BAB 44

Mature Content Series 5932

SELEPAS BERNARD KELUAR SETELAH MENDAPAT PANGGILAN DARI NICHOLAS TADI, ALEX pula sampai di kawasan kediaman Dr. Erdy yang jauh di dalam hutan. Patutlah kawalan ketat di serata tempat di kawasan kediaman doktor cerewet ini. Ini rupanya!

Alex memarkir kan sedan hitamnya di kawasan perkarangan vila tua milik Dr. Erdy ini!

Dia mengambil barangan yang diperlukan Jai sebelum keluar dari perut kereta. Dia mula melangkah menuju ke arah pintu utama.

Pintu utama dibuka dan terpacul wajah pucat milik Jai di balik pintu utama!

Hampir terlompat Alex dengan tingkah si Jai ini!.

"Eh, Kau ni! Buat aku terkejut ajelah! Aku ingatkan siapalah tadi!" Marah Alex sambil mengurut dadanya akibat terkejut dengan kemunculan Jai di muka pintu secara tiba - tiba!

Kus semangat dia! Kampret punya budak rambut tempurung kelapa!

Tetapi Jai tidak mengendahkan ayat si Alex ini! Sebaliknya mata terpaku pada satu benda di belakang si Alex!

"Janny??" Suara Jai bergetar menahan rasa. Rasa seperti rasa ketakutan. Lebih tepat rasa gentar! Wajah nya berubah semakin pucat.

"Janny?? Kau jangan nak bergurau lah?? Mana ada minah lampir tu dekat sini! Kau ni pun agak - agak lah!" Jawab Alex. Ada ke minah lampir tu nak singgah sini! Takdenya! Dahlah kawasan ni kawasan dekat dengan hutan! Mahu lintang pukang minah tu lari nanti!

Eh, kejap! Janny??

"Kau cakap apa tadi Jai? Janny??"

Jai tidak menjawab. Matanya terpaku lagi pada belakang Alex. Alex sudah mula menelan air liur sebelum berpaling ke belakang.

Ya! Singa betina dah datang!

Terus beg kertas berisi pakaian untuk Jai terlepas dari tangan!

Wajah Janny kelihatan keruh dan pandangan matanya tajam sekali!

Habislah mereka kali ni!

RUANG TAMU KEDIAMAN MILIK Dr. Erdy itu kelihatan sungguh sunyi sekali seperti di serang burung garuda!

Janny mula langsung tidak bercakap atau mengeluarkan sepatah pun! Sejak dari mula datang sehingga sekarang, mata Janny langsung tidak berganjak dari merenung keempat - empat lelaki ini silih berganti. Kecuali Dr. Erdy! Lelaki itu sudah berada di dapur untuk membuat air! Selain dari pekerjaan nya sebagai doktor, lelaki ini juga merupakan pakar dalam masak memasak! Eleh! Yelah tu nak buat air! Padahal nak lari dari situasi cangkung sekarang!.

"Okay... Look... Janny... Saya minta maaf ya sebab rahsiakan semua benda ni dari awak!" Akhir nya, Alex memulakan perbualan. Tak betah dia bila dalam keadaan senyap! Kalah suasana tanah perkuburan!

"Saya tak tanya pun dekat awak! Jadi awak diam! Dan abang Jai... Kenapa kau perlu tipu adik kau sendirihah?" Usai memberi amaran pada Alex, giliran Jai pula disemburnya.

"Abang Jai?? Adik??" Serentak Alex, Ramon dan Denny bersuara tidak percaya.

"Yelah... Saya adik Jai... Ada apa - apa masalah ke?" Soal Janny kembali menjeling tajam ke arah ketiga - tiganya sebelum kembali menjeling tajam ke arah abang nya semula. Tergeleng kepala ketiga - tiganya. Lebih - lebih si Alex! Dia tidak menyangka yang si Jai, rambut tempurung kelapa ni adalah abang kepada Janny!

"Errr... Abang minta maaf lah... Sikit aje kena ni! Bukannya teruk sangat?" Akhirnya Jai mula bersuara.

Janny yang mendengar ayat abangnya itu sudah mendengus kasar. Balutan putih yang mengelilingi bawah ketiak dengan ke bahu abangnya itu di perhati denyan wajah yang sungguh risau!

"Sikit abang kata? Eh, bang! Benda ni bukan sikit tahu! Tu... Sampai berbalut dekat badan tu... Tu yang kau kata sikit! Eh... Otak kau dah tak betul ke hah?" Tanpa brek, Jai di sembur habis - habisan!

"Kau tahu tak... Yang ibu dekat rumah tu bagai nak rak risaukan kau... Sebab kau langsung tak jawab call dia... Kalau aku... Dah sedia maklum... Yang kau ni malas nak jawab... Tapi tu panggilan dari ibu... Kau buat tahu aje... Alih - alih jadi macam ni!" Belum habis yang Part 1, Janny sudah menyambung Part 2. Jai sudah mula menggaru belakang kepalanya! Dia perlahan - lahan memandang kearah ketiga - tiga sahabat itu untuk meminta bantuan, tetapi apa reaksi yang di terima oleh Jai?

Alex, Denny dan Ramon hanya menjungkit bahu sahaja dan menunjuk balik semula ke arah Janny!

'Kau hadaplah sendiri... Kitorang tak nak masuk campur!' Itu lah reaksi yang di pamer oleh ketiga - tiga lelaki ini!

Jai sudah menjeling tajam melihat reaksi ketiga - tiga nya! Hampeh punya member! Langsung tak membantu!

"Siapa yang buat abang Jai macam ni hah? Kenapa dia sampai nak cederakan Abang Jai?" Janny terus ke inti patinya.

Jai mendiamkan diri agak lama sebelum kembali bersuara!

"Nick!"

"Nick?? Nick mana pulak ni??" Dahi Janny mula berkerut tanda tidak mengerti sebelum tiba - tiba wajah nya mula berubah riak.

Jangan cakap,

"Nicholas??"

Kesemua mereka mula menunduk!

"Apa yang korang cuba sembunyikan ni? Apa yang terjadi sampai Nick sanggup cederakan abang Jai??" Soal Janny dengan hatinya yang mula tidak enak.

Satu persatu wajah yang berada di situ di perhati dengan renungan mendalam. Dr. Erdy tolak tepi lah! Lelaki itu masih lagi berada di dapur!

"Jawablah! Apa yang korang cuba sembunyikan ni?"

"Sebenarnya Janny... Lily... Lily masih hidup!"

"Hah??Apa??"

KAWASAN BAWAH TANAH YANG sentiasa menjadi tempat dia menyeksa mangsanya termasuk Jai dimasuki. Bernard pula setia mengekori langkah majikan nya. Wajah serabut dan serabai lelaki ini turut menjadi tatapan matanya!

Bernard tahu apa yang terjadi dengan penampilan Nicholas ini! Mungkin lelaki sudah tahu kewujudan bukti yang mereka hantar kepada lelaki ini malam tadi!

Kelihatan Dex sudah terikat di atas sebuah kerusi. Kepala lelaki itu tertunduk ke bawah akibat dibantai oleh orang - orang Nicholas tadi.

Nicholas sudah tidak tahan sabar sebelum secucuk pistol yang terselit di belakang pinggang nya di acu ke arah Dex.

Bangg!!

Bunyi tembakan kedengaran dan peluru dari muncung senjata apinya meluru laju ke arah Dex tepat menembusi bahu lelaki itu.

"Arghhh!!!" Lelaki itu menjerit nyaring!

Darah merah mula membuak keluar dari bekas tembakan tersebut!

Bernard langsung tidak membantah tindakan majikannya itu.

"Pandai juga nak menjerit ya, setan?" Nicholas mula mara ke arah Dex sebelum rambut tebuan lelaki ini di cengkam kasar mendongak ke arah nya.

Maaflah... Rambut si Dex ni kusutnya mengalahkan sarang tebuan! Tu yang di panggil rambut tebuan!

"Kau nak apa hah sial? Sakit tau tak kau tembak!" Marah Dex sambil merenung wajah Nicholas yang sudah merenung nya dengan renungan membunuh.

"Kau tak layak lah nak cakap macam tu dekat aku!" Serentak itu juga, punggung pistol miliknya di hendak sekuat hati ke arah wajah Dex yang cengkung dan layu itu.

Mana tak layu dan cengkung! Asyik hisap benda haram aje! Tengok lah hidung nya yang berair itu! Kesan dari ambil haram lah, tubuh dan muka si Dex ni makin susut! Sekali imbas dah rupa macam mayat hidup dah!

Tapi dalam dunia mafia memang ada pun ada buat bisnes haram macam ni! Penjualan dadah, pemerdagangan manusia, jual beli barang seludup, pembunuhan sesama ahli kumpulan dan banyak lagi lah! Termasuk si Dex tak guna ni!

Tapi Nicholas tidak sebegitu! Yeah! Dia memang Di lahirkan dalam keluarga mafia! Tapi untuk menghancurkan diri nya ke arah kancah benda haram dan seumpamanya memang bukan prinsipnya! Hanya untuk akohol sahaja yang sentiasa yang menjadi peneman nya. Yang lain langsung tidak disentuh nya! Termasuk perempuan! Dan perempuan pertama yang dia sentuh adalah Lily!

Mengingatkan Lily hati semakin sayu dan sakit! Wajah Dex di pandang bengis sebelum di tumbuk kuat! Tersembur darah keluar dari mulut lelaki ini!

Dia mula membongkok di hadapan Dex sebelum telefon pintar nya di tayang ke arah lelaki itu. Satu klip rakaman tu mainkan di hadapan lelaki ini.

"Kau bukak biji mata kau luas - luas! Dan tengok rakaman ni!"

Dex mengikuti saranan Nicholas dengan mula menonton klip rakaman itu!

Wajah nya serta merta mula berubah pucat!

"Tak! Bukan aku dalam rakaman tu! Sumpah! Bukan aku! Nafi Dex sekeras - kerasnya. Kelakuan nya juga sudah tidak keruan.

Nicholas tergelak sinis!

" Kau kata bukan kau! Habis dalam ni siapa? Saka kau?" Perli Nicholas.

"Aku cakap! Bukan aku! Bukan aku lah! Kau tak reti bahasa ke, hah? Dex mula berteriak!

BUKK!!

Sekali lagi penumbuknya hinggap di wajah Dex.

"Baik kau bagitau perkara sebenar! Kalau tak..." Pisau yang tajam berkilat di tayang di hadapan wajah Dex.

Wajah Dex yang jelas ketakutan melihat rupa pisau yang tajam berkilat itu!

"Ya... Ya.. Aku akan bagitau semuanya!" Akhirnya Dex mengalah.

"Ya.. Memang aku dalam klip rakaman tu... Dan juga yang bunuh Lyla..."

"Kenapa kau bunuh dia hah?"

"Sebab Lyla ugut akan sebar rumor tentang aku... Dan marah sebab geng aku kacau adik dia!"

"Dan disebabkan mahukan aku dengan geng aku berhenti dari kacau adik dia... Dia sanggup berkorban... Dengan serahkan diri dia dekat aku!"

"Sial kau!"

Kali ketiga dah penumbuk Nicholas hinggap ke wajah Dex.

Bernard yang melihat sudah menahan Nicholas dari melayang kan penumbuk untuk kali seterusnya!

"Dia dah fed up... Dia dah tak nak slave sex aku... Aku marah... Aku ugut... Alu suruh dia jumpa dia dekat gudang untuk buat hubungan dengan aku... Kalau dia tak nak buat... Aku akan hancurkan seluruh ahli keluarga dia... Dia ikut... Dan tak sangka pulak waktu tu Lily ada ikut dia dalam diam... Lily nampak apa yang Lyla dengan aku tengah buat.. Lily marah.. Diorang bergaduh... Aku tak tahu nak buat apa.. Aku tampar Lily, pukul dia... Lyla marah.. Aku marah dia.. Lyla ugut untuk bocorkan rahsia aku... Aku panik... Aku tikam dia..." Ujar Dex dengan nada penuh penyesalan. Menyesallah sangat! Kalau dah menyesal, kenapa masih main barang haram tu lagi!

" Aku panik... Aku tak tahu nak buat apa... Aku tinggalkan diorang dekat situ... Aku bakar gudang tu untuk hapuskan bukti... Dan aku tak sangka pulak yang Lily masih hidup! Aku minta maaf, Nick! Aku minta maaf!" Berkali - kali Dex meminta maaf kepada Nicholas. Tetapi Nicholas tidak peduli!

Nyawa Lyla sudah mati di tangan lelaki ini! Sungguh jijik dia dengan kelakuan Dex yang sanggup membuatkan seorang gadis seperti Lyla untuk di jadikan slave sexnya!

" Kau tau tak... Angkara perbuatan kau ni... Aku dah sakitkan dan hancurkan jiwa yang sepatutnya aku sayang! Dan angkara kau jugak... Aku dah salah faham dekat dia... Dan sekarang... Tak guna untuk kau hidup lagi..." Serentak itu juga laras pistol di tala ke arah Dex.

"Nick... Tolong! Jangan bunuh aku! Tolong lepaskan aku!" Rayu Dex.

Tetapi rayuannya langsung tak endahkan oleh Nicholas.

Bang!!! Bang!!!

Beberapa das tembakan dibuat oleh Nicholas terus mengenai tubuh Dex. Darah mula bersimbah di tubuh badan lelaki itu. Mulut lelaki itu juga turut mengeluarkan darah. Dex sudah tidak bernyawa!

Nicholas mengarahkan anak - anak buahnya untuk menguruskan mayat Dex. Mereka mengangguk sebelum tubuh kaku Dec di bawa pergi dari situ. Tinggallah Nicholas dan Bernard disitu!

Nicholas sudah mundar mandir di situ! Jiwa nya terasa sakit saat ini.

"Aku dah buat silap besar, Nard... Aku dah hancur dan seksa hati dia... Aku salah, Nard... Aku salah..." Tangis Nicholas. Rambutnya di cengkam tanpa henti!

Bernard hanya mampu memerhati sahaja.

Nicholas sudah tidak tahu lagi mahu berbuat apa. Pistol yang berada di tangan terus di tala ke arah dadanya sebelum,

Sekali lagi bunyi tembakan kedengaran!

" Boss!!!!

Jerit Bernard!

JANNY yang mendengar kebenaran dari mulut abangnya sudah teresak - esak menahan tangis! Tak sangka, begitu rupa kisahnya!

Jai yang melihat wajah adiknya yang penuh dengan air mata sudah mencebik menyampah!

" Dahlah... Jangan nangis lagi.. Buruk lah rupa kau abang tengok!" Kutuk Jai selamba.

Papp!!

Satu pukulan padu hinggap di lengan lelaki itu!

"Aduh! Sakitlah dik!" Rungut Jai sambil menggosok lengannya.

"Tahu pun sakit... Kau kalau sehari tak sakitkan hati aku tak boleh ke hah? Ni tak.. Asyik nak kutuk aje! Decit Janny sambil mengelap air matanya.

Alex, Denny dan Ramon hanya tergelak kecil sahaja melihat telatah kedua - dua beradik itu.

Perbualan mereka terhenti bila pintu utama vila Dr. Erdy ditempuh kasar oleh seseorang. Alex, Denny,Ramon dan Jai sudah bersedia dengan senjata masing - masing, termasuk Dr. Erdy mula berkerut hairan melihat Bernard dalam keadaan termengah - mengah masuk dengan memapah tubuh seseorang yang amat kenali! Malah tubuh itu penuh dengan darah!

Nick??

"Tolong selamatkan dia!" Pinta Bernard dengan nada suara termengah - mengah!

"Apa kena ni, Nard?" Soal mereka dengan nada keliru.

"Dia kena tembak!

" Siapa yang tembak dia?"

" Dia sendiri! Sebab dia nak bunuh diri!"

" Hah? What's?"

" Apa? "

Nicholas dah mula meniti hari hari penyesalan dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience