Denny, Alex dan Ramon. Dr. Erdy juga tidak terkecuali! Dia turut sama menonton klip rakaman litar tertutup itu!
Rakaman litar tertutup bertarikh rakaman lima tahun lalu di tonton!
Mata masing - masing tidak lepas dari memerhati situasi dalam rakaman itu.
Kelihatan seorang kelibat gadis yang mereka kenali sedang berjalan masuk ke sebuah gudang. Gadis itu adalah Lyla! Tidak lama selepas itu, rakaman beralih pada kawasan dalam gudang itu pula. Kelihatan kelibat Lyla sedang menghampiri seseorang yang sedang duduk di atas kerusi. Di kawasan sedikit tersorok. Tetapi mujur cctv dapat menangkap rakaman itu!
"Eh! Aku macam kenal lah lelaki ni! Kalau tak silap aku... Dia macam..."
"Dex??" Serentak Alex dan Ramon bersuara.
Siapa Dex??
Dex adalah anak lelaki kepada salah seorang mafia yang berada di bawah kendalian keluarga Nicholas, Mafia Derry!
Mereka menonton lagi rakaman itu. Lyla mula mendekati lelaki yang disyaki Dex itu sebelum perlahan - lahan duduk di atas paha lelaki itu. Kemeja Dex di lihat dibuka perlahan. Dan dia sendiri pun melondehkan kardigan yang di pakai.
"What the hell??" Hampir mencarut Alex melihat kelakuan Lyla itu. Keperibadian gadis itu langsung tidak mencerminkan dengan apa yang mereka lihat sekarang!
Dia tidak sanggup untuk melanjutkan tontonan nya lagi! Hatinya sudah berdongkol geram!
Lyla dan Dex dilihat tidak sempat untuk melanjutkan aksi mereka bila pintu gudang di buka kasar oleh seseorang dari luar! Terpacul muka seorang gadis di percayai Lily di balik pintu.
Dalam klip rakaman itu juga, kelihatan Lily marah kepada Lyla dan berusaha menarik gadis itu menjauhi Dex. Lyla seperti nya tidak mengendahkan arahan adiknya dan terus menampar muka Lily. Berlaku lah pergelutan antara kedua beradik itu sehingga Dex mula masuk campur dengan menampar Lily dengan kuat! Lily terus jatuh tersungkur di atas lantai dan dilihat berada dalam keadaan lemah.
Lyla di lihat mula bergaduh dengan Dex sebelum Dex menikam perut Lyla dengan pisau. Bukan sekali tapi dua kali ditusuk!
"What's?" Hampir melorot mata kesemuanya melihat perlakuan Dex itu. Dah macam tengok aksi WWE dah diorang ni!
Lyla di lihat sudah merengkot kesakitan akibat tikaman yang di buat oleh Dex itu sudah mula melorot ke lantai. Dex sudah tidak keruan melihat keadaan yang huru hara itu pantas mencapai satu tong berisi minyak sebelum di simbah ke serata kawasan gudang itu. Tidak lama kemudian, api mula marak menjilat kawasan curahan minyak yang di buat oleh Dex tadi. Dex melarikan diri dan meninggalkan Lyla yang sudah nyawa ikan - ikan bersama Lily yang berada dalam keadaan separa sedar akibat tamparan padu si Dex tadi. Tak lama selepas itu, mereka melihat susuk tubuh seseorang yang di yakini seorang lelaki meluru ke arah Lily. Lyla sudah tidak bernyawa di pandang sepi sebelum lelaki itu mencempung tubuh Lily keluar dari kawasan gudang dan klip rakaman pun selesai.
"Aku tak sangka yang dalang di sebalik semua ni adalah Dex..." Ramon mula membuka mulut setelah agak lama mendiamkan diri tadi.
"Aku nak kau hantar bukti ni dekat Nick! Biar dia tahu siapa sebenarnya Dex tu! Dan nasib Lily akan terbela dengan ada nya bukti ini!" Arah Alex pada Bernard. Bernard hanya mengangguk mengerti sahaja.
Mereka berempat termasuk Dr. Erdy mula mengatur rancangan untuk membebaskan Lily dari cengkaman Nicholas! Dan berkaitan bagaimana si Jai memperoleh bukti ini, tunggulah si rambut tempurung kelapa ini sedar nanti!
NICHOLAS SEDANG SIBUK MENGEMASKAN tali pinggang nya. Kemeja putih yang berselerak di atas lantai di capai sebelum di sarung kan ke tubuhnya yang sasa. Dia mengerling sekilas ke arah Lily yang sedang baring mengiring itu. Terserlah kulit putih si gadis di pandangan matanya. Tetapi sayang, kulit putih itu sudah di cemari dengan biratan merah tali pinggang milik dirinya!
"Kalau kau tak melawan aku tadi... Kau takkan jadi macam ni tau tak!" Ujar Nicholas dengan nada selamanya. Butang baju kemeja nya di pasang satu persatu! Setelah selesai semuanya, dia mula menapak ke arah pintu kamar.
"Jangan kau nak melawan lagi macam tu tadi... Kalau tak... Lebih dari ni aku boleh buat dekat kau!" Nicholas memberi amaran sebelum berlalu pergi dari kamar mewah itu. Meninggalkan Lily yang merenung kosong ke arah luar jendela.
Hati Lily sudah parah separah nya dengan kelakuan kejam Nicholas ini! Sanggup lelaki ini berlaku kejam pada dirinya walaupun sudah tahu yang dia kini sedang berbadan dua dan sedang mengandungkan anaknya. Di mana agaknya hati nurani lelaki bernama Nicholas Stan ini! Cadar katil mula di genggam kuat!
Mukanya sudah merah menahan marah! Urat - urat di sekitar leher nya mula terbit dek amarah mula mengusai diri!
'Kau memang manusia bertopengkan syaitan Nick! Kau memang binatang! Kau tak layak jadi manusia! Kau tunggu! Masa kau akan tiba nanti! Dan aku harap waktu tu kau akan mati! Aku akan bunuh kau, Nick! Aku akan bunuh kau!' Jerit Lily di dalam hati.
Tanpa sedar, dendam dan amarah yang sudah lama terpendam mula menguasai dirinya perlahan - lahan.
'Aku akan bunuh kau, Nick! Aku akan bunuh kau!' Jerit hati Lily untuk sekian kalinya!
Lily dah mula berdendam dengan nick! Oh no!
Share this novel