BAB 39

Mature Content Series 4353

JAI HANYA DUDUK TERMENUNG SAHAJA tanpa berbuat apa - apa! Suasana bingit kelab yang sering di kunjungi ini langsung tidak menganggu emosinya. Gelas yang berisi wiski di teguk perlahan. Kisah Lily yang menjadi tawanan Nicholas sudah sampai di telinganya melalui orang - orang nya!

Orang - orang dia? Siapa si Jai ni sebenarnya?

Jai adalah bekas orang kanan dari satu kumpulan mafia. Kumpulan mafia yang berada di bawah kumpulan keluarga Stan, keluarga Nicholas!

Dia tahu apa yang terjadi pada Lyla lima tahun lepas! Dan segala bukti berkaitan kejadian tersebut ada dalam simpanan nya!

Bukti? Bukan ke Denny dan yang lain dah dapat bukti tersebut? Atau.. Adakah si Jai ni...

Ya! Jai lah orang nya memberi bukti tanpa nama berkaitan kejadian Lyla kepada Denny dan yang lain.

Tapi kenapa Jai cakap ada lagi bukti yang mengaitkan kejadian menimpa Lyla sedangkan semuanya dia telah beri kepada Denny 3 bulan lepas?

Oh ya! Itu adalah sebahagian sahaja! Sebahagian nya lagi ada dalam simpanan nya!

Wiski yang berada di dalam gelas di teguk lagi.

Tiba - tiba telefon pintar yang berada di dalam poket bergetar. Gelas di letakkan semula di atas meja sebelum poket di seluk. Dia mula membuka kunci skrin telefon. Dia memerhati lagi. Satu pesanan mesej WhatsApp masuk kedalam telefon nya. WhatsApp dari adiknya, Janny.

'Eh bang... Kau kat mana sekarang? Ibu tanya tu.. Dah pukul berapa ni kau tak reti nak balik rumah ke?' - Janny -

Jai melihat mesej dari adiknya itu mula menekan huruf - huruf pada papan kekunci telefon pintarnya.

'Aku stay rumah member malam ni... Cakap dekat ibu, tak payah tunggu aku balik! Aku balik esok!' - Jai -

Tidak lama selepas itu,

Ting! Mesej dari Janny masuk!

'Eeei... Kau ni kan bang... Cakap lah awal - awal tadi! Tak payahlah aku jadi mak guard tak berbayar tunggu kau balik!' - Janny -

'Dah siapa suruh kau jadi mak guard tak berbayar pulak? Dah tutup telefon tu... Pergi tidur... Budak tak cukup inci macam kau ni patutnya tidur awal!' - Jai -

Jai membalas mesej adiknya. Sengih jahat nya mula tersungging di bibirnya!

Tak payah tunggu lama, telefon pintar nya kembali bergetar menandakan mesej dari Janny masuk!

' Kau kan... Kalau cakap asyik nak menyakitkan hati aje! Dahlah... Aku nak tidur... Malas layan perangai bodoh kau tu! Bye' - Janny -

Tergelak kecil Jai saat membaca mesej terakhir dari adiknya! Dia di tutup sebelum di masukkan kembali ke dalam poket seluarnya. Wiski yang masih tinggal separuh di dalam gelas di teguk dengan sekali teguk sahaja. Dia mula membayar bil sebelum berlalu pergi dari situ.

Langkah nya mula di atur perlahan menuju ke satu tempat.

Tempat yang tersimpannya bukti kejadian yang menimpa Lyla lima tahun lepas.

"NAH!"

Sehelai gaun paras lutut berwarna putih di lempar ke arah Lily. Lily yang ketika itu mengemas ruang tamu hanya menunduk sahaja melihat gaun putih yang jatuh di atas lantai.

"Aku nak kau pakai gaun tu sekarang!"

"Pakai? Tuan suruh saya pakai ke?" Polos Lily bertanya.

"Habis? Kau nak aku suruh buat apa? Jual? Macam tu? Hei! Kalau aku suruh kau pakai... Pakai ajelah! Tak payah banyak cakap!" Tengking Nicholas sehingga menyebabkan bahu Lily terhinggut.

" Salla!!" Suara garau nya nyaring memanggil nama Cik Salla.

"Ya, Tuan.." Kelibat Cik Salla kelihatan terkocoh - kocoh keluar dari ruang dapur.

" Kau bawak perempuan ni tukar baju sekarang! Siapkan dia ala kadar. Lepas tu, bawak dia ke bawah ni.. Aku nak bawak dia pergi satu tempat.." Arah Nicholas kepada Cik Salla. Cik Salla mengangguk laju sebelum tubuh kurus dan kecil gadis ini di bawa menuju ke bilik belakang. Gaun di atas yang terdampar di atas lantai turut di kutip laju. Lily pula hanya menurut sahaja tanpa banyak soal.

Hilang sahaja kelibat Cik Salla dan Lily, dia juga bergegas naik ke atas menuju ke kamar mewahnya. Bilik Walk - in - closet di masuk sebelum salah satu kemeja yang sama warna dengan gaun milik Lily di capai sebelum di sarung ke tubuhnya yang sasa. Sedang tengah menyiapkan diri, pintu kamar nya di ketuk dari luar.

"Masuk!" Suara garau nya menyuruh orang yang mengetuk itu untuk masuk sahaja ke dalam kamar mewahnya. Terpacul wajah tanda riak Bernard di balik pintu kamar nya. Kaki lelaki itu terus melangkah menuju ke arah bilik Walk - in - closet Lelaki Ini.

"BOSS... Ada orang nak jumpa.." Beritahu Bernard.

"Siapa?" Soal Nicholas melipat kan lengan kemeja putih nya sehingga ke paras siku.

"Jai..."

Terhenti tingkah Nicholas bila nama lelaki itu meniti di bibir Bernard.

"Kau sediakan tempat... Kalau aku nak settle kan hal aku dulu... Nanti aku datang..." Putus Nicholas kepada Bernard.

Bernard mengangguk mengerti sebelum berlalu keluar dari kamar mewah Nicholas ini.

Jai?

Tersungging senyuman sinis di bibirnya saat nama itu terlintas di fikirannya.

Setelah lama menyepikan diri, dengan beraninya lelaki itu munculkan diri!

Tunggu dulu...

Dia settle kan dulu halnya dengan Lily.. Barulah dia pergi jumpa si Jai ini!

Jai... Adakah si Jai ini akan selmat dari Nicholas?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience