LIMA TAHUN LALU...
LYLA adalah seorang gadis yang perwatakan kasar. Dia menyertai geng yang di ketuai oleh Nicholas ketika umurnya menginjak 20 tahun...
Dalam waktu itu juga, Lyla banyak menghabiskan masanya bersama geng Nicholas ini...
"ILA... Kau tak nak sambung belajar ke... Rugi tau kalau tak sambung belajar..." Soal Ramon, salah seorang dari kumpulan Nicholas pada Lyla.
Lyla yang sedang enak menyedut rokok hanya tersengih sinis sahaja.
"Otak aku dah tak mampu nak hadam semua tu..." Ringkas aje Lyla menjawab.
Ramon yang mendengar jawapan dari Lyla hanya menjungkit bahunya sahaja. Dah itu jawapan yang keluar dari mulut minah kasar ni, tak perlu lagi dia nak bertanya lebih lanjut.
"Eh... Aku tanya... Mana pergi Nick dengan Denny... Dari tadi aku tak nampak pun batang hidung diorang..." Tiba - tiba Lyla menyoal tentang Nicholas serta Denny.
Matanya liar melihat sekeliling mencari kelibat kedua - dua lelaki itu.
"Entah... Mana aku tahu diorang berdua pergi mana..." Jawab Ramon sebelum bergegas mendekati Alex yang sedang membaiki kenderaan.
Mereka sekarang berada di bengkel milik Alex. Habuk, peralatan membaiki yang bersepah serta tumpahan minyak hitam di sekeliling bengkel itu langsung tidak membuatkan Lyla tidak selesa. Dia lagi suka adalah!
"Kau tahu diorang pergi ke mana Alex?" Bila jawapan Ramon tidak membantu, Alex pula di tanya.
Alex yang sedang memasang sesuatu pada badan kereta hanya menggeleng kepala sahaja tanda tidak tahu. Matanya masih sibuk pada pekerjaannya itu.
Mendengus geram Lyla bila soalannya langsung tak di layan oleh dua ekor makhluk ini!
"Korang memang nak kena dengan aku!" Tanpa amaran, tong yang berisi minyak hitam terus di simbah ke arah kedua - dua lelaki yang khusyuk membaiki itu.
Blussh!!!
Minyak hitam itu selamat di simbah ke arah mereka berdua!
"WEH! Lyla! Kau dah gila ke hah?" Marah Alex dengan mata terbuntang luas! Ramon juga tidak terkecuali!
Habis baju kerja nya lencun dengan minyak hitam!
"Aku tanya elok - elok tadi, korang tak nak jawab betul - betul... Kan tak pasal - pasal kena mandi minyak hitam!" Selamba badak sahaja Lyla bersuara. Tong bekas minyak hitam tadi diletakkan di tepi.
"Masalahnya... Yang kau pergi simbah kitorang dengan minyak hitam ni dah kenapa... Otak kau dah tak betul ke hah, perempuan?" Herdik Alex tanpa segan silu.
Sesuka hati dia aje pergi simbah orang dengan minyak hitam!
"Lantak akulah! Kau ada masalah dengan aku ke hah?" Balas Lyla dengan berani. Wajah merah padam milik Alex di tenung tanpa rasa bersalah.
Alex mengeluh nafas kasar!
Haih!! Sabar!! Sabar!!
Kalau nak diikutkan, dah lama si minah bangang ni kena pelempang dia! Sakit betul hati!
"WEH! Korang ni dah kenapa lencun satu badan? Korang mandi minyak hitam ke?" Soal suara gurau milik Nicholas yang muncul di balik pintu bengkel dengan di ikuti oleh Denny dari belakang.
"Ya! Ada minah tiga suku datang entah dari mana tadi tiba - tiba mandikan kami dengan minyak hitam!" Dengus Alex dengan matanya masih bercerlang tajam ke arah Lyla yang masih lagi merenung tajam ke arah dirinya.
"Minah tiga suku? Maksud kau?" Soal Denny dengan jari telunjuk nya lurus ke arah Lyla.
Alex hanya buat muka malas nak layan!
Tidak lama kemudian, meledak tawa Nicholas dan Denny bila mengetahui orang yang menyebabkan Alex dan Ramon mandi minyak hitam.
Alex yang melihat tawa kedua - dua rakannya itu hanya mendengus sahaja.
"Haa... Diorang dah ada tu kan... Kau pergi lah tanya puas - puas!" Perli Alex sebelum berlalu pergi dari situ.
Sakit hati dengan Lyla masih membengkak, ni ditambah lagi dengan gelak ketawa dari dua orang rakannya... Lagilah menggelegak hati dia dibuat nya!
"Hoi! Kau nak pergi mana tu?"
"Nak mandi lah... Takkan nak main selut pulak!!" Balas Alex bengkeng!
"Kau ni satu perempuan! Yang kau pergi simbah minyak hitam dekat mamat dua ekor tu dah kenapa? Nasib baik tak di balasnya balik! Kalau tak... Mati jugak kau dekat situ!" Tegur Denny pada Lyla setelah kelibat Alex dan Ramon menghilang dari situ.
Lyla hanya mencebik sahaja dengan teguran Denny itu...
"Suka hati aku lah! " Kerek Lyla menjawab.
"Ni aku nak tanya... Korang pergi mana tadi... Satu bengkel ni aku cari korang berdua... Langsung tak nampak..." Tanpa bertangguh, Lyla terus bertanya ke topik asal.
Wajah kedua - dua nya langsung berubah bila di soal begitu!
"Apsal kau tanya macam tu?" Soal Nicholas setelah agak lama mendiamkan diri tadi. Matanya langsung tidak menatap wajah Lyla yang masih lagi merenung tajam ke arah dirinya...
"Errr... Aku ada benda nak buat... Korang borak lah dulu.." Pintas Nicholas laju sebelum bergegas pergi dari situ. Meninggalkan Denny yang terkulat - kulat menghadap wajah curiga Lyla. Ceh! Galah panjang ni! Boleh pulak tinggal dia macam tu aje! Haih! Tak boleh jadi ni! Dia kena blah jugak! Karang tak memasal dia kena soal siasat dengan minah ni pulak!
"Err... Aku pun sama... Ada benda nak buat... Kau pergi lah balik dulu..." Usai berkata pada Lyla, bergegas Denny mengejar langkah galah panjang Nicholas yang sudah menjauh di depan.
Lyla yang melihat tingkah kedua -duanya sudah mendengus geram!
Takpe! Korang berahsia sangat kan! Korang tengok lah nanti!" Sungut Lyla sebelum berlalu pergi situ.
"NICK!!"
Sayup - sayup Denny memanggil nama sahabatnya itu. Nicholas yang mendengar nama di seru pantas berpaling kebelakang. Kakinya yang melangkah turut di matikan.
"Laju betul kau berjalan... Langsung tak berhenti!" Rungut Denny sebaik sahaja sampai di sisi lelaki ini.
Tahulah galah panjang! Tak payah lah nak jalan gitu gaya sangat! Semput dia nak mengejar langkah lelaki tiang eletrik ni! Walaupun dia hampir sama tinggi dengan si Nicholas ni, tapi rasa semputnya tu adalah juga!
"Minah tu dah blah ke?" Soal Nicholas kepada Dayri.
"Dah... Aku halau dia balik tadi..." Jawab Dayri.
Nicholas hanya mengangguk kepala sahaja.
"NICK... Aku nak tanya kau satu benda lah..."
"Kau nak tanya apa?" Soal Nicholas semula. Kotak rokok jenama mewah di keluar dari poket seluar. Sebatang rokok dikeluar dari kotak itu. Poket di seluk lagi untuk mengambil lighter pula!
Rokok di bawa ke arah bibir. Lighter di nyalakan ke arah muncung rokok. Tidak lama kemudian, berkepul - kepul asap rokok keluar dari celah hidung dan mulut nya.
"Apsal kau nak sembunyikan semua ni dari Lyla hah?"
Nicholas yang sedang enak menghisap rokok pantas berpaling mengadap ke arah Dayri.
Dah... Jom... Kita gerak sekarang... Barang dah sampai agaknya!" Ujar Nicholas sebelum kedua - dua nya terus meluru masuk kedalam kereta sport milik Nicholas.
Seketika kemudian, berderum enjin kereta itu pergi dari situ.
Mereka berdua tidak sedar yang seseorang telah mengekori mereka sekarang!
BAB seterusnya
Share this novel