BAB 19

Romance Series 1727

"AUCHH!!"

Lily Terjerit kecil bila Tubuhnya mula di humban oleh orang bawahan Nicholas di atas sebuah katil mewah.

Selesai menghumban tubuh kecil Lily, mereka mula menapak keluar dari ruang kamar mewah milik majikannya.

Nicholas hanya memerhati sahaja tingkah Lily yang masih terlentang sakit di atas tilam. Perlahan - lahan gadis itu cuba bangun dari pembaringan dan cuba untuk beradaptasi dengan keadaan persekitaran yang terlalu mewah ini!

Selesai sahaja orang bawahannya keluar, Nicholas mula mengunci pintu kamar mewahnya.

Lily yang melihat pintu dikunci oleh Nicholas mula membawa tubuh nya menjauhi Nicholas yang sudah mula mara ke arahnya. Tapi hajatnya tidak kesampaian bila Nicholas mula menarik pergelangan kakinya sehingga dia terdorong ke arah lelaki itu.

Menjerit kecil dia bila Tubuhnya terdorong laju ke arah lelaki ini!

Baju tidur yang di pakai telah tersingkap sekali lagi sehingga menampakkan betisnya putih gebu.

Sekarang, Nicholas sudah berada di atas Lily!

"Awak... Tolong... Tolong jangan buat saya macam ni... Tolong awak... Saya merayu dekat awak... Tolong jangan buat saya macam ni!" Rayu Lily dengan tangisan yang sudah mula pecah!

Tangannya yang sudah sedia sakit semakin sakit bila tapak tangan besar milik Nicholas mula mencengkam tangan kecil nya!.

Nicholas yang mendengar rayuan Lily itu hanya tersenyum sinis sahaja!

"Kalau dekat jantan tadi kau boleh bagi... Kenapa dekat aku kau tak boleh bagi pulak?" Soal Nicholas dengan suara yang menjengkelkan.

Lily tidak mampu untuk menjawab!

Kesakitan di tangan yang di alami sangat menyakitkan!

"Ooo... Kau jangan risau! Aku takkan 'ratah' perempuan busuk hati dan pembunuh macam kau ni!" Cemuhnya sebelum bangun dari tubuh Lily. Serentak itu juga tubuh gadis itu di paut kasar sebelum di heret menuju ke arah bilik mandi.

Tubuh kecil itu di humban sekali lagi ke arah tepi bathtub. Mendesis kesakitan Lily bila tubuh nya terkena bathtub. Pili air buka. Air mula memenuhi bathtub itu!

Shower dicapai sebelum tubuh Lily di sembur sesuka hati!

Terjerit - jerit Lily bila shower di sembur ke arah dirinya! Habis basah kuyup pakaian yang di pakai! Pakaian dalamnya mula kelihatan di sebalik baju tidur yang di pakai ini!

"Ini... Pengajaran untuk kau sebab sengaja untuk menggoda jantan... Dan jangan ingat bila aku sembur kau macam ni... Bau busuk dalam badan kau tu akan hilang... Oh tidak! Bau itu akan kekal melekat dekat kau bila kau dah musnahkan orang yang aku sayang!.."Cemuh Nicholas lagi.

Dan Lily pula?

Hanya mampu mengetap bibir sahaja menahan cemuhan demi cemuhan yang keluar dari mulut lelaki ini!

Shower di lepaskan!

Rambut Lily di cengkam sehinggakan membuatkan gadis itu mendongak ke arah wajahnya. Dia tersenyum sinis lagi sebelum wajah polos gadis itu dibenam ke dalam bathtub yang di penuhi air!

Meronta - ronta Lily bila diperlukan begitu!

Kepala gadis itu dikeluarkan dari air.

Tercungap - cungap Lily mencari nafas!

Nicholas tergelak ceria melihat keadaan Lily itu!

Kepala gadis dibenamkan lagi ke dalam air!

Dan sekali lagi Lily meronta - ronta!

Kepala si gadis bawa keluar sebelum tubuh Lily di tolak ke arah lantai.

Tarbatuk - batuk keras Lily bila air mula memasuki rongga hidungnya!

Dia mencangkung di hadapan Lily sebelum rambut gadis itu di cekau sekali lagi!

"Kau kena ingat, Lily! Ini balasan kau atas apa yang kau dah buat dekat Lyla lima tahun lepas! Dan aku kena ingat satu perkara... Kau jangan nak cuba - cuba lari dari aku... Kalau kau cuba nak lari dari aku... Aku tak jamin yang nenek kau yang uzur tu boleh bertahan hidup atau tak..." Ugut Nicholas dengan mata mencerlang tajam ke arah Lily!

Mendengar sahaja nama neneknya meniti di bibir lelaki ini, pantas kaki lelaki ini paut laju.

"Tolong jangan apa kan nenek saya... Saya janji... Saya akan ikut cakap awak... Tolong jangan apakan nenek saya!" Rayu Lily bersama tangisan yang tak pernah lekang di wajahnya.

Nicholas tersenyum sinis mendengar rayuan gadis ini.

"Good girl... Selagi kau ikut cakap aku... Nenek kau akan terjamin sihat walafiat... Jadi... Mulai sekarang... Behave okay?" Wajah Lily yang memandikan air mata dan dicampur pula dengan mukanya yang basah kuyup di usap perlahan.

Dia bangun dari mencangkung nya dan terus keluar dari situ. Meninggalkan Lily bergelumang dengan air mata.

Ya Tuhan... Selamatkan nenek aku... Selamatkan dia dari bahana kejahatan! Doa Lily di dalam hati.

Sekarang...

Dia dengan rasmi nya menjadi tawanan...

Tawanan dalam penjara ciptaan Nicholas...

Dan automatik juga menjadi pesalah... Pesalah yang bukan dari kesalahan yang dia lakukan!

Kak Lyla!!

Rintihnya perlahan!

Nick... Kenapa kejam sangat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience